SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, July 13, 2012

Tazkirah 6,Pagi Jumaat 13.7.2012. Balasan orang yang minum arak.

Rasulullah saw menceritakan bahawa orang yang minum arak akan dihalau oleh Malaikat Zabaniyyah ke neraka, apabila hamper ke neraka lalu dibuka pintu neraka maka jatuhlah ia ke dalam neraka ,maka dipukul dengan tongkat besi selama –lamanya seperti firman Allah dalam surah Annisak ayat 56 :
كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُوْدُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُوْدًا غَيْرَهَا لِيَذُوْقُوْا الْعَذًابَ .
tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu.
Orang minum arak tersangat dahaga , dengan meminta air dari malaikat Zabaniyyah,maka diberi air tembaga yang sangat panas , kalau diminum maka tanggal segala giginya dan apabila air itu sampai ke dalam perutnya , maka keluar segala isi perutnya dari duburnya, kemudian diulang-ulangkan buat selama-lamanya ,begitulah pedihnya azab yang diterima oleh orang yang minum arak , kita berlindung dari Allah hal yang demikian.
Sabda Rasulullah saw ,”Barang siapa ada menghafal seratus ayat daripada Al-Quran , kemudian dia minum arak , maka datanglah semua huruf dari al-Quran itu menyumpah –nyumpah ke atasnya,barang siapa disumpah oleh Al-Quran maka binasalah dia .”
Sayidina Othman bin Affan jauhlah arak kerana ia sangat bahaya, beliau menceritakan “ Pada zaman dahulu ada seorang hamba Allah yang sangat kuat beribadat kepada Allah SWT ,pada suatu hari datang ke rumahnya seorang perempuan yang jahat untuk menggodanya,maka dipanggilnya lelaki itu , maka datang lelaki kepada perempuan jahat itu,dan diajak lelaki itu ke rumahnya , maka lelaki itu mengikut perempuan jahat ke rumahnya, apabila ia masuk ke dalam rumah perempuan itu lalu dikuncinya pintu maka tidak dapat lelaki itu keluar dari rumah itu,maka perempuan itu mula menggoda lelaki itu dengan membuat pilihan di antara tiga perkara : pertama berzina dengan perempuan itu , kedua membunuh seorang kanak –kanak , dan ketiga semangguk arak untuk diminum . Perempuan itu berkata “kamu dikehendaki melakukan salah satu daripada tiga perkara ini, kalau tidak aku tidak akan lepaskan kamu,” Maka lelaki itu berfikir kalau aku membunuh kanak –kanak itu sangat besar dosanya, begitu juga kalau aku berzina dengan perempuan itu besar dosanya,kalau aku minum arak tidak begitu besar dosanya pada fikiran lelaki itu , lalu diambilnya semangguk arak itu lalu diminumnya ,selepas meminum arak itu ia menjadi mabuk , maka dibunuhnya kanak –kanak itu dan perempuan itu dizinanya,oleh itu jauhi arak kerana amat besar bahayanya dan tidak ada iman mereka yang minum arak . wassalam .

No comments:

Post a Comment