SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, November 2, 2012

UBAH SEKARANG PAHANG SELAMAT


KUANTAN : Pakatan Rakyat Pahang melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan konvensyen kali pertama bertajuk “Ubah sekarang Pahang selamat” di sini 21 Oktober lalu.
Konvensyen sehari yang dihadiri kira – kira 630 pemimpin tertinggi PAS,KeADILan dan DAP daripada 14 kawasan Parlimen itu membabitkan pembentangan tiga kertas kerja yang menyentuh isu penting bagi negeri Pahang sperti isu Felda, tanah dan tanag Orang Asal, pembangunan Bandar dan luar Bandar .
Namun kerana kesontakan masa isu- isu berkenaan hanya dapat dibentang dan diulas oleh ahli panel sahaja, manakala para peserta tidak berpeluang untuk membahaskannya.
Kemuncak konvensyen pemimpin ketiga – tiga parti dalam pakatan rakyat menandatangani pernyataan bersama yang dibacakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
Penyataan bersama Pakatan rakyat Pahang adalah seperti berikut :
Konvensyen Pakatan Rakyat tahun 2012 yang berlansung pada hari ini (21 oktober) menzahirkan iltizam untuk menawan Pahang, iltizam ketiga –tiga parti dicerminkan daripada persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan efisyen, telus dan amanah .
Kami juga memperakui janji kami untuk menawarkan dasar yang benar- benatr berpaksi kepada kebajikan rajkyat menjaga dan melestarikan alam sekitar membela masa depan peneroka Felda dan mengembalikan hak – hak Orang Asal .
Pendekatan kita berasaskan kepada keadilan dan kesaksamaan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit juga meraikan partisipati wanita dalam pembangunan negeri.
Menyedari bahawa rakyat Pahang khasnya dan Malaysia keseluruhannya telah ditipu oleh BN selama 55 tahun yang telah mentebabkan kualiti hidup, ekonomi dan integrasi antara kaum – kaum bukan sahaja merundum malah berada pada tahab kritikal, maka Pakatan rakyat Pahang menzahirkan komiitmen untuk melakukan islah bagi kesejahteraan rakyat serta megangkat martabat rakyat bagi menikmati keadilan dan kekayaan negeri.
Demikian itu kami memberikan komitmen dan akujanji untuk merialisasikan segala tawaran kepada rakyat seperti yang dipersetujui bersama bagi menyelamatkan negeri Pahang.
Turut hadir pada kovensyen itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Naib Presiden KeADILan Fauziah salleh dan Naib Pengerusi DAP,.Dr.Tan Seng Giaw .(HARAKAH KELUARAN 2-4 NOV 2012) .

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT PAHANG SEDANG MENANDATANGANI PENYATAAN BERSAMA .

No comments:

Post a Comment