SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, October 19, 2012

Tazkirah 17.Pagi Jumaat 19.10.2012.Kelebihan menyambungkan silaraturrahim .


Sabda Rasulullah SAW “Bermula silaraturrahim itu menambahkan umur dan meluaskan rezeki.
Diceritakan bahawa silaraturrahim itu tergantung pada arasy maka berkata ia ya Tuhanku akulah Rahim dan engkaulah Rahman maka firman Allah Taala “Barang siapa menyampaikan hajat saudaranya yan Islam nescaya aku sampaikan sekalian hajatnya dan dihikayatkan orang dari orang –orang Soleh ada seorang lelaki dari negeri ajam tinggal di Mekah yang mulia kuat beribadat dengan mengerjakan solat dan tawaf siang dan malam satu hari datang seorang sahabatnya menyimpan emas padanya dan orang yang menyimpan emas itu pergi mengembara ke negeri Yaman – apablia balik ia hendak semula akan emasnya – tetapi lelaki itu sudah meninggal tiada siapa tahu ia menyimpan emas itu – maka lelaki itu pergi ke Malik bin Dinar mengadukah hal emasnya maka jawab Malik bin Dinar “ Pergilah engkau duduk di antara rukum yamani dengan Makam Ibrahim – dan serulah nama orang – orang yang soleh – kerana roh – roh orang soleh berhimpun di sana – “ Maka lelaki itu berbuat apa yang disuruh oleh Malik bin Dinar , tetapi apabila diseur namanya tidak ada “ ini bermakna ia bukan orang soleh – Pada hari yang lain Malik bin Dinar menyuruh lelaki pergi ke satu tempat bernama Berhot di sana berhimpun roh – roh orang jahat – maka lelaki itu menyeru nama lelaki itu maka datang dalam mimpinya lelaki itu disiksa kerana ia memutuskan silaraturrahim dengan saudara – perempuannya maka lelaki itu pun pergi berjumpa dengan saudara – saudara perempuan dan meminta supaya ia memaafkan saudaranya itu – maka saudara –saudara perempuan itu memaafkanya – maka datang dalam mimpinya bahawa lelaki itu sudah tingggal ditempat yang baik dan tidak diseksa lagi – begitulah besarnya nilai menghubungkan silaraturrahim .

No comments:

Post a Comment