SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, March 1, 2013

Tazkirah yang ke -22 Jumaat 01.03.2013.keadaan kiamat 5.




Keadaan   orang meniti siratul mustaqim .
Setelah ditimbang amalan mereka maka diberi nur kepada mereka mengikut amalan mereka dan disuruh berjalan di atas siratulmustaqim – maka duduklah nabi Muhammad SAW dan Jibril melihat keadaan mereka yang berjalan di atas.siratul mustaqim .itu  dan malaikat zabaniah duduk ditengah –tengah sirat iru - ada yang bejalan seperti kilat , adalah seperti angin , ada yang seperti kuda , ada yang berjalan dengan empat kaki , ada yang berjalan dengan perut  mengikut kadar amalan mereka – orang kafir semuanya jatuh ke dalam neraka firman Allah  surah Mariam    ayat 71:
وَإِنْ مِنْكُمْ إِلاَّ وَارِدُهَا كَاَنَ عَلَي رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا .
dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
Kemudian masuk segala mukmin yang tiada derhaka ke dalam syurga . Maka berkata Ridwan kepada mereka lihatlah kepada suami  kamu – maka keluarlah isteri dengan pakaian yang indah menemuai suami masing –masing . Adapun kanak –kanak apabila bertemu dengan ibubapa mereka lalu diberi minum air kepada kedua ibubapa mereka – ada diantara mereka tidak bertemu dengan ibubapa mereka lalu merea menangis mencari ibubapa mereka – lalu mereka berkata “ haram atasku syurga sehingga dimasukkan keduaibubapaku oleh Allah ke dalam syurga “.
Adapun yang masuk syurga itu menuju kepada syurga mengikut  pangkat yang ditentukan oleh Allah mengikut amalan mereka  - yang pertama dimaka mereka ialah hati ikan nun – dan yang mula dimakan oleh golongan  orang melakukan dosa besar ialah bungkah dari emas maka makan mereka emas itu  lalu berseru malaikat zabaniyah inilah balasan orang lalai di dunia dengan tidak mengerjakan amalan kebaikan .
Malaikat Zabaniyah berkata “Api neraka yang di atas  - apinya putih tiada ular dan kala dalamnya – maka berkata Allah Taala “Hai malaikat Zabaniyah bawalah umat nabi Muhammad yang mengerjakan dosa  besar ke dalam neraka yang di atas itu . Maka dibawa oleh Malaikat Zabaniyah umat Nabi Muhamad yang melakukan dosa besar itu dengan keadaan jalannya gelap gelita dan penuh dengan unak dan duri – maka bertanya merekitu  kenapa jalan ini terlau gelap gelita dan penuh duri – maka jawab Malaikat Zabaniyah  “ inilah keadaan jalan ke neraka “. Maka dimasukkan mereka yang melakukan dosa besar itu  ke dalam neraka  dan dihukum mengikut dosa yang mereka lakukan dan dikeluarkan dari neraka selepas dihukum dan dimasukkan ke dalam syurga kalau mereka ada secebis iman.
Ada dikalangan mereka yang masuk neraka  itu berkata “ Wahai api jangan kamu bakar muka kami kerana ada bekas sujud kepada Allah SWT di dunia dahulu “  ada dikalangan  mereka apabla di makan oleh api neraka mereka berkata “ dimanakah kalimah taiyibbah yang kami ucapkan di dunia dahulu   iaitu  لا اله الا الله محمد رسول الله  maka didengar oleh Siti Fatimah anak Nabi Muhammad saw  akan perkataan itu , lalu ia  berjumpa Ayahndanya dengan mengatakan “ ada suara mengatakan ia pernah mengucapkan kalimah لا اله الا الله محمد رسول الله   tetapi mereka di dalam neraka , maka berkata Allah SWT kepada Jibril pergi engkau kepada Malik dan suruh ia buka pintu neraka Jahannam – maka datanglah Jibril ke neraka , oleh kerana hibatnya maka terasa oleh peduduk neraka angin yang baik dan sejuk dari Jibril itu – dan ia merupakan orang yang sangat hibat dan bercahaya -  mereka bertanya siapa kamu ? maka jawab Jibril “ aku Jibril sahabat  Muhammad “ maka berkata umat Muhammad yang ada dalam nereka – pergilah kamu berjumpa Muhammad dan katakana kami adalah umatNya yang pernah berselawat dan memberi salam kepadaNya masa di dnuia dahulu – lalu berjumpa dengan Nabi Muhammad yang duduk dalam syurga dengan penuh kenikmatan – dan ia menangis – maka ditegur oleh Nabi Muhammd kenapa engkau menangis – hari ini bukan hari berduka –hari ini hari kegembiraan , maka Jibril menerangkan ia meangis kerana ada dikalangan umat Nabi Muhammad masuk neraka dengan menerima azab siksa dari Allah – maka nabi Muhammad pergi menemui Allah untuk melepaskan umatnya dalam neraka itu- maka dilepaskan umatnya yang ada secebis iman di dalam hatinya .

No comments:

Post a Comment