SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, November 30, 2012

Tazkirah yang ke -19 Jumaat 30.11.2012.keadaan kiamat 2 .

KEMUDIAN ditiup sangkakala kali kedua oleh malaikat Israfil seperti firman Allah swt dalam surah Yassin ayat 51-53 :
وَنُفِخَ فِي الصُّوْرِ فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ إِلَي رَبِّهِمْ يَنْسِلُوْنَ  قَالُوْا يَاوَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَد الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُوْنَ  إِنْ كَانَتْ صَيْحَةً وَاحِدَةً فَإِذَا هُمْ جَمِيْعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُوْنَ 
51. dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang Yang telah mati; apabila berlaku Yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
52. (pada ketika itu) orang-orang Yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! siapakah Yang membangkitkan Kami dari kubur tempat tidur kami?,, (lalu dikatakan kepada mereka): " Inilah Dia Yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita Yang disampaikan oleh Rasul-rasul!,
53. hanyalah Dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka Dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan).
Maka masuklah sakalian roh ke dalam jasad maka berhimpunlah mereka dengan kumpulan – kumpulan tertentu mengikut amalan mereka – firman Allah SWT dalam surah Mariam ayat 85 -86 :
يَوْمَ نَحْشُرُ الْمُتَّقِيْنَ إِلَي الرَّحْمَنِ وَفْدًا  وَنَسُوْقُ الْمُجْرِمِيْنَ إِلَي جَهَنَّمَ وِرْدًا 
85. (ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang Yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, Dengan berpasuk-pasukan.
86. dan Kami akan menghalau orang-orang Yang bersalah ke neraka Jahannam, Dalam keadaan dahaga.
Maka berjalanlah merekaitu menuju ke padang mahsyar dengan keadaan yang berlainan mengikut amalan mereka di dunia dahulu .
Maka Nabi Muhammad SAW melihat satu kaum maka ia bertanya kepada Jibril “ Kaum siapa mereka itu adakah mereka umatku ? maka jawab jibril bukan – kemudian Nabi berjalan sehingga sampai kepada padang yang dipenuhi oleh manusia , lalu nabi saw bertanya adakah mereka itu umatku – maka jawab jibril “Ia ya! rasulullah – maka rasulullah pun menghampiri umatnya yang ramai dan bertanya khabar kepada mereka adakah dikenakan siksa – maka mereka menceritakan penderitaan mereka di padang mahsyar – maka menangis mereka itu dan rasulullah turut serta menangis .
ALLAH berfirman kepada malaikat yang menanggung Arasy bawalah arasy ini ke padang mahsyar ,Firman Allah swt surah Al-Haqqah ayat 17 :
وَالْمَلَكُ عَلَي أَرْجَائِهَا وَيَحْمِلً عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَامَنِيَّةٌ 
17. sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal Segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat Yang mengawal itu.
Allah memerintahkan tiap –tiap rasul mengeluarkan huadh kecuali huadh nabi Salleh – maka huadh itu adalah terdiri dari air susu – maka firman Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW “ Ya Muhammad sesungguh hari ini Aku akan hukum segala makhluk pada hari ini dengan syariat dengan siksa dan mizan “.

No comments:

Post a Comment