KUALA LUMPUR : Jika rakyat Negara ini masih terus
memangkah BN dalam PRU13 kali ini,bermakna mereka sengaja menempah bahaya untuk
masa depan anak cucu,tegas ketua Penerangan PAS Pusat,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan
Man.
Katanya,dibawah “Kebijaksanaan”kerajaab
Umno-BN,hutang Negara telah meningkat begitu tinggi sehingga melebihi RM500
bilion yang terpaksa ditanggung rakyat.
Rakyat perlu sedar,Kerajaan Umno-BN tidak pernah
mahu menangani kenaikan harga barangan keperluan harian sehingga menjadi beban
teruk kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Selain itu,tegas Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man harga
petroleum,bil air,tariff elektrik,kadar tol turut naik itu menyebabkan kos
hidup rakyat semakin meningkat.
Beliau yakin,penangguhan cukai barangan dan
Perkhidmatan (GST) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hanya bersifat
semantara bagi menghadapi PRU13.
“Jika BN menang PRU kali ini,bermakna GST dan AES
itu pasti akan dilaksanakan.
“Dan rakyat akan disembelih semahunya bagi mengutip
duit rakyat untu menampung kos perbelanjaan PRU13 yang telah dilaburkan BN”
katanya dalam wawancara bersama BANGKIT.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim,Pakatan Rakyat telah pun
membentangkan manifestonya bertemakan
“Pakatan Harapan Rakyat” dan sangat diterima baik oleh rakyat
seluruhnya.
Katanya,antara tawaran Pakatan itu termasuklah
untuk menghapuskan tol.memansuhkan PPTN,menyedikan lebih banyak rumah mampu
milik untuk keperluan rakyat, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat,menurunkan harga petrol,diesel dan gas,menurukan harga
barangan,memberikan hak peneroka kepada para peneroka dan generasi kedua serta
ketiga peneroka, di samping lain –lain tawaran yang amat berguna kepada rakyat.
Beliau amat berharap ,rakyat bijak menggunakan
peluang mengundi kali ini untuk menukar Kerajaan Umno-BN kepada pentadbiran
tatakelola baharu daripada Pakatan Rakyat . ( Oleh :AZIZ MUDA – BANGKIT
keluaran 22 -25 April 2013 .)
No comments:
Post a Comment