SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, October 15, 2012

JANGAN SOKONG UMNO YANG TOLAK ISLAM

SETIU : RAKYAT di Negara ini khususnya umat Islam diingatkan agar tidak lagi menyokong UMNO yang menjadi tulang belakang BN yang jelas enggan melaksanakan Islam dalam pemerintahannya.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “Jika di Eropah,umat Islam marahkan orang bukan Islam kerana menghina Nabi SAW tetapi di sini segelintir orang Islam menolak Islam dilaksanakan dalam Negara ini.
Katanya antara perbuatan membikin filem hina Nabi SAW di Eropah dengan tindakan menolak hukum – hukum dan syariat Islam oleh UMNO , sama sahaja seperti menghina Nabi Muhammad SAW .
“Di Eropah orang bukan Islam hina Nabi SAW kita marah.Dekat kita (Malaysia) orang Islam sendiri yang tolak (syariat ) Islam makna hina Nabi SAW juga , sama sahaja di sana (barat) buat filem, di sini (Malaysia) buat parti.Cukuplah dengan UMNO” tegasnya .
Beliau menegaskan perkara ini , ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS Ganti Umno “(PGU5.0) di Dataran Pekan Jabi, Setiu 6 Oktober lalu.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz , dalam al-Quran tidak ada satu ayat pun yang menyebut istilah “orang Islam” tetapi semua peringatan dituju kepada “orang mukmin yang beriman “.
“Dalam al-Quran tidak ada satu ayat pun yang di sebut wahai orang Islam.tetapi yang ada wahai orang mukmin yang beriman . Melayu Islam ke ,Arab Islam ke ,tak sembahyang pun Islam,minum arak pun Islam, rasuah pun Islam.
“Tapi yang Tuhan (Allah SWT) nak buat cara (layan) dengan kita (manusia) semuanya ialah yang mukmin .Jika orang Melayu tapi tidak mukmin Cuma Islam sahaja , tidak layak nak berjumpa dengan Tuhan.
“Begitu juga dengan orang Inggeris ,orang Cina Islam sahaja tetapi tidak mukmin,juga tidak layak untuk berjumpa dengan Tuhan kelak .
“Kita mesti muslim (Islam) dan mukmin .Jika Islam sahaja kita rasa megah tapi masuk kubur (mati) segala duit;harta ,pangkat semua ditinggalkan di atas dunia .Semua orang kena tahu perkara ini,”tegasnya di hadapan lebih 10,000 hadirin yang menyertai PGU5.0.
Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu , sepanjang tempuh lebih 22 tahun PAS memerintah negeri itu,tidak berlaku sebarang kes babitkan rasuah dalam kerajaan.
Ini kerana,katanya pemimpin PAS tahu hubungan antara manusia dengan Tuhan serta mengikut perintah Allah dalam al-Quran.
“Alhamdulillah, lebih 22 tahun kita (PAS) pegang (perintah) Kelantan hendak cari satu kes melibatkan rasuah kita (PAS) tidak ada dan pelbagai cara dibuat termasuk guna blogger,macam –macam tulisan dibuat orang untuk memburukkan kerajaan PAS Kelantan tetapi tidak Berjaya .
“Tahun ini,Laporan Audit Negara (2012)bagi Kelantan kita dapat 10 agensi kerajaan yang terbaik .Rasuah tidak ada,pengurusan kewangan baik,Insya-Allah “Ujarnya.
Antara yang hadir pada majlis ini Presiden PAS,Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,SetiaUsaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali ,AJK PAS Pusat Dato’ Abu Bakar Chik ,Presiden Parti Ikatan,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir ; Persuruh Jaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut , Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing serta pengerusi DHPP Terengganu Dr Bala Chandran GK .( KHAIRUL AZLAM MOHAMAD,Harakah keluaran 12 -14 Oktober 2012 ) .

No comments:

Post a Comment