SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, September 9, 2013

pembaca al-Quran



PEMBACA AL-QURAN
Didalam buku “Pelembut Hati “ oleh :Ibnu Qadamah al-Maqsi .Membahagikan pembaca Al-Quran kepada  tiga :
Pertama :Pembaca  yang menjadikan Al-Quran sebagai alat untuk mengumpulkan harta benda,di mana dia berpindah –pindah dari satu badar ke Bandar yang lain untuk membacakannya dengan tujuan mencari sesuatu sebagai imbalan.
Kedua : Pembaca al-Quran , di mana mereka mengahaf huruf-hurufnya,tetapi mengabaikan hukumnya.Mereka menjadikan al-Quran sebagai alat untuk melindungi dan menghalalkan tindakan penguasa dan sebagai alat untuk mengesahkan tindakkan zalim mereka terhadap rakyat.Banyak sekali contoh seperti ini yang dilakukan oleh para penghafal Al-Quran . Al-Hasan berkata “Demi Allah ramai sekali mereka yang melakukan perbuatan seperti ini “.
Ketiga : Pembaca Al-Quran yang mempelajari Al-Quran  itu sesuatu yang dapat dijadikan sebagaim ubat penawar , di mana pada malam harinya dia bangun (solat), air matanya bercucuran,hatinya diliputi kesedihan , merenung dangan penuh kekhusyukan , tidak bergelumang dalam medan perang dan membenci baju tebal dan baju hangatnya,kerana mereklah Allah menyiramkan air hujan , menurunkan pertolongan dan menjauhkan bala bencana,.Demi Allah contoh penghafal al-Quran seperti ini sangat sedikit sekali .
dicatatkan oleh : Us.Zakaria Omar ketua penerangan urusan ulamak pas temerloh
 

No comments:

Post a Comment