1.KANAN DAN KIRI DALAM IBADAT .
DALAM Ibadat Nabi Muhammad SAW memerintahkan supaya mendahulukan kanan dari kiri .Contohnya mengambil wudhuk hendaklah membasuh yang kanan dahulu dari yang kiri bagi anggota –anggota yang mempunyai kanan dan kiri sabda Rasulullah SAW :
إذا توضأتم فابدؤا بميامنكم ( رواه ابنا خزيمة وحبان في صحيحيهما ) .
Apabila kamu berwudhuk maka hendakah memulakan membasuh yang sebelah kanan .
(Hadis Riwayat ibnu Khuzaimah dan Ibnu Habban) .
Nabi Muhmmad SAW menyukai kanan dalam semua keadaan.Baginda SAW memulakan sebelah kanan dalam perkara – perkara berikut :
(i)Mandi – menjirus sebelah kanan dahulu sebelum kiri .
(ii)Bercelak .
(iii)Memakai pakaian
(iv)Memotong kuku
(v)Mengunting misai
(vi)Mencabut bulu ketiak
(vii)Bercukur.
(viii)Bersugi
(ix)Masuk masjid
(xi)Keluar solat ( memberi salam )
(xii)Keluar tandas
(xiii)Makan dan minum
(xiv)Berjabat tangan
(xv) Menerima dan memberi sesuatu . dan lain –lain lagi .
Baginda mendahulukan kiri dalam perkara – perkara berikut :
(i)Masuk tandas
(ii)Beristinja’
(iii)Menghilangkan najis
(iv)Keluar masjid
(v) Menanggalkan pakaian dan lain –lain lagi .
Tidak disunatkan mendahulukan kanan dari yang kiri bagi anggota berikut dalam mengambil wudhuk :
1 dua pipi
2.dua tapak tangan
3. dua telinga .
Anggota – anggota tersebut di atas adalah disunatkan membasuh serentak .
2.KEISTIMEWAAN KANAN DAN BURUKNYA KIRI .
Pada hari Akhirat kelak semua manusia akan menerima suratan amalan masing . Mereka yang meneriam surat amalan dengan tangan kanan akan mendapat kebahgiaan dan akan masuk syurga.
(i)Firman Allah SW dalam Surah Al-Haaqqah ayat 19 – 24 yang bermaksud:
19. maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!
20. "Sesungguhnya Aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa Aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!"
21. maka (dengan itu) tinggalah Dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, -
22. di dalam syurga yang tinggi (darjatnya), -
23. buah-buahannya dekat untuk dipetik.
24. (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
(ii)Firman Allah SWT dalamSurah Al-Insyiqaaq ayat 7 – 9 yang bermaksud :
7. kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
8. maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
9. dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
(iii)Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 71 yang bermaksud :
71. (ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita), dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.
Dan disebaliknya mereka yang menerima suratan amalan dengan tangan kiri , mereka akan menerima azab dari Allah Swt ,FirmanNya dalam Surah Al-Haaqqah ayat 25 – 37 yang bermaksud :
25. adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Aku tidak diberikan Kitab amalku, -
26. "Dan Aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.
27. "Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi); -
28. "Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun; -
29. kuat kuasaku (dan hujjah-hujjahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku".
30. (lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah Dia, -
31. "Kemudian bakarlah Dia di dalam neraka Jahiim; -
32. "Selain dari itu, masukkanlah Dia Dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!
33. "Sesungguhnya Dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha besar,
34. "Dan Dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.
35. "Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), -
36. "Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur,
37. "Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah".
3.GOLONGAN KANAN .
Allah menjelaskan dengan terang tentang kedudukan golongan kanan dalam surah Al-Waaqiah ayat 27 – 40 yang bermaksud:
27. dan puak kanan, - Alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
28. mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
29. dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
30. dan naungan yang tetap terbentang,
31. dan air yang sentiasa mengalir,
32. serta buah-buahan yang banyak,
33. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
34. dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
35. Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
36. serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
37. Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38. (semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
39. Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
40. dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
Dalam ayat 38 dan 39 Surah Al-Muddassir menyatakan semua manusia tidak terlepas dari balasan buruk , kecuali mereka yang terdiri dari golongan kanan :
38. tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
39. kecuali puak kanan,
BAGAIMANA HENDAK MENJADI GOLONGAN KANAN ? .
Adalah menjadi syarat penting untuk menjadi golongan kanan ialah dengan beriman dan beramal ,sebagaimana dinyatakan dalam ayat 17 – 18 Surah Al-Balad yang bermaksud :
17. Kemudian dia termasuk dari golongan orang –orang yang beriman dan berwasiat satu sama lain supaya berhati teguh dan berkasih sayang .
18. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
Apa jua amalan yang dapat mendampingkan diri kepada Allah SWT , lalu dikerjakan oleh seseorang , sedang ia pula beriman dengan iman yang sebenarnya maka ia diterima oleh Allah SWT dan sentiasa berwasiat (berpesan) suapaya bersabar untuk teguh dalam keimanan dan ketaatan dan berkasih sayang kepada golongan yang lemah dan miskin . Cara yang diatas tadi boleh menjadikan seseorang golongan kanan yang akan diberi kitab amalan dari pihak kanan dan disambut pula dengan tangan kanan , mereka akan menjadi penghuni syurga , hidup berbahgia dan bersenang lenang .
4.GOLONGAN KIRI .
Golongan kiri ialah golongan yang akan menerima azab , ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah Al-Waaqiah ayat 41 -56 yang bermaksud:
41. dan puak kiri, - Alangkah seksaNya keadaan puak kiri itu?
42. mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
43. serta naungan dari asap hitam,
44. Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
45. Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
46. dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
47. dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
48. "Dan Adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "
49. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
50. "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
51. "Kemudian, Sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
52. tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok Zaqqum,
53. "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
54. "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
55. "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".
56. Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
SEBAB –SEBAB SESEORANG ITU MENJADI GOLONGAN KIRI .
Antara sebab –sebab yang menjadikan seseorang itu golongan kiri ialah kerana kekufuran dan banyak melakukan maksiat , Firman Allah SWT dalam surah Al-Balad ayat 19 -20 yang bermaksud:
19. dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golongan pihak kiri.
20. mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
5.MAKSUD PERKATAAN AL-MAIMANAH DAN AL-MASY’AMAH .
Dalam ayat 18 surah Al-Balad perkataan al-maimanah yang bererti golongan kanan yang mana di akhirat kelak akan berada di temapat yang tinggi di sebelah kanan Arasy Allah .Ia merupakan tempat yang tinggi yang disediakan kepada manusia yang taat kepada perintah Allah di dunia dahulu sebagai pengehormatan kepadanya .Manakala al-masy’amah bererti golongan kiri , yang akan berada di sebelah kiri iaitu neraka jahanam .
Al-Asfahani menggunakan perkataan al-yamin (almaimanah= kanan) merujuk kepada kebahagiaan dan ketinggian dan al-syimal (al-masy’amah=kiri) merujuk kepada sesuatu yang kurang baik.Maka kanan dan kiri bukanlah menunjukkan arah atau tempat .
Menurut al-Zajjaj dalam tafsirnya al-maimanah diambil daripada perkataan al-yamnu yang bermaksud kebahgiaan sedangkan al-masy’amah yang terdapat dalam ayat 19 sural al-Balad itu berasal dari perkataan al-syukmu yang membawa makna kesialan .
Penutup .
Bolehlah kita memberi kesimpulan bahawa golongan kanan merujuk kepada golangan yang beriman dan beramal soleh yang akan menjadi penghuni syurga Allah SWT di akhirat kelak , manakala golongan kiri ialah golongan yang kufur , tidak beriman , melakukan banyak dosa di dunia yang akan menjadi penghuni neraka Allah SWT di akhirat kelak .
Sekian Wassalam .
No comments:
Post a Comment