SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, November 23, 2012

INGAT DUA PERKARA LUPA DUA PERKARA.


PESANAN Luqmanul Hakim kepada anaknya,ingatlah dua perkara dan lupakan dua perkara .Pertama ,ingat segala perbuatan baik orang terhadap kamu dan lupakan semua kebaikan kamu kepada orang.Kedua : lupakan kejahatan orang terhadap kamu tetapi ingat segala perbuatan buruk kamu kepada orang.
Kalau difikirkan kembali memang sukar untuk laksanakan kerana memang sifat manusia suka membangga –banggakan apa kebaikan yang dibuatnya.Dan seboleh mungkin segala perkara buruk pula akan disorokkan .Sebab itu timbul peribahasa “berlindung di sebalik lalang sehelai atau menutup bangkai gajah dengan nyiru”.
Sebenarnya ada hikmah yang besar menurut nasihat Luqman tersebut.Ia mengelakkan kita daripada berasa riyak dengan segala kebaikan yang dilaksanakan.Malah ia mengurangkan expectation atau harapan kta menjadi tinggi bila berbuat baik.Sifat manusia biasanya akan mengharapkan kebaikannya diingati apatah lagi oleh yang menerima kebaikan itu.Paling tidakpun cukup sekadar menyebutnya.Ditakdirkan orang tersebut terlupa,maka ringan sahaja mulut untuk mengungkit . Justeru, hikmah menuruti nasihat Luqman ini ialah agar kita tidak mengungkit kebaikan tersebut.
Begitu juga kita digalakkan melupakan keburukan orang kepada kita sebaliknya meningat keburukan kita kepada orang.Dengan ini akan dapat mengelakkan kita dariapada berasa dendam dan sakit hati terhadap orang lain.Sebaliknya dengan mengingati keburukan kita pada orang lain kita akan berusaha memohon kemaafan dan berbuat baik serta menjalinkan silaturrahim.
Namun ia tidak mudah untuk dilaksanakan, kecuali dengan bermujahadah bersungguh –sungguh .Sebagai iktibar, mungkin kita boleh mengambil iktibar dari kisah ini.
Ada dua sahabat berjalan sama-sama, entah bagaimana tiba –tiba mereka bergaduh.Lalu sahabat A ini menumbuk si B tapi B tidak membalasnya.B lalu menulis di atas pasir “Sahabat saya A telah menumbuk saya “ Kemudian mereka berbaik semula dan menyambung perjalanan.Mereka berdua tiba berhampiran sebuah tasik, lalu kedua –duanya mengambil keputusan untuk mandi .Entah apa malangnya si B tiba –tiba lemas.Lalu si A berusaha menyelamatkannya .Sebaik sahaja diselamatkan si B lalu memahat pada batu “ sahabat saya A telah menyelamatkan saya daripada lemas.”
Kesimpulannya , memang tidak mudah melupakan sesuatu yang menyakitkan hati tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mencuba .Dan seharusnya perkara yang membuatkan kita rasa terluka itu ditutup dengan mengingati kebaikan yang pernah dicurahkan kepada kita .Takkan lah dengan satu dua perkara buruk yang dilakukan maka kita melupakan Sembilan kebaikan yang pernah dihulurkan kepada kita .Ingat – ingatlah .

No comments:

Post a Comment