SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, November 2, 2012

TAZKIRAH 18.PAGI JUMAAT 2.11.2012 KEADAAN HARI KIAMAT (1)

Tazkirah 18.Pagi Jumaat 2.11.2012.Keadaan Hari Kiamat (1).
Diceritakan daripada Ibnu Abbas r.a berkata ia “Segala isi langit dan bumi menangis dan akan dibinasakan selama 40 tahun , tiada di dalamnya melainkan Allah SWT , lalu ia berseru “Siapakah Raja pada hari ini ? Maka Allah menjawab “Akulah Raja yang Maha Qahar “ kemudian diturunkan angina maka tiada lagi yang tinggal dibumi melainkan rata seperti padang lalu Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 105-107 :
ويَسْئَلُوْنَكَ عَنِ الْجِبَالِ فَقُلْ يَنْسِفُهَا رَبِّي نَسْفًا (105) فَيَذَرُهَا قَاعًا صَفْصَفًا (106)لاَ تَرَي فِيْهَا عِوَجًا وَلاَ أَمْتًا (107)
105. dan mereka (yang kafir) bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) dari hal gunung-ganang; maka Jawablah: "Tuhanku akan menghancurkannya menjadi debu ditiup angin.
106. "Lalu ia membiarkan tapak gunung-gunung itu (di bumi) rata lagi licin".
107. Engkau tidak akan melihat pada tapaknya itu tempat Yang rendah atau Yang tinggi.
Maka berseru Tuhan yang amat keras dariapada kekerasan “Dimanakah raja –raja dan segala anak – anak raja dan manakah raja yang zalim dan manakah mereka yang mangaku tuhan sealain daripadaku,maka digulung langit dan bumi dengan segera .
Kemudian Ia berfirman lagi “ Dimanakah orang Yahudi dan Nasrani dan yang memakan rezekiku tetapi menyembah selain dariKu dan orang – orang yang menyekutukan aku dengan yang lain – ketahuilah bahawa Akulah Tuhan dan tiada tuhan selain dariKU – kemudian dikembalikan segala roh malaikat- maka Tuhan berfirman kepada Jibril “ Hai Jibril katakana kepada Malaikat Riduan “Suruh ia hias syurga untuk membalas segala hamba yang taat – dan katakana kepada Malaikat Malik Zabaniyah “ Sediakan neraka – untuk aku balas kepada hamba yang derhaka kepada ku – Katakan kepada Malaikat Mikail – sediakan mizan untuk menimbang sehgala amalan dengan adil – berkata kepada Israfi tiuplah nafiri – firman Allah dalam surah Yassin ayat 51 yang bermaksud :
dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang Yang telah mati; apabila berlaku Yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.
Kemudian Allah berfirman kepada Jibril “ Pergilah engkau ke suatu tempat yang mana semua Malaikat berada di sana , suruh olehmu akan Ridwan dan berikan kepadanya mahkota yang besar,pakaian yang terdiri dari baju dan seluar dan panji –panjai alhamdu dan persalinkan kepada kekasihku Muhammad SAW- maka mengambil Jibril mahkota dan panji –panji,Mikail membawa pakaian dan selimut , Israfil membawa baju dan seluar dan Izrail membawa Burak – maka berhentilah mereka itu diantara bumi dan langit – maka berkata Jibril mana bumi dunia dan mana kubur Rasulullah saw – maka bergerak –gerak bumi maka terbukalah kubur Rasulullah – maka kelurlah Rasulullah saw dengan keadaan ia menyapu tanah dikepalanya – maka duduk baginda SAW di kepala kuburnya dan ia melihat kiri dan kanan dengan tidak ada kampong dan rumah –rumah maka baginda melihat ada Jibril lalu baginda bersabda “Hai Jibril hari apa ini ?” Jawab Jibril inilah hari kamu memberi syafaat kepada umatmu – Baginda bertanya “ manakah uamat –umatku – mudah –mudah mereka tidak dikenakan azab – maka jawab Jibril “ Demi kemuliaan TuhanKu – tiada seorang daripada manusia yang bangun kecuali engkau yang mula – mula sekali – maka Jibril membawa segala pakaian dan memakai kepada Rasulullah SAW dan juga burak - bertanya Rasulullah SAW di manakah sahabat-sahabatku – maka menyeru Jibril “Wahai segala ruh – ruh yang suci kembalilah kamu kepada jasad yang suci yang terdri daripada Abu Bakar dan Umar dan diberi persalinan yang indah dengan mengiringi Rasulullah SAW kemudian mereka berjalan kepada satu bumi yang putih iaitu baitul muqaddis dan jauh perjalanan itu selama 40 tahun - setelah sampai kesuatu tempat maka duduklah Jibril disebelah kanan dan Mikail disebelah kiri – Abu Bakar dan Umar di sebelah hadapan .

No comments:

Post a Comment