SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, October 23, 2012

KORBAN

KORBAN ,bermakna pendekatan atau suatu pengabdian untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadat kurban seperti menyembelih kerbau,lembu,kambing,dan sebagainya.Mengikut pendapat Jamhur ulamak ,kurban termasuk dalam hukum sunat muakkad kepada orang yang mampu dan ada setengah ulamak mengatakan hukumnya wajib sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah al-kauthar ayat 2 :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَر 
oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Kurban yang paling besar berlaku dalam sejarah Umat manusia ialah perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim supaya berkurban dengan menyembelih anak yang tercinta ( Nabi Ismail) semata –mata untuk mematuhi perintah Allah SWT , kemudian penyembelihan itu ditukar gantikan oleh SWT dengan seekor kibasy sebagai mengingati peristiwa itu , maka Islam telah mengariskan satu syariat yang sepatutnya menjadi satu amalan kepada ummahnya iaitu melakukan kurban,sepagai perlaksanaan terhadap sunnah yang telah dilakukan sejak dari Nabi Ibrahim yang sangat besar pahala dan fadhilatnya .
Rasulullah saw setelah ditanya oleh sahabatnya mengenai ganjaran yang diperolehi daripada amalan kurban ,baginda mnyatakan “ pada setiap kurban itu ada kebaikan bagi kamu” sahabat bertanya lagi :”Bagaimana dengan bulu –bulu halusnya ?” Rasulullah saw menjawab “
فِي الْاُضْحِيَّةِ لِصَاحِبِهَا بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ .
Setiap helai dari bulu –bulu halus binatang kurban itu juga adalah merupakan kebaikan untuk kamu (H.Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah ).
Dalam hadis yang lain pula.Rasulullah Saw menegaskan bahawa ibadat kurban itu menjadi pendinding daripada api neraka,spertimana sabdaNya yang bermaksud :
“Sesiapa yang berkurban dengan sepenuh hatinya , ikhlas kepada Allah SWT .Yang demikian itu menjadi pendinding baginya daripada api neraka . (AtTabrani).
Bagi kita umat Islam kurban yang paling besar ialah menghadapi ujian daripada Allah SWT yang sentiasa menggoda ketakwaan dan keimanan dalam kehidupan kita .Sebaliknya kurbab adalah sesuatu yang tidak pernah berakhir, jika boleh dinilai, mungkin kurban yang pernah kita lakukan setakat ini masih terlalu kecil samada kepada agama, masyarakat dan seterusnya Negara.
Untuk mengamalkan konse[ kurban ini , kita tidak hanya disuruh berkurban dengan menyembelih binatang ternakan setahun sekali sahaja , namun konsep kurban itu sangat luas yang meliputi segala bidang kehidupan kita.Umpamanya orang – orang yang berilmu sepatutnya sentiasa berkurban menyumbangkan pengetahuan , kebolehan dan kemahiran untuk kebajikan bersama.
Maksud pengerbanan ialah berkurban kerana agama .Dengan itu Umat Islam hendaklah berkurban demi agama dengan ikhlas kepada Allah SWT .Oleh itu,Umat Islam tidak boleh lari dari maksuda pengerbanan yang telah digariskan oleh agama kita .Sebagai contoh : Ibu bapa hendaklah berkurban bagi memastikan anak – anak mereka mencapai kejayaan demi untuk kebahgiaan dunia dan di akhirat ..Dan begitu juga anak- anak hendaklah berkurban terhadap ibubapa mereka bukan pengerbanan yang terpisung iaitu mengutamakan pengerbanan kepada teman hidupnya lebih daripada ibubapa sendiri.Begitu juga perana seorang guru hendaklah berkurban demi kecemerlangan dalam dunia pendidikan yang menjadi teras kepada kemakmuran negeri dan Negara.Begitu juga perana pegawai atau kakitangan kerajaan, hendaklah berkurban kerana pengerbanan mereka menjadi punca kecemerlangan kepada jabatan yang mereka mencari rezeki di dalamnya.
Demikian juga, kemerdekaan Negara kita ini , merupakan hasil perjuangan dan pengerbanan oleh pemimpinan dan pengerak kemerdekaan yang terdahulu.Begitu juga pengerbanan dalam pelbagai bentuk seperti berkurban harta benda , tenaga , ilmu , kepakaran, waktu dan sebagainya malah berkurban nyawa sekali pun adalah dituntut ke atas kita semua.Inilah hasil pengerbanan yang telah Berjaya dibentuk oleh Rasulullah SAW kepada sahabat –sahabatNya.
Dalam sirah perjuangan Rasulullah SAW kita dapat menyaksikan bahawa lahirnya ruh perjuangan para sahabat yang dibentuk oleh Baginda SAW dengan semangat setia rela untuk berkurban apa sahaja, seperti Saidina Abu Bakar as sidiq R,A dan Abdul Rahman bin Auf R.A, dengan mengerbanan semua milik mereka , di samping itu lahir pula sahabat yang sedia menempuh musuh seperti Saidina Ali bin Abi Talib R.A terdapat juga sahabat – sahabat yang sanggup berkuran demi persaudaraan,sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Ansar di Madinah terhadap golongan Muhajirin dari Mekah dengn meperiratkan persaudaraan yang unggul dalam sejarah perkembangan manusia di dunia ini.
Demikianlah besarnya erti pengerbanan dalam Islam , sehingga semangat pengerbanan itu menjadi satu budaya untuk kita sedia berkurban.Biar apa pun perjuangan pengerbanan tetap dituntut bagi memastikan kesempurnaan metalamt yang dicitakan , seperti berlaku kepada keluarga nabi Ibrahim , kesediaan Siti Hajar (isteri nabi Ibrahim) sebagai penghuni tanag gersang Mekah bersama puteranya Nabi Ismail adalah merupakan satu perjuangan dan pengerbanan .
Kisah pengerbanan Nabi Ibrahim dan keluarga baginda ini, hendaklah menjadi cermin dalam menjalani kehidupan kita, betapa besarnya pengerbanan ibubapa dalam memastikan kebahgiaan hudup berkeluarga.Seterusnya ia menuntut kepada kesediaan anak – anak untuk mengimbangi pengerbanan orang tua mereka yang medidik dan mengasuh sehingga dewasa .
Dalam hubungan ibadat kurban ini, kita bersyukur kepada Allah SWT , kerana sejak akhir –akhir ini, sudah ramai di kalangan kita mempunyai kesedaran untuk melaksanakan ibadar yang cukup bermakna ini (kurban) .Banyak pihak telah megadakan majlis kurban secara beramai –ramai atau berkongsi , di samping dilaksanakan oleh orang perseorangan .Di antara pihak yang sering mengajurkan majlis kurban itu termasuklah AJK Masjid dan sebagainya .
Ibadat Kurban yang diadakan secara beramai –ramai atau berkongsi, secara tidak langsung member ruang dan peluang kepada lebih ramai orang menyertai majlis kurban itu.Pada masa yang sama ibadat kurban secara beramai –ramai bukan sahaja memudahkan serta mengurangkan bebanan umat Islam menyempurnakan ibadat berkenaan , bahkan dapat membantu menyemarakkan lagi syiar Islam dan mengiratkan lagi persaudaraan serta persafahaman yang merupakan nilai penting dalam menjana kesejahteraan ummah .
Dari segi ekonomi pula, ibadat kurban dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan penternak , secara tidak langsung mengalakkan industry peternakan di negeri dan negaea kita .Dari sudut sosial dan kebajikan pula , ibadat kurban dapat di lihat sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial golongan yang berada terhadap golongan yang kurang bernasib baik.Dengan pelaksanaan ibadat ini sedikit sebanyak mengikis prasangka kurang sihat di kalangan masyarakat sehingga dapat membentuk hubungan dan persafahaman yang lebih aqrab, di samping mengiratkan lagi silaraturrahim dalam masyarakat Islam.
Pada akhir saya menyeru kepada semua , ibadat kurban yang dilakukan nanti dapat memberikan kesan yang baik kepada kita untuk memupuk budaya atau tabiat suka dan sedia untuk mengerbankan tenaga , harta , ilmu , pemikiran , masa dan sebagainya demi agama , bangsa dan Negara .Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 92 :
لَنْ تَنَالُوْا الْبِرَّ حَتَّي تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْئٍ فَإِنَّ اللهَ بِهِ عَلِيْمٌ 
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Foto dan rencaba oleh Ustaz Zakaria Omar Penolong setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang .)






No comments:

Post a Comment