SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, July 14, 2012

BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA.

anak dimasa kelahairannya dibelai dengan penuh kasih sayang,
ibu mengasihi anak dengan penoh kasih sayang , maka henaklah anak-anak berbakti kepadanya.

1 .Berbakti kepada kedua ibubapa suatu kewajipan .
Allah memerintahkan kepada manusia supaya berbakti dan berbuat baik kepada keduanya dan larang menderhakainya dengan sekeras-kerasnya , firman Allah SWT yang bermaksud :
23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
24. dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."(Al-Isra’ :23-24 )
Firmannya lagi yang bermaksud:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Loqman :14)
.2 Berbakti kepada ibubapa adalah ibadat yang paling utama .
Betapa besarnya pengorbanan ibupada kepada anak-anak mereka , dengan memberi kasih sayang kepada anak mereka yang masih kecil , juga yang telah dewasa . Bapa dan ibu sentiasa menjaga kesihatan , makan , minum dan pakaian anak mereka . Maka berbakti kepada kedua adalah paling utama , kerana Allah memerintahkan kewajipan tersebut selepas mengasakan dan beribadat kepadaNya .Firman Allah SWT yang bermksud :
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa .( An Nisa’ :36)
FirmanNya lagi yang bermaksud :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah
(Al-Ahqaaf :15)
3 . Hadis –hadis yang menunjukkan kelebihan berbakti kepada ibubapa:

(i)Amalan yang paling disukai Allah selepas solat.
Berkata Abdullah bin Masud r.a :
سَأَلْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الْاَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَي اللهِ ؟ فَقَالَ : الصَّلاَةُ لِوَقْتِهَا . قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ : بِرُّ الْوَالِدَيْنِ . قُلْتُ : ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ : اَلْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ .
Saya pwenah bertanya kepada Rasululla SAW, kataku : Amalan yang mana satu yang lebih dicintai Allah ? Jawab Baginda : Solat pada waktunya .Tanyaku lagi .Sesudah itu apa pula?Jawab Baginda : Berbakti kepad kedua ibubapa .Tanyaku lagi:Sesudah itu apa lagi? Jawab Baginda seterusnya :Berjihad (berjuang) fil sabilliah.
(ii)Rida Allah bergantung kepada rida ibubapa.
Sabda Rasulullah SAW :
رِضَا اللهِ فِىْ رِضَا الْوَالِدَيْنِ , وَسَخَطَهُ فِي سَخَطِ الْوَالِدَيْنِ .
Keridaan Allah bergantung kepada rida kedua ibubapa , dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibubapa.
(iii) Menderhaka kepada ibubapa dosa besar .
Sabda Rasulullah SAW :
ثَلاَثٌ لاَ يَنْفَعُ مَعَهُنَّ عَمَلٌ : اَلْإِشْرَاكُ بِاللهِ , وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ , وَالْفِرَارُ يَوْمَ الزَّحْفِ .
Tiga perkara tidak ada guna amalan bersamanya , iaitu : mensyirikkan Allah, menderhaka kepad kedua ibubapa , dan lari dari medan perperangan yang sedang rancak .
SabdaNya lagi :
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ ثَلاَثٌ : اَلْإِشْرَاكُ بِاللهِ , وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ ,وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ
Dosa yang paling besar tiga perkara : mensyirikkan Allah, menderhaka kepad kedua ibubapa dan bersaksi dusta .
.4 .Berbakti kepada ibu lebih utama kepada bapa .
Adalah berbakti kepada ibu adalah lebih utama dan lebih pahalanya , kerana ibu itu mengalami kesusuhan , mengalami kesakitan waktu melahirkan ,menyusu dan memeliharanya hingga dewasa dan sentiasa memberi kasih sayang dan lain-lain lagi , Berkata seseorang kepada Rasululllah SAW :
مَنْ اَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صُحْبَتِىْ ؟ أَيْ بِبِرِّيْ وَصِلَّتِيْ : فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أُمُّكَ .قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أَبُوْكَ .
“Siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku? Jawab Nabi :Ibumu .Sambung orang itu lagi .kemudian siapa pula ?Jawab Nabi :Ibumu.Ia bertanya lagi : kemudian siapa pula ? Jawab Nabi :Ibumu .Bertanya lagi kemudian siapa ? jawab nabi :Ayahmu .”
5 .Berbakti kepada ibubapa selepas keduanya meninggal dunia.
Sabagiamana wajib seseorang itu berbakti kepada dua ibubapanya pada masa hidup mereka , maka wajiblah atasnya berbakti kepada keduanya selepas ia meninggal dunia .caranya dengan memohon doa dan istighfar sebanyak-banyaknya untuk mereka berdua,bersedekah, membayar hutang mereka . melaksanakan wasiat mereka , memperhubungkan silaturrahim dengan sekalian keluarga , berbakti kepada kawan dan rakan mereka . dan lain-lain lagi .
Doa untuk ibubapa :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا .
Ya! Tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil .”
6 .Kesimpulan .
Kesimpulanya, tahukah kamu bahawa orang yang paling saying kepada kamu ialah kedua ibubapamu.Mereka yang mendidik dan memberi pelajaran kepadamu sejak kecil lagi .Merekalah yang memandu kamu ke jalan petunjuk hingga kamu berpegang dengan Agama Islam .Oleh itu terimalah segala nasihat-nasihat mereka, amalkan dengan sebaik-baiknya sebagai pedoman untuk kamu di dunia bagi menuju akhirat.Berdoalah kepada keduanya semoga beroleh kebahgiaan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment