SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, January 18, 2013

Tazkirah yang ke -21 Jumaat 18.1.2013.keadaan Kiamat 4.


Maka firman Allah Taala kepada neraka jahannam engkau siksa kepada hamba-hamba ku yang derhaka kepadku dengan azab yang amat pedih – firman Allah SWT dalam surah al –furqan ayat 34 :
اَلَّذِيْنَ يُحْشَرُوْنَ عَلَي وُجُوْهِهِمْ إِلَي جَهَنَّمَ أُوْلَئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ سَبِيْلًا 
34. orang-orang Yang akan diseret beramai-ramai ke neraka jahannam (dengan tertiarap) atas mukanya, merekalah orang-orang Yang amat buruk keadaannya dan amat sesat jalanNya.
Maka terkejutlah para nabi dan Rasul akan perkataan itu – lalu mereka bergantung kepada tiang arasy berkata Nabi Ibrahim Khalillah :
"يا سيدي يا مولاي , لا أسلك اليوم إلا نفسي "
“Wahai saidi wahai maulaya – Aku tidak meminta kepadamu hari ini melainkan selamatkan diriku “
Demikian juga nabi Musa dan Isa dan para rasul yang lain menyebut sama perkataan yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim , kecuali nabi Muhammad SAW yang mengucapkan dengan perkataan :”Ummati , ummati ummati ya Allah lepaskan umatku dari seksa api neraka “.
Kemudian berkatalah api neraka “Wahai tuhanku janganlah Engkau siksa umat Muhammad kerana mereka tidak tertahan dengan kesejukan dan kepanasan – maka keluarlah bunga api neraka jahannam atas kepada orang yang ramai itu - maka barang siapa yang mempunyai amal yang soleh maka ia dinaungi oleh amalnya - kemudian dihisab segala nabi – wali dan ulamak .
Dan panjang siratul mustaqim itu yang merentang mulut neraka jahannam iaitu lima ribu lima ratus tahun perjalanan (kaki).
Maka firman Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW “Hampirlah sakalian umat kamu ke Mizan – maka nabi menyuruh sakalian umatnya menghampiri mizan – dan nabi Muhammad duduk dekat mizan itu - maka dilihatnya akan malaikat menimbang akan amalan umatnya – barang siapa berat amalan baiknya maka gembiralah nabi - ada diantaranya berat amal kejahatan lalu diletakkanya serbannya di pihak amal kebaikan – lalu malaikat menegah perbutan nabi itu – tetap Allah berfirman kepada malaikat jangan engkau tegah perbuatan Nabi Muhammad itu .Kerana nabi diberi keridaan oleh Allah seperti firmanNya dalam surah al-Dhula ayat 5 :
وَلَسَوْفَ يُعْطِيْكَ رَبُّكَ فَتَرْضِي .
dan Sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga Engkau reda - berpuas hati..

No comments:

Post a Comment