Pengajian
Hadis siri 36.
HADIS KESEMBILAN
BELAS.
MALU SATU CABANG DARI IMAN .
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ رضي الله
عنه قَالَ : قَالَ رسول الله صلي الله عليه وسلم :الْإِيْمَانُ تِسْعٌ وَسِتُّوْنَ
شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ
الْإِيْمَانِ . (رواه البخاري ) .
Daripada Abi Hurairah r.a
berkata ia: Rasulullah saw bersabda :”Bermula iman itu ada enam puluh sembilan cabang dan malu itu adalah salah
satu cabangnya”. (Hadis riwayat Al-Bukhari )
Kupasan Hadis .
1.Malu ia satu perasaan jiwa
yang tak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan kecelakaan dengan menjauhkan
diri daripada terlibat di dalam perkara – perkara yang dianggap oleh orangramai kurang dan
tidak baik . Perasaan inilah yang sanggup memelihara persaudaraan dan perasaan
kemanusiaan sejagat dengan menahan diri daripada melakukan keburukan dan kedurjanaan .
2.Seorang yang tak bermalu ia tidak
menghiraukan sebarang pekerjaan dan melakukan yang buruk dan tak bersopan .Malaulah yang boleh
memelihara kemuliaan diri yang menjadi dasar di dalam urusan kira bicara
jualbeli.Perhubungan dengan masyarakat ramai di mana masing – masing hendaklah
berpegang kepada janji – janji nilai
diri yang menjadi modal bagi kepercayaan manusia dalam perkataan dan
perbuatan .Menakala sifat malu tidak lagi maka harga diri dan maruah kehormatan
tidak ada tempatnya pada seseorang itu .
3.Orang –orang yang bersifat malu
sahaja yang sanggup memelihara segala hak dan kewajipan dialah yang boleh
menghiasi serang itu dengan tata susila hidup yang mulia dan menghindarkan
daripada segala sifat kebuasan dan kebinatangan , dialah yang mendorongkan
seseorang supaya berusaha mengikut jejak langkah orang – orang yang mulia yang
mempunyai kesesusilaam hidupnya, tak mahu sama sekali menceburkan diri ke
kancah keburukan dan kehinaan serta enggan menerima kejahilan , bodoh , hina
dan rendah .
4.Malu inilah yang melahirkan sifat
benar dan amanah dan dapat mendidik satu –satu bangsa bagi menuju kemuliaan akhlak , budi dan moral
dengan mengingatkan sesiapa yang terlupa , menjagakan sesiap yang terlina dan
lalai .Menyegarkan sesiapa yang lemah dan malas , seseorang itu berasa malu dan
terasa rendah dirinya menakala ia tidak
maju seperti rakannya yang lebih maju dan akan berasa salah dan tercorang arang
di mukanya menakala telah melakukan sesuatu keburukan dan kedurjanaan .dengan
perasaan itu ia akan dapat lebih segar bekerja dengan berusaha sungguh –sungguh
menghindarkan dirinya daripada melakukan lagi kedurjanaan tetapi menakala
perasaan malu lenyap hilang dari jiwa seseorang maka perasaan biadab dan kurang
ajar akan mengambil tempat dengan berluasa di hatinya .Di ketika itu tidaklah
berfaedah nasihat ingat beringat sesama masyarakat manusia dan tidaklah
berfaedah adanya guru-guru pendidik dan pendakwak kearah kebajikan .
5.Cubalah gambarkan satu bangsa atau
kumpulan yang tidak mempunyai sifat malu apalah yang akan terjadi selain
daripada kemerosotan sesusila hidup , biadab buas mengikut nafsu binatang
bergelomang di dalam kemunkaran cemar , nafsu buas , rakus dan seterusnya
masyarakat akan mundur ke belakang, dengan kembali kepada masyarakat jahiliyah yang bersifat
buas, liar sekali[un berada di zaman maju , zaman it dan ilmiah .
Casino near me - Mapyro
ReplyDeleteDirections to 부천 출장안마 Casino at Harrah's 강릉 출장샵 Las Vegas Casino and Hotel are as follows:. From 사설토토 I-5 to Vegas, only the minibus is available. Harrah's Las 제주 출장샵 Vegas 동해 출장샵 Casino and Hotel