SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, July 3, 2012

“Hari Isnin hari hijau seluruh Pahang”.


PENULIS BLOG US.ZAKARIA BIN OAMR .



DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN PJ PAS PAHANG.


Berikut adalah sedutan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man persuruh jaya Pas Pahang di perhimpunan hijau peringkat Pahang,pada 1.7.2012 di Kerdau .
“Himpunan hijau hari ini adalah lanjutan dari himpunan hijau menuju ke Putra jaya di Kedah dulu,terima kasih Tuan Guru Persiden kerana kesibukan beliau , cuba juga datang melihat himpunan hijau kita di Pahang di dataran Kerdau ini, Tuan Guru Persiden merupakan tokoh gerakan Islam dunia sezaman ikhwan muslimin di Mesir.”
“Saya lihat hijau di tangan tuan-tuan , saya lihat hijau di baju tuan – tuan . saya lihat hijau di mata tuan – tuan,saya lihat hijau di hati tuan – tuan ,kita akan gerakan hijau menuju ke PutraJaya .”
“Ada orang kata Pahang adalah kepunyaan BN kerana Najib PM berasal dari Pahang,tetapi kita perlu ingat Tun Abdullah Bedawi berasal dari Pulau Pinang, Pulau Pinang tumbang , kita perlu ingat Tun Dr.Mahadhir berasal dari Kedah , Kedah tumbang, insyaallah Najib dari Pahang , Pahang akan tumbang ..”
“Himpunan hijau kita hari ini merupakan himpunan hijau yang ke -6,selepas himpunan hijau di Kedah, slogan himpuan hijau kita hari ini
“BERI PELUANG PAKATAN RAKYAT BUKTIKAN “ dan mengistiharkan hari Isnin hari hijau seluruh Pahang, oleh itu kemana kita bergerak hendaklah memakai pakaian hijau .”
Di malam himpunan hijau itu beliau memberitahu ada seorang tokoh penting pegawai kerajaan masuk PAS, iaitu Dato’Hj.Ramli bin Buyung .
(lapuran : Ustaz Zakaria Omar Ketua Penerangan Urusan Ulamak PAS Temerloh ).

No comments:

Post a Comment