HARI RAYA AIDILFITRI .
Hari Raya Aidilfitri yang juga terkenal dengan Hari Raya Puasa , disyariatkan oleh Allah SWT untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran , dan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Allah SWT .
Hari ini adalah satu hari yang mulia , firman Allah SWT :
……... dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah : 185 )
Dan Rasulullah SAW bersabda :
عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ , رَضَيَ اللهُ عَنْهُ , عَنِ الَّبِيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْعَيْدِ مُحْتَسَبًا , لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ .(رواه ابن ماجه )
Dari Abu Umamah ,r.a dari Nabi Muhammad SAW sabdaNya :”Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya ( Aidilfitri dan AidilAdha)dengan mengharapkan keredhaan Allah semata –mata ,hatinya tidak akan mati (pada hari Qiamat)sebagaimana matinya hati (orang – orang yang kufur ingkar ) pada hari itu.
(Riwayat Ibnu Majah )
Hadis ini mengambarkan : bahawa pada hari Qiamat kelak. Orang – orang yang beriman dan beramal soleh , hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah SWT .Sebaliknya orang – orang kufur ingkar ,hatinya mati (hampa dan kecewa) padahari itu , kerana dimarkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk – buruk balasan .
Apakah yang perlu dilakukan ketika menyambut hari raya :
(1) sambut dengan takbir :
Umat Islam digalakkan menyambut hari raya Aidilfitri dan AidilAdha dengan takbir dan tahmid sabgai bersyukur pada hari baik – bulan baik itu .
Sabda Rasulullah Saw :
عَنْ أَنَسٍ , رَضِيَ اللهُ عَنْهُ , , عَنِ الَّبِيِّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " زَيِّنُوْا العِْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتّّقْدِيْسِ . (رواه ابو نعيم ) .
Dari Anas r.a ,dari Nabi Muhammad SAW sabdaNya :”Hiasilah kedua –dau hari raya (Aidilfitri dan AidilAdha) dengan tahlil ,takbir , tahmid dan taqdis .”
(Hadis riwayat :Abu Naim )
Lafaz takbir hari raya :
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , لااله إلا الله و الله أكبر , الله أكبر و لله الحمد .
الله أكبر كبيرا , والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا . لااله إلا الله , ولا نعبد إلا إياه , مخلصين له الدين ولو كره الكافرون . لااله إلا الله وحده , صدق وعده , ونصر عبده, وأعز جنده , وهزم الاحزاب وحده , لااله إلا الله , و الله أكبر , الله أكبر و لله الحمد .
Allah Maha Besar , Allah Maha Besar , Allah Maha Besar , Tiada Tuhan melainkan Allah , dan Allah jualah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian .
Allah Maha besar dengan segala kebesaranNya , segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya , Maha suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petang .
Tiada tuhan melainkan Allah , dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya walaupun dibenci oleh orang –orang kafir .
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa , amatlah benar dan tepat janjiNya , Ia telah memenangkan hambaNya (Nabi Muhammad SAW) , Ia juga telah menguatkan tenteraNya , dan dialah jua telah mengalahkan musuh – musuh Islam yang bergabung dari berbagai golongan , tiada tuhan melainkan Allah, dan Allah jualah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian .
(2) Bahagian takbir :
(1) takbir mursal :takbir yang tidak terikat dengan sesuatu hal dan masa , boleh dilakukan siang malam , di rumah dan masjid sebelum mengerjakan solah hari raya. Pada hari raya puasa dan haji pada malam hari raya hingga bermulanya solat raya .
(2) Muqayyid : terikat dengan sesuatu hal iaitu solat.ini berlaku pada solat hari adiladha .
Solat hari raya adilfitri dan solat hari raya aidiladha .
Hukumnya sunat muakkad , bilangan rakaatnya dua , disunatkan lakukan dengan berjemaah .
Cara mengerjakan solat hari araya secara berjemaah :
1.Niat ,
Lafaz niat solat sunat hari raya fitrah (puasa) :
أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا / مَأْمُوْمًا لِلّهِ تَعَالَى
Sahaja sku solat sunat hari raya fitrah dua rakaat (imam / makmum) kerana Allah Taala .
BACAAN PADA RAKA’AT PERTAMA
Sebelum membaca fatihah , angkat takbir 7 kali diselangi baca tasbih 6 kali , kemudian iamam baca fatihah, makmum dengar , kemudian makmum baca fatihah , imam baca surah .
BACAAN PADA RAKA’AT KEDUA
Sebelum membaca fatihah , angkat takbir 5 kali diselangi baca tasbih 4 kali , kemudian imam baca fatihah, makmum dengar , kemudian makmum baca fatihah , imam baca surah .
LAFAZ TASBIH .
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ , وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maha suci Allah , segala pujian tertentu bagi Allah ,tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah , dan Allah Maha Besar, Dan Tiada kuasa melainkan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar .
KHUTBAH
Dua khutbah dibacakan sebaik –baik sahaja selesai daripada mengerjakan solat bagi mereka yang solat berjemaah ,sabda Rasulullah SAW :
عَنْ إِبْنِ عَبَّاسٍ , , رَضِيَ اللهُ عَنْهُ , قَالَ :" شَهِدْتُ صَلاَةَ الْفِطْرِ مَعَ نَبِيَّ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِيْ بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ فَكُلُّهُمْ يُصَلِّيْهَا قَبْلَ الْخُطْبَةِ , ثُمَّ يَخْطُبُ (رواه مسلم
SELAMAT HARI DAN MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA FITRAH .
USTAZ ZAKARIA OMAR
KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK
KAWASAN TEMERLOH .
USTAZ ZAKARIA OMAR
KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK
KAWASAN TEMERLOH .
No comments:
Post a Comment