Nikmat
yang kedua ialah kelapangan : Waktu lapang
tidak sibuk dengan berbagai –bagai kebimbangan dan pekerjaan - fikiran aman dan tenteram tanpa menghadapi
kesulitan hidup inilah masa yang dianggap sebesar –besar nikmat Allah .Maka
wajarlah bagi manusia yang bijak merebut
peluang keenmasan ini untuk beramal soleh.
Waktu
kelapangan ini adalah berhubung rapat dengan kesenangan dan kekayaan hidup yang
boleh menimbulkan aman tenteram mengenai diri dan harta.Demikian pula suasana
keadaan jiwa yang tenang adalah juga
termasuk kedalam nikmat kelapangan, yang bererti jiwanya aman dan tenteram
tidak keluhkesah oleh kerana ia mempunyai pekerjaan yang tetap dan keyakinan
yang penuh kepada masyarakat di sekelilingnya bahawa ia tidak kehilangan
hak-haknya ketika itu barulah ketenangan akan meresapi perasaannya .
Dalam
keadaan tersebut kedapatan banyak manusia tidak menggunakan dengan sewajarnya
bagi kepentingan yang sebenar untuk dunia dan akhirat . Mereka pandai
menghilangkan masa dan membuang peluang
baik dengan bermacam-macam aneka perkara yang sia –sia seperti duduk di kedai –
kedai kopi,ditengah-tengah jalan, dengan mengukur jalan kehulu dank e hilir
yang tidak mendatang sebarang faedah, mereka menghilangkan masa yang berguna .
Menakala
bersua dengan kegagalan lalu mereka menyalahkan untug nasib atau dengan mudah menyatakan Masa tidak mengizinkan dan
tidak bernasib baik dan lain –lain lagi .
Contoh
–contoh yang diberi itu adalah gambaran orang –orang yang dikurniakan Allah
nikmat kelapangan dan kerihatan, diberi peluang tetapi mereka tidak merebutnya,
dengan itu mereka telah menipu dirinya sendiri atau merugikan hidup, tersalah
pilih , menukarkan benda mahal bernilai lalu mengambil yang murah dan tak
bernilai.
Pengajaran
hadis :
1.Badan
yang sihat sebesar –besar nikmat Allah kepada kita kerana dengannya menyedarkan kesedaran terhadap
nilai tenaga dan kecergasan supaya digunakan dengan wajar bagi faedah diri
sendiri dan masyarakat ramai sehingga tiap –tiap kita menjadi anggota masyarakat yang cergas dan
berguna bukan menjadi beban juga dapat menempatkan kita ke tempat kedudukan
yang mulia dan terhormat .
2.Waktu
lapang ialah peluang yang baik untuk kemajuan dan kejayaan hidup ,mereka
yang tahu menilai hidup adalah sentiasa
menguasai masa kelapangan , bersungguh
berkerja beramal kebajikan untuk
menjamin kebahgiaan hidupnya
dunia dan akhirat .
3.Bersyukur
ialah menggunakan sesuatu nikmat dengan sepatutnya sesuainya dengan
maksudnya,sihat ialah tenaga untuk
berkerja jangan di sia –siakan, masa kelapangan peluang membuat sesuatu .maka
wajiblah bagi orang yang berakal waras menggunakannya dalam perkara –perkara yang
memberi faedah kepada dirinya dan masyarakat .Mereka bersyukur adalah
bersyukur bagi dirinya dan sebaliknya
kufur nikmat adalah kerugian baginya , Firman Allah SWT dalam surah al –Naml
ayat 40 :

dan (sebenarnya) sesiapa Yang bersyukur maka faedah syukurnya
itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur
(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha
Kaya, lagi Maha Pemurah".
4.Penyakit
yang amat bahaya bagi manusia ialah kelalaian , berangan –angan , menipu diri
sendiri, lalu membuat perhitungan dalam tiap –tiap detik hidup .Dengan itulah hadis ini
mengingatkan orang – orang Islam akan erti jihad di dalam Islam , jihad hawa
nafsu supaya selalu berkerja demi kepentingan faedah hidup di dunia dan akhirat
.
No comments:
Post a Comment