SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, February 20, 2012

TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

1.Mahir dan faham mengenai jamaah (PAS) sama ada dari segi aturan dan peraturannya mahupun dari segi tujuan,matlamat dan kaedah – kaedah kerja kearah mencapai matlamat jamaah (PAS).
2.Memahami secara mendalam bidang tugas (tanggungjawab) dan bidang kuasa setiap jawatan yang diamanahkan kepadanya.
3.Mempunyai konsepi dan visi yang jelas sahih serta yakin terhadap kejelasan matlamat perjuangan yang ditentukan oleh Perlambagaan PAS.Ia juga berkewajipan mematangkan gambarannya terhadap bentuk kerja,penyusunan dakwah dan tarbiyyah di mana program – program tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan dalam bentuk tergesa- gesa .
4.Berusaha meningkatkan prestasi dan mutu kerja dari semasa ke semasa.
5.Berusaha melahirkan sebanyak mungkin kader atau ahli yang boleh membantunya dalam menyempurnakan tugas parti (pasukan petugas) serta mempertingkatkan ahli tersebut hingga mampu menjadikan pimpinan bagi mengekalkan bentuk kepimpinan akan datang supaya penerusan perjuangan dapat dikekalkan
6.Berazam menjalankan tugas dan aktiviti secara berpasukan untuk dapat merancang program – program kerja jamaah sebagai wasilah supaya matlamat perjuangan menjadi semakin hampir dan pengaruh daerah penguasaan jamaah melebar dalam kalangan masyarakat.
7.Sentiasa mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada pimpinan yang lebih tinggi daripadanya atau daripada individu – individu yang berpengalaman dalam sesuatu bidang,. dan mengambil pengajaran daripada kritikan – kritikan serta menukarkan kritikan tersebut menjadi cadangan yang membina
8.Sedar bahawa semua ahli parti yang istiqamah merupakan asset (harta) yang paling berharga untuk perjuangan .Oleh yang demikian kerja memproses kelahiran pimpinan yang mahir untuk memimpin ummah adalah suatu program penting dalam aktiviti jamaah .
9.Mempunyai kesediaan dan kesanggupan untuk melakukan pembaikan setiap masa dan mestilah membentuk serta mempunyai aqliah munazamah supaya perjalanan jamaah dapat berjalan dengan lancar dan tertib
10.Menjaga jamaah supaya penojolan kekuatan kewibawaannya bukan semata – mata disebabkan oleh faktor – faktor ketokohan individu tetapi oleh faktor – faktor keyakinan dan kesungguhan kerja yang berterusan .
Mengawasi jamaah dari sebarang penyelewengan sasaran dan matlamat dari sebarang penyerapan anasir – anasir perosak dari sudut fikrah dan tindakan
11.Memajukan dan mencungkil bakat – bakat yang sedia ada dalam jamaah dengan melahirkan kader – kader yang mentaliti membina dan mentaliti jamaie.
12.Peka terhadap semua perkara yang menyentuh jamaah dengan mengambil tindakan yang segera.
Bijak menilai sesuatu persekitaran dan suasana dan daripadanya dapat dikeluarkan pendapat serta keputusan untuk tindakan selanjutnya.
13.Dalam kerja menyusun jamaah mestilah diperhitungkan juga faktor – faktor keselamatan,keaslian dan kewibawaan jamaah itu sendiri dan mestilah wujud kerja – kerja muhasabah dan pembetulan – pembetulan daripada ahli jamaah.
14.Menjalankan proses pengeluaran sebanyak mungkin kader – kader pemimpin untuk bertugas pada mana – mana peringkat parti melalui kerja – kerja mendidik dan membimbing.
15.Menjadikan semua amalnya dalam jamaah sebagai manifestasi terhadap kalimah syahadah dan keyakinan terhadap hari kemudian.
16.Sentiasa bersedia menerima arahan – arahan yang diputuskan oleh jamaah,melakukan pembahagian tugas/bidang kepada petugas – petugas yang sesuai dan tidak melakukan ambil alih tugas/bidang orang kecuali untuk membantu.
17.Bersegera menyelesaikan masalah dalam jamaah dengan cara yang berkesan dan berhikmah.Menentukan taktik dan strategi bersesuaian dengan keadaan semasa .Mengambil keputusan dan mempertahankan keputusan tersebut.
18.Pemimpin hendaklah mentarbiah dirinya taat kepada keputusan jamaah dan mendorong semua ahli di bawah pengawasannya untuk turut melakukan ketaatan.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

No comments:

Post a Comment