SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, November 3, 2012

NIKMAT PERTUTURAN.


NIKMAT PERTUTURAN MERUPAKAN NIKMAT TERAGONG YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA MANUSIA – FIRMANNYA DALAM SURAH AR-RAHMAN AYAT 1-4 :
الرحمن (1) علم القرءان (2) خلق الانسان (3) علَّمه البيان (4)
1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
2. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran.
3. Dia lah Yang telah menciptakan manusia; -
4. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
OLEH YANG DEMIKIAN MANUSIA DISURUH MENGAMBIL MANFAAT DARI NIKMAT TERSEBUT DENGAN MENJADIKAN KATA – KATA YANG DITUTURKAN SEPANJANG HARI AKAN MEMBERI KEBAIKAN DAN MENGELAK DARI SEBARANG PERTELINGKAHAN .
ALQURAN TELAH MENJELASKAN BAHAWA KATA – KATA YANG BAIK ITU MERUPAKAN KATA – KATA ORANG YANG BERIMAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-ISRAK AYAT 53 YANG BERMAKSUD:
dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
boleh menyampaikan ceramah adalah nikmat pertuturan yang paling baik .

No comments:

Post a Comment