SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, October 8, 2010

JUDI

Takrif judi
Ulamak memberi takrif judi dengan takrif yang berbeza twentang judi :
(i) Zamakhsyari dalam al-Kasysyaf menyatakan , judi dalam Bahasa Arab sebagai maisir atau qimar , kerana ia usaha yang mudah tanpa memerlukan penat lelah sdan beban , ia diambil dari kalimah yusr.Manakala maksud kedua daripada kalimah yasar iaitu kaya atau senang kerana boleh m embaw a k ekayaan
(ii)Al-Azhari bwerkata , maisir ialah cara mereka berjudi dan dinamakan begitu kerana setiap seseorang membahagikan juzuknya . Dalam kamus dewan edisi 4 , judi bermaksud permainan dengan memakai wang dan lain – lain sebagai taruhan
(iii)Al-Zahbi dalam al-Kaba’ir menyebut , perjudian ialah apa sahaja yang boleh dibuat berjudi sama ada dadu , catur permainan cin cin , ju di dengan bola empat segi , buah kenari , telur , kerikil atau apa sahaja yang seumpamanya .
Dalil pengharaman judi :
1.Al-Quran
(i)Firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 219 :
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
(ii) Firman Allah SWT dalam surah al-Maidaah ayat 90-91 :
90. Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
91. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
2.Sunah
Nabi SAW bersabda : “Barang siapa yang berkata kepada temannya , mari kita bermain judi maka hendaklah ia bersedekah “ riwayat al-Bukhari dan Muslim.
3.Ijma’
Syikh Said Abu Jaib menyebut dalam bukunya Mausu’ah al-ijma’ fi al-fiqh al-islam 23/958 ,para ulamak telah ijmak bahawa judi haram sama ada dengan dadu , catur atau dengan apa – apa pun .Ia termasuk makan harta dengan cara kebatilan .
4.Kaedah Faqhiyyah
Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqh al-Muwazanah (rujuk Siasah Syari’yyah ,Dr.Yusuf al-Qardhawi , hal 300 – 301 ,Maktabah Wahbah ,Kaherah ) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut , kaedah yang sama dalam bahasa Arab yang bermaksud “Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus .”
JUDI ITU MUDARAT .
Al-Sobuni dalam Rawa’I’ al-Bayan menyebut , antara mudarat judi sama dengan mudarat arak yang mana boleh membawa kepada pembunuhan diri sendiri atau orang lain , dan kehidupan yang hina dan keji.
Pelbagai permasalahan hukum .
Terdapat bebarapa fatwa dan pelbagai permasalahan hukum berkaitan isu judi :
(i)Hukum peraduan SMS dan menyertainya menurut pandangan Islam .
Kuputusan muzakarah kali ke -64 ,Jawatan kuasa Fatwa menyebut : Peraduan kuiz melalui SMS dan seumpamanya mengandungi eksploitasi kesamaran (tidak jelas)pertaruhan dan nasib yang tergolong dalam pengertian judi .Dari itu hukum peraduan kuiz tersebut adalah haram di sisi syarak .”
(ii) Dr.Yusuf al-Qardhawi menyebut dalam kitab “a;-Halal wa al-Haram” Setiap permainan yang bertujuan untuk berjudi maka hukumnya haram .Judi ialah permainan yang dilakukan oleh manusia , tiak lari dari untung atau rugi .Ia juga dinamakan maisir yang disebut oleh al-Quran beriringan dengan arak ,anshaab (yang disembelih untuk berhala)da azlam (yang diundi dengan batang kayu untuk menentukan nasib).
Dalam hubungan ini , pemerintah berperanan menegah keburukan , bukannya menaja atau bersaing dengan penjenayah .Dikhuatiri pemberian lessen judi mewujudkan tempat hisap candu berlesen untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen . Justeru , kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti .
Pa\ndangan Syaikh Al-Maghari bahaya judi .
(i)Menimbulkan permusuhan dan kebencian sesame permain.
(ii)Memalingkan orang daripada mengingati Allah SWT dan solat .
(iii)Merosakkan moral manusia iaitu membuat manusia malas dan menanti- nanti rezeki melalui khayalan sekali gus menjadikannya tidak suka bekerja mengeluarkan keringat seperti bertani , bertukang dan berdagang .
(iv)Runtuhnya rumah tangga secara tiba- tiba dan lenyapnya harta seseorang pemilik secara mendadak .
Implikasi dan akibat judi:
1.Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius .
2.Kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya yang sering diserbu selain diharamkan oleh kerajaan.
3.Membawa masalah dan krisis rumah tangga .Pergaduhan suami isteri , anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi , suami curi duit isteri dan sebagainya.
4.Kanak – kanak akan turut serta dalam perjudian , khususnya secara dalam talian, dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lessen diberi oleh kerajaan manakala perbutan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan .
5.Masyarakat tidak progesif kerana meneka dan bertaruh serta menonton bola sepak secara berlebihan .Kalau dulu penonton hanya gembira untuk melihat pasukan yang disokong , kini , bakal menjadi taasub dan tertekan kerana keputusan perlawanan membabitkan wang pertaruhan .
6.Mendorong rakyat focus pada perolehan keuntungan secara cepat tanpa teknik , namun akhirnya dirinya ditimpa kerugian .
7.Kesan buruk kekalahan menyebabkan kemarahan , memandu berbahaya di jalan raya , pegeseran rumah tangga , kesan psikologi di tempat kerja kerja . dikejar lintah darat dan banyak lagi .
8.Pemberian lessen judi seolah – olah menjolok sarang syaitan kerana kemungkinan ada individu yang tidak terdorong untuk berjudi kerana aktiviti gelap dan salah di sisi undang – undang .Namun dengan pemberian lessen , mereka melakukan kerana ia dianggap halal .

No comments:

Post a Comment