SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, January 21, 2014

pengajian hadis siri 32






Pengajian Hadis Siri 32
HADIS KETUJUH  BELAS
AMALAN YANG PALING MULIA .
عَنْ  عبدالله بن مسعود قال : سَأَلْتُ عن النبي صلي الله عليه وسلم اَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَي الله ؟ وَفِي رِوَايَةِ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : الصَلاَةُ عَلَي وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيُّ قَالَ : بِرُّ الْوَالِدَيْنِ , قَالَ ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ : اَلْجِهَادُ فِي سَبَيْلِ اللهِ قَالَ : حَدَثَنِي رسول الله صلي الله عليه وسلم وَلَوْ إِسْتَزَدْتُهُ لَزَانِيْ  (رواه البخاري ومسلم والترميذي )
Darupada Abdullah bin Masud ia berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah  saw  ´Apakah – manakah amalan yang amat dikasihi oleh Allah ?Dalam satu riwayat lain manakah amalan yang lebih afdal ? Jawab Rasulullah saw sembahyang dalam waktunya kemudian apa pula ?Jawab rasulullah berbuat baik kepada dua ibubapa .kemudian apa lagi ? jawab rasulullah berjihad kepada jalan Allah .Kata Abdullah bin Masud Rasulullah telah bercakap semuanya kepada aku , kalau sekiranya aku minta lagi tambahan nescaya Rasulullah saw menambah lagi kepada ku .
(Hadis riwayat bukhari, Muslim dan At termizi _
1.Sembahyang dalam waktunya : Ialah menunaikan sembahyang di dalam waktunya yang telah ditetukan .Firman Allah SWT dalam surah AnNisak ayat 103yang bermaksud :
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Manakala  terkeluar daripada waktunya bererti tidak diterima dan berdosa, Ini bererti sentiasa sembahyang tidak pernah meninggalkannya menurut satu riwayat lain  menggunakan perktaan ا "لصلاة لوقتها"dengan menggunkan lam  bukan ala- lam itu ialah lam ibtida’ yang bererti “pada mula waktunya.dan maksudnya ialah amalan yang afdal ialah sembahyang pada awal waktunya, tegasnya menunaikan sembahyang dalam waktunya atau pada waktunya adalah amalan yang afsal dan lebih dikasihi.
2.Berbuat baik kepada dua ibubapa ialah menjaga kepentingan keduanya, mentaati ,menanggung perbelanjaan, berbuat baik dalam segala layanan, memberikan segala belas kesihan kasih sayang kepada mereka berdua. Sebagai bersyukur mengengang jasa baik mererka kedua, dengan itulah Allah memberi darjat kedua setah menyembah Allah lalu diwajibkan dengan perintah berbuat baik kepada kedua ibubapa, dalam suarah al-Israk ayat 23 yang bermaksud:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.).
Rasulullah menegaskan di dalam sebuah hadisnya yang bermaksud ,”Rasulullah tidak mengizinkan seorang itu yang ingin keluar berperang kecuali setelah meminta izin daripada dua ibubapanya, dengan dijadikan segala usaha bagi berbuat bai kepada kedua mereka it adalah dianggap berjihad kepada jalan Allah.
3.Berjihad ke jalan Allah ialah menghabiskan sepenuh tenaga yang kuasa , harta benda  dan nyawa kedudukan, pengaruh dan sebagainya demi meninggikan kalimah Allah , menegakkan  agama , mengajar dan menyiarkannya kepada seluruh manusia .Di dalam hadis ini di susun berjihad  ke jalan Allah pada darjat  ketiga dalam amalan yang afdal setelah sembahyang dan berbuat baik kepada kedua ibubapa.
4.Maksuda kata Abdullah bin Masud : Kalau aku minta tembah lagi nescaya Rasulullah akan menambahnya .Menunjukkan bahawa Rasulullah akan menjawab segala pertanyaan dengan dada yang lapang tidak akan jemu dan sesak dada oleh soalan –soalan , tetapi Abdullah bin Masud mengetahi sebagai penyoal tidak patut membanyakkan soalan –soalan pada stu ketika teristemiwa terhadap guru atau pendidik seupaya tidak menyusuhkannya, lebih –lebih lagi tidak patut bertanya perkara – perkara yang tidak berfaedah lagi membuang masa.
5.Pada zahirnya berjihad ke jalan Allah itu lebih dahulu sepatutnya  diutamakan daripada sembahyang dan berbuat baik kepada dua ibubapa kerana  berjijad itu amat susuh dan berat serta berhajat kepada pengerbanan harta  benda dan jiwa, walaupun bergitu ia dikemudiankan kerana ia satu kewajipan pada satu masa yang tertentu sahaja.Sedang sembahyang dan berbuat baik kepada dua ibubapa dikehendaki di sepanjang masa , sabar kerana menghadapi dua kewajipan itu sepanjang masa seumur hidup adalah menggangkat darjatnya mendahului kesabaran berjihad yang timbul pada satu ketika dan terhad

No comments:

Post a Comment