SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, July 25, 2012

Bersiap untuk buat perubahan besar.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Temerloh – Ketua Penerangan PAS Pusat Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak semua pencinta Islam agar sama – sama menjalani Ramadan kali ini sebagai bulan mempersiapkan diri untuk membuat satu perubahan besar politik Negara ini.
Katanya bagi musuh Islam menganggap Ramadan sebagai bulan seolah –olah umat Islam lemah,lesu dan letih sebaliknya orang Islam meletakkan Ramadan bulan jihad sehingga berlakunya siri peperangan sejak zaman Nabi Muhammad saw.
“Marilah kita sama –sama menjalani Ramadan ini sebagai bulan jihad kita untuk mempersiapkan diri bergerak kehadapan membaut satu perubahan besar dalam konteks politik Negara kita,mengajak masyarakat balik kepada Islam.
“Kita tidak mengajak masyarakat untuk bermusuh,berpecah belah atau memfitnah,sebaliknya mengajak masyarakat balik kepada Islam”
“Apabila kembali kepada Islam Insya-Allah bangsa kita akan selamat,Negara kita akan selamat dan pemuda kita akan selamat.”ujarnya dalam perutusan Ramadannya.
Tambahnya”Ramadan kali ini merupakan bulan puasa terakhir sebelum menghadapi PRU13 justeru itu diharapkan meningkatkan semangat jihad menjelang detik –detik penting itu.
Ustaz Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata,”Ramadan bulan yang memperoses dan melahirkan hamba Allah yang bertakwa,bulan ibadah,bulan al-quran,bulan zikrullah,bulan taubat kepada Allah,bulan pembersihan diri daripada dosa dan maksiat dan yang penting menjadikan keazaman kita untuk melakukan yang lebih baik daripada sebelum Ramadan dan selepasnya.”
“Marilah wujudkan suasana ibadah seumpama ada majlis – majlis zikir,tazkirah sebagai satu fenomena baru untuk menambahkan pengetahun di samping kita menunggu waktu berbuka.
“Fenomena yang tidak dapat dielakkan apabila masuk Ramadan kita dapati budaya masyarakat kita yang buka gerrai perniagaan,satu fenomena yang baik dalam konteks ekonomi tetapi harus kita lihat dalam kita berbuka selepas lebih 12 jam berpuasa,bila kita hendak berbuka puasa hendaklah kita memilih,melihat siapa yang menjual kuiah tersebut.
“Jangan beli kuih daripada orang yang tidak sembahyang,jangan beli kuiah orang yang tidak takut Allah sebab makanan mempengaruhi jiwa kita,mempengaruhi sikap kita,mempengaruhi kelakuan kita.Jadi makanan yang tidak baik menjadi darah daging kita,”Tegasnya.
Tuan Ibrahim juga menasihatkan agar tidak menjadikan Ramadan kali ini menjadi pesta makanan,bukan pesta ibadah.
Katanya sebahagiannya begitu sibuk daripada sebelum Asar lagi sudah membuka gerai kemudian sampailah habis Maghrib.
Walaupun ruang mencari rezaki ini sangat baik tetapi dalam waktu yang sama setiap penjual mestilah memahami menjual kepada orang yang mahu berbuka puasa.
Mereka sepatutnya berlumba untuk mendapatkan pahala daripada apa yang dijual dan mendapat untung apa yang dijual,mudah –mudahan kedua –duanya mereka dapat.
Selamat menyambut Ramadan mudah –mudahan diterima ibadah puasa yang penuh keberkatan yang mendapat natijah dengan tahajudnya,dengan zikirullahnya,dengan muhasabahnya.Seluruhnya akan menyebabkan kita dekat kepada Allah dan bertambah iman kita .
(HARAKAH 23- 26 JULAI 2012).

No comments:

Post a Comment