SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, September 27, 2012

AMANAT PRESIDEN PAS BUAT PETUGAS PRU13.

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا واتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ .
Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Seluruh ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum ke -13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah , dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam , semata-mata mencapai keredaan Allah.
Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi.Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.
Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari sirah Rasulullah saw tidak akan wujud gejala membalas dendam.
Marilah kita , ahli dan penyokong PAS , terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri –ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT . Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahlu –ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera polis dan RELA.
Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketiak menghadapi provokasi melampau pihak lawan , agar mereka juga dapat beralih bersama – sama menyokong perjuangan.
-DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG -

No comments:

Post a Comment