SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, September 13, 2013

TAZKIRAH PAGI JUMAAT .FADILAT DATANG AWAL KEMASJID DAN FADILAT JUMAAT



TAZKIRA PAGI JUMAAT
FADILAT DATANG AWAL KE MASJID DAN FADILAT JUMAAT
Allah swt menjadikan Hari Jumaat suatu hari yang amat mulia lebih daripada hari –hari yang lain dalam seminggu .Oleh itu rebutlah peluang kelebihan hari Jumaat dan malamnya dengan menunaikan seberapa banyak ibadat seperti membaca Al-Quran,berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW berzikir,bersedekah dan berbagai –bagai amalan sunat yang lain.
Menurut Hadis Rasulullah yang bermaksud ,”Sebaik –baik hari di dunia ini dimulai dari masa dijadikan matahari sehingga dihapuskan dia ialah Hari Jumaat,kerana pada hari Jumaatlah Allah Taala  jadikan Nabi Adam a.s dan dimasukkannya ke dalam syurga serta dikeluarkan semula ke dunia dan akan berlaku hari Qiamat pada hari Jumaat juga.”
Solat Junaat ini adalah merupakan salah satu ibadat yang amat besar fadilat dan hikmatnya ,oleh itu rebutlah peluang untuk hadir ke masjid lebih awal ,nescaya kita akan memperolehi fadilat yang lebih banyak serta mendapat ganjaran yang lebih dari Allah.Dengan datang awal ke masjid para Jemaah boleh melakukan iktikaf dan amalan ibadat yang lain.Solat Jumaat ini adalah merupakan satu kelebihan dan kewajipan kepada golongan lelaki.
Fenomina masyarakat Islam hari ini telah banyak dipengaruhi oleh unsur –unsur budaya asing yang lebih mementingkan dunia dan kebendaan menyebabkan ada di antara umat Islam yang lalai untuk hadir ke masjid dengan lebih awal . Kadang – kadang ada di antara orang Islam yang hadir  untuk bersolat Jumaat semasa imam sedang berdiri untuk solat .Mereka ini adalah termasuk golongan rugi  dan hilang pahala Jumaat kerana terlepas dari mendengar khutubah .
Janganlah kita datang  ke masjid semata –mata untuk menunaikan solat Jumaat sahaja , sedangkan banyak ibadat yang kita boleh lakukan sebelum menunaikan solat.
Malang juga ada di antara yang hadir ke masjid bersimbang – simbang di masa Imam membaca khutubah . Ini adalah satu kesalahan , kerana mendengar khutubah adalah sebahagian dari solat Jumaat dan merupakan nasihat yang sangat berguna.
Marilah kita menambahkan ilmu dengan mendegar dan meneliti khutubah yang disampaikan oleh Imam .Kerana khutubah merupakan nasihat agar uamt Islam tidak lalai  dan tidak menyimpang dari iman .
Adalah satu kerugian kita datang menunaikan solat Jumaat , tetapi hilang beberapa pahala sunat yang terdapat di Hari Jumaat .
Masih juga terdapat setengah kita yang tidak mahu mengambil peluang yang ada untuk memenuhi saf –saf  depan, walaupan saf itu masih kosong.Merek beranggapan saf itu untuk orang -orang tertentu sahaja. Kadang – kadang terdapat para Jemaah berdiri di luar masjid dari mengisi ruangan kosong dalam masjid.
Rasulullah menggalakkan umatnya supaya  datang  awal ke masjid kerana akan mendapat ganjaran dan fadilat yang besar dari masa-masa yang lain.Firman Allah SWT dalam surah  Al-Mukminun ayat 61 :

mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
Ahli Jemaah yang datang awal ke masjid akan dapat beriktikaf dan boleh membuat berbagai-bagai ibadat kepada Allah sebelum solat jumaat didirikan .Berbahagilah bagi mereka yang mengambil berat seruan Rasulullah saw. Firman Allah dalam surah Jumaat ayat 9 :

Wahai orang-orang yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa kita bahawa hari Jumaat adalah sebagai hari besar mingguan bagi umat Islam  dengan diperintahkan mendirikan solat Jumaat bagi menggantika solat zohor .
Dengan ayat ini juga dan ayat yang berikutnya iaitu ayat 10 surah Jumaat :

kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).
Allah memerintahkan umat Islam supaya segera ke temapat  solat Jumaat sebaik sahaja seruan azan dilaungkan serta meninggalkan kerja masing – masing seperti jualbeli dan kerja – kerja untuk pergi ke masjid mendengar khutubah dan menunaikan solat Jumaat,Setelah selesai solat mereka digalakkan meneruskan usaha mereka mencari rezeki sambil mengingati Allah banyak –banyak dalam segala keadaan.Mereka yang mematuhi ajaran Allah swt yang demikian akan memperolehi kejayaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat.
Ingatlah nilai kejayaan dan kebahgiaan tersebut  tidak boleh diukur dengan nilai ekonomi dan harta benda dunia semata –mata .
Oleh kerana solat Jumaat ini merupakan perhimpunan mingguan bagi penduduk sesuatu kawasan, ia bukan sahaja dapat merapatkan tali persaudaraan dan muhibbah,bahkan dapat memupuk semangat perpaduan dan sepahaman ahli Jemaah di samping dapat  pula mendengar nasihat – nasihat yang berguna mengenai urusan dunia dan akhirat .Firman Allah swt surah Taubah ayat 18 :

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Dengan kita datang ke masjid kita digolongkan orang – orang yang memakmurkan masjid.
Wassalam .
DISAMPAIKAN  OLEH :US.ZAKARIA OMAR P/S.USAHA DEWAN ULAMAK PAS PAHANG.

No comments:

Post a Comment