keadaan sperma - yang berjaya menuju ovum hanya satu sahaja,itulah kita.
فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ (5) خُلِقَ مِنْ مَاءِ دأفِقٍ (6) يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ (7)
5. (setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
6. ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim) -
7. Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
TAFSIR AYAT SECARA TERPERINCI :
Manusia wajib berfikir tentag bagaimana permulaan penciptaannya suapaya dia ketahui kudrat Allah SWT untuk mengadakan apa yang selain dari itu,iaitu kebangkitan semula.Manusia dicipta dari air yang terpancut dan terpancar ke dalam rahim,iaitu yang terdiri dari air mani lelaki dan perempuan yang kemudian disatukan pensenyawaan .Ia adalah air yang keluar dari tulang belakang lelaki melalui saluran saraf tertentu yang berhubung dengan otak dan air yang keluar dari antara tulang dada wanita atau tempat kalung pada dadanya.Seseorang bayi terbentuk dari percampuran dua jenis air yang seterusnya menempati rahim dan akhirnya membentuk janin dengan kehendak Allah swt.FirmanNya ayat 5 suarah al-hajj yang bermaksud: dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya.”
JUARA
Mengikut kajian kejadian manusia apabila lelaki memnacut air mani ke dalam rahim wanita maka di dalam air mani itu mengandungi 250 juta sperma yang dibebaskan untuk menuju ke ovum yang satu.Maka jadi perlumbaan dan persaingan yang hebat,dan terpaksa menempuhi beberapa rintangan untuk sampai ke ovum itu,rintangan pertama yang mesti dilalui oeh sperma itu ialah dipangkal rahim,kerana disana ada cecair berasid,mana sperma yang lemah ia akan terbunuh,hanya 40 juta sperma sahaja yang berjaya melepasi rintangan ini,Setelah 40 juta sperma yang berjaya melepasi halangan di pangkal rahim,sperma itu terpaksa melalui beberapa halangan lagi,ada yang berjaya melalui halangan , kebanyakkannya kecundang dalam perjalanan ke tiub Fallopio .Daripada 40 juta sperma itu hanya 100 sperma yang berjaya.dalam 100 sperma yang berjaya sampai ke ovum dengan izin Allah hanya satu sperma sahaja yang berjaya menerobos masuk ke dalam sel ovum dan penyatuan belaku. satu yang berjaya itulah kita.Kita adalah juara, oleh itu jagalah nama baik juara,bersempena dengan bulan Ramadan yang Mubarak ini maka tunaikan ibadat puasa dengan sebaiknya, jangan langgar perintah Allah , ingat kita juara, juara mesti jaga nama baik,jangan sia – siakan atas nama “JUARA” .
Izin bertanya, kalau dari ilmu biologi diketahui sperma itu diproduksi di testis, dan sel telur dari ovarium (di daerah pinggang). Bagaimana penjelasannya terkait ayat ini, katanya diprosuksi dari dada???
ReplyDeleteSoalan yang saudara tanya adalah ilmu umum dari sumber ilmu teori. Ttg ayat quran sememangnya tidak percanggahan kerana Allah Sang Pencipta yang Maha Mengetahui ttg ciptaanNya,tiada keraguan kpd wahyuNya. Pakar biologi hari ini masih mengkaji dan ada dikalangan mereka memerhati sememangnya ada kebenaran dalam Al Quran. Blh rujuk artikel type tulang sulbi dengan tulang dada (backbone and the ribs). Byk kajian ilmiah masih dijalankan. Manusia sebenarnya banyak sangat jahil lagi tentang diri lagi apatah lagi alam bumi mahupun alam semesta. Penyakit berbahaya pn masih ambil masa mengkaji itu pun bukan sepenuhnya dpt mengatasi efektif. Sekian dan harap maklum.
ReplyDeleteHabis Tu kenapa kalau lelaki kne buang testis xleh keluar air Mani n mandul
DeleteBoleh jadi fungsi testis tu macam perut kita. Kita makan dari mulut, lepastu melalui saluran esofagus pergi ke perut. Dalam perut tu ada proses pencernaan lagi. Masuk pula saluran usus kecil dan usus besar sehingga sampai pada rektum sebelum dikeluarkan pada dubur atau saluran kencing. Jadi tak la pelek kalau dalam Al Quran Allah sebut asal air mani tu dari tulang sulbi. Macam konsep saluran pencernaan tadi la. Asal air mani tu dihasilkan dari dalam tulang sulbi lepastu masuk kedalam testis (untuk penyimpanan dan mungkin ada melalui proses tertentu seperti proses pencernaan pada konsep dalam perut) dan seterusnya akan dikeluarkan melalui zakar. Jadi kalau testis dibuang seumpama tiada tempat transit (tempat sperma mempersiapkan diri sebelum berjuang hidup mati/dilepaskan kedalam rahim wanita) untuk sperma ke zakar. Dan Subhanallah... Ada hadis Rasulullah berkaitan dengan tulang sulbi yang amat berkaitan dengan perkara ini:-
ReplyDelete“Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan ‘Ajb al-Zanab dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat”. [Riwayat al-Bukhari (4935)]
“Setiap anak Adam akan dimakan oleh tanah kecuali ‘Ajb al-Zanab daripadanya diciptakan serta padanya juga akan dibangkitkan”. [Riwayat Muslim (2955)]
Definisi ‘Ajb al-Zanab (عَجْبُ الذَّنَبِ)
Menurut lisan al-Arab, ‘Ajb al-Zanab bermaksud:
الْعَظْمِ الَّذِي فِي أَسفل الصُّلْب عِنْدَ العَجُز
Maksudnya: “Tulang yang berada di hujung sulbi pada tulang tongkeng ”. [Lihat: Lisan al-Arab, 582/1]
Jadi dari hadis ini Allah menerangkan dari "tulang subi" akan dihidupkan kembali manusia seperti sebelumnya. Untuk senang faham tulang sulbi ni macam benih asal pembentukan kembali manusia. Oleh sebab itu dalam kehidupan manusia di muka bumi sekarang memang amat masuk akal apabila dalam Al Quran Allah sebutkan asal air mani tu dari tulang sulbi. Jadi ia amat selari dengan asal awal kejadian kita dalam kehidupan dunia melalui proses yang disebutkan tadi. Semoga Allah memberikan kita kefahaman... Allah lah yang lebih mengetahui...