Diriwayatkan oleh Imam Ahmad r,a di dalam masnadnya daripada kasir bin Marrah berkata:"Sesungguhnya Allah SWT menilik kepada hambaNya pada malam nisfu syaaban,maka Allah SWT mengamunkan penduduk bumi melainkan dua golongan:Musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyahin(orang yang bermusuhan).
Dikeluarkan oleh Darul Qatni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Saidatina Aisyah r.a berkata :Pada suatu malam,Aku kehilangan Rasulullah SAW,maka aku pun keluar mencarinya dan aku menemui Baginda SAW di Baqi' sedang mendonggakkan kepalanya ke langit,lalu baginda berkata:"Adakah kamu takut Allah dan RasulNya menzalimimu ?Aisyah r.a berkata:"Bukan begitu wahai Rasulullah, aku cuma menyangka kamu mendatangi sebahagian isteriMu yang lain,baginda saw berkata:"Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu syaaban, maka Dia mengampunka dosa -doasa hambaNya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a, khalifah yang paling 'adil lagi bijaksana telah menuli surat kepada menterinya di Basrah,isinya berbunyi :"Jagailah empat malam dalam setahun, ini kerana sesungguhnya Allah SWT akan menaungkan rahmatNya secara khusus pada malam - malam tersebut iaitu pada awal Rejab,malam nisfu Syaaban, Malam hari raya puasa dan malam hari raya korban."
No comments:
Post a Comment