SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, September 16, 2013

MULTAQA ULAMAK SEMALAYSIA



Pencerahan
             Berbagai ulasan tentang  respon yang diambil oleh para pembaca apabila membaca  tajuk muka depan sinar harian keluaran Ahad 15.9.2013 yang bertajuk ‘PAKATAN MERUGIKAN PAS ?“,untuk pencerahan  bahawa dalam buku  ucap utama  yang disampaikan oleh Tuan Guru Us.Harun Taib  di multaqa ulamak semalaysia  di komplek pas kedah ( kota Sarang Semut)  menyatakan   dalam 8.0 “MENYEMAK TAHAALUF SIYAASI BAGI MENGUNTUNGKAN PAS “.
SEBAGAI PENCERAHAN SAYA KEMUKAKAN DUA PENDAPAT DARI KALANGAN  ORANG PENTING DALAM PAS .
1.TUAN GURU  DATO’ NIK AZIZ NIK MAT  MURSYIDUL AM  PAS
DI DALAM  WHATSAPP  DEWAN ULAMAK PAS PAHANG  BELIAU MENYATAKAN
KAJI  HANYA UNTUK PENAMBAHBAIKAN:
Saya membaca muka hadapan  Sinar Harian  harin ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar “PAKATAN MERUGIKAN PAS ?“,dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat,Datuk Harun Taib yang dikatakan  meminta Majlis Syura Ulamak mengkaji semula Tahaluf Siyasi  (Persafaman Politik) dalam pakatan Rakyat.
Saya tidak menghadiri Multaqa Ulamak  yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam  sekalipun saya benar –benar berhasrat untuk hadir .Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu.Justeru saya tidak mendengar sendiri ucapan ketua dewan  ulamak pas pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar .berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau ,wallahulam .
Walau bagaimanapun , suka untuk saya memeberikan serpon terhadap  tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar  Harian iaitu “PAKATAN MERUGIKAN PAS ?“,Perlu dijelaskan bahawa penyertaan PAS melalaui  Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh bebeapa  individu sahaja .Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan  PAS yang berlangsung selepas  pilihanraya umum 2008 (PRU12).
Saya nelihat  keputusan ini tidak sekali –kali silap bahkan  ia lebih membawa PAS  ke hadapan pentas politik di Malaysia.Lebih bermakna daripada itu ,PAS Berjaya  mempersembahkan Islam kepada non muslim dengan cara yang tidak pernah  dilakukan oleh UMNO.UMNO bukan  setakat menjauhkan bukan Islam dari Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka .
Senjata  UMNO  ialah perkauman, lambing UMNO  ialah keris tidak bersarung,politik UMNO ialah politik samseng jalanan ,sampai bila-bila  non muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan .
Dalam pakatan Rakyat pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang Pemimpin – pemimpin DAP  khususnya seringkali  datang ke pejabat saya berbincang  tentang nilai –nilai Islam .Ada  yang mengungkapkan istilah – istlah perundangan syarak yang kadang –kadang  pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini .
PAS wajib melangkah ke hadapan  .Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS  bahawa untuk terus releven di pentas politik Negara,PAS wajib memahami suasana poliitik .Selagi tidak bertentangan dengan prinsip  asas syariat , jangan  mengurung PAS dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta.PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka  wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia .
Saya mendengar pengalaman YB Speaker dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja Ke Johannesburg ,Afrika Selatan.katanya  di sana zakat turut diberikan oleh orang islam kepada bukan Islam  . Di Malaysia dibawah asnaf muallaf ,hanya orang yang baru memeluk islam menrima zakat .Sedangkan muallaf boleh jadi seorang non muslim yang hamper lembut  hatinya untuk memeluk islam dan juga  seorang non muslim yang sangay tegar memusuhi Islam,namun jika diberikan zakat permusuhannya  itu kendur .
Ini sebagai contoh bagaimana  ada aspek pengalaman Islam secaa  pratikal di Malaysia belum tepat  dengan wajahnya  yang sebenrnya . Inilah yang perlu  dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan  .Saya yakin , jika islam difahami  dengan baik tanpa gangguan daripada pihak –pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan –rakan daripada non muslim .
Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam pakatan rakyat.Benar kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya tetapi juga  perlu diingat PAS  sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab  dakwah yang besar dipentas politik.Justeru ,keberadaan PAS di dalam pakatan takyat  sekali –kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkah merupakan langkah yang sangat tepat dengan reality politik Negara.
Tahniah  kepada para ulamak yang bermultaqa semalam.Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam .Berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat ,jika mahu dikaji, silakan.Tetapi kaji untuk penambahanbaik, bukan kaji untuk mengundur ke belakang .kaji untuk berundur ke belakang  hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang  kelemasan.
Sekian
Haji Nik Abdul Aziz  bin Nik Mat,
Al-Muryidul Am PAS
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H
Bersamaan  15 September 2013M.

2.Dari Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Mat
Ketua Penerngan PAS pusat merangkap PJ PAS Pahang .
BELIAU SEPENDAPAT DENGAN TG NIK AZIZ  , BOLEH DISEMAK DAN DIKAJI SEMULA TAHALUF SIAYASI , TETAPI HENDAKLAH  MENAMBAHBAIKKAN, BUKANNYA UNDUR KE BELAKANG .



BERITA DAN FOTO .OLEH US.ZAKARIA OMAR
PERWAKILAN DARI DEWAN ULAMAK PAS PAHANG .

No comments:

Post a Comment