SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, February 13, 2012

Keruntuhan Akhlak

Dalam dunia hari ini, banyak berlakunya perkara – perkara maksiat dan kemungkaran yang diberi amaran oleh Rasulullah SAW.Antara maksiat dan perkara mungkar yang tidak sempat dilihat oleh Rasulullah SAW kerana belum berlaku pada zamannya.
Baginda SAW memperingatkan bahawa akan berlaku pada akhir zaman.Ini kerana pada akhir zaman, dalam kalangan umat Islam sendiri menjauhkan diri daripada petunjuk Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW .
Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّي الله عليه وسلم : صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّار لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَيَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لِيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَاوَكَذَا.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya,sabda Rasulullah SAW.”Ada dua jenis manusia daripada kalangan ahli neraka yang tidak sempat aku melihatnya,pertamanya ialah orang zalim yang melakukan kerja – kerja zalim,bertindak kepada orang ramai seperti ekor lembu yang memukul ke kiri dan ke kanan .Kedua ialah orang perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang,menghias kepala mereka seperti bonggolan unta,mereka tidak dapat masuk ke dalam syurga dan tidak dapat mencium bau syurga, sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium dalam jarak yang terlalu jauh .”
Hadis ini adalah peringatan Islam yang penting kepada umatnya.Apa yang diberi amaran oleh Nabi itu memang betul-betul berlaku,kerana Nabi tidak bercakap bukan – bukan,bahkan semuanya daripada Allah SWT:
Firman Allah SWT:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَي * إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يوُحَيَ *
Dan Ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. ( An-Najm : 3-4).
Antara yang diwahyu dan diilhamkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah ialah perkara – perkara akhir zaman .Walaupun perkara – perkara itu tidak berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan tidak sempat dilihatNya,namun ia adalah perkara yang benar – benar akan berlaku .Sebahagiannya berlaku pada zaman kita ini dan sebahagiannya berlaku kemudian hari.
Perkara – perkara yang berlaku itu adalah kemungkaran yang membuka jalan bagi Allah SWT menurunkan azab dunia kepada manusia berbentuk bala bencana sebelum azab seksa sebenar di neraka.Bala bencana ini akan berlaku kalau tidak ada orang Islam yang berani menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran .
Dua kaum yang disebut Rasulullah SAW telah berlaku pada masyarakat kita hari ini.Pertama wujudnya mereka yang berkuasa yang melakukan kezaliman dengan meninggalkan hukum – hakam dan perintah Allah,mereka melakukan tindakan – tindakan mengikut hawa nafsu seperti lembu mengibas – ngibas ekornya tidak berhenti –henti
Kezaliman kerana mengikut hawa nafsu seolah – olah tidak ada akal fikiran yang mampu menyekat dan bertindak menahan mereka daripada menghukum manusia yang tidak bersalah, bertindak kejam terhadap harta benda manusia, sumber rezeki mereka,rumah kediaman dan tanaman mereka .
Allah SWT bukan sahaja mengharamkan kezaliman, bahkan menjadikan kezaliman itu sifat yang mustahil bagi zatnya.
Sabda Rasulullah SAW yang menceritakan firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi :
عًنْ أَبِيْ ذَرٍّ عَنِ النَّبِيِّ صلي الله عليه وسلم فِيْمَا رَوَي عَنِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَي أَنَّهُ قَالَ يَاعِبَادِيْ إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَي نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَتَظَالَمُوْا.
Daripada Abi Dzar daripada nabi SAW,dengan apa yang diriwayatkan daripada Allah SWT, bahawa sesungguhnya Allah berfirman ;”Wahai hamba –hambaKu, Aku haramkan kezaliman itu menjadi sifatKu, dan Aku jadikan kezaliman itu haram berlaku di antara kamu, maka janganlah berlaku zalim.”
Betapa besar dosa kezaliman itu sehingga Allah SWT bukan sahaja menghukum mereka yang zalim dengan dicampakkan ke dalam neraka, bahkan juga orang yang menolong mereka yang zalim termasuk dalam golongan orang yang melakukan kezaliman .
Termasuklah mereka yang menyokong, mereka yang kasih dan mereka yang cenderung hati kepada mereka yang zalim.
Firman Allah dalam Surah Hud : 113 :
وَلاَ تَرْكَنُوْا إِلَي الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَالَكُمْ مِنْ دُوْنِ اللهِ أَوْلِيَاءِ ثُمَّ لاَ تَنْصَرُوْنَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu demikian)api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah,kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan .
Ini menunjukkan betapa besarnya dosa kezaliman.Dosa ini bukan sahaja melibatkan orang yang zalim sendiri, bahkan juga penyokong – penyokong, pembantu – pembantu , mereka yang melantik orang yang zalim dan mereka yang menunjukkan kasih sayang kepada orang yang zalim .
FIRMAN ALLAH SWT :
لاَ تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْأَخِرِ يُوَادُّوْنَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَلَوْ كَانَ ءَابَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانِهِمْ أَوْ عَشِيْرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِيْ قُلُوْبِهِمُ الْإِيْمَانِ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوْحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرٍيْ مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَلِدِيْنَ فِيْهَا رَضِي اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبَ اللهِ أَلاَ إِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ (المجادلة : 22.)
22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.(Al-Mujadilah:22)
BUANG BAYI ADALAH ZALIM DAN MENZALIMI DIRI SENDIRI DAN JUGA ANAK YANG TIDAK BERDOSA DI MALAYSIA KES INI SANGAT BANYAK TERJADI , HASIL DARI KERUNTUHAN AKHLAK MUDA MUDI KITA PADA MASA KINI .
Allah SWT menunjukkan simpatinya kepada orang yang dizalimi dengan satu jaminan yang dinyatakan oleh Rasullah SAW .
وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمظْلُوْمِ , فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ
Dan takutlah kamu akan doa orang yang kena zalim,kerana sesungguhnya tiada dinding di antaranya dengan Allah SWT. (Hadis :Riwayat Bukhari dan Muslim).
Begitulah amaran Rasulullah SAW supaya umatnya jangan terlibat dengan kezaliman, sama ada diri sendiri atau kezaliman dengan kuasa yang ada pada mereka , ataupun dengan penyokong atau cenderung hati mereka kepada mereka yang zalim .
Golongan yang kedua yang diberi amaran oleh Rasulullah SAW ialah golongan perempuan yang memakai pakaian yang menjolok mata,tidak menutup aurat atau menutup tubuhnya sahaja tetapi tidak menutup aurat.
Mungkin perempuan – perempuan itu tersalah faham bahawa menutup aurat itu menutup kulitanya sahaja,biarpun dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menzahirkan bentuk tubuhnya seolah – olah bertelanjang.
Pada hari ini, kita dapat melihat kegiatan mendedahkan wanita – wanita kepada kemungkaran.Membuka aurat dianjurkan secara berleluasa dengan mendapat sokongan daripada pemerintah, atas nama pertunjukan kesenian, kebudayaan dan memperagakan pakaian .
Lihatlah sahaja yang ditunjukkan di media massa.Bermula daripada pembaca berita,pengacara – pengacara program,penyanyi – penyanyi,pelakon – pelakon sehingga sesetengah isteri pembesar negara yang tumpang sama mendedahkan aurat mereka.Allah menetapkan dalam al-Quran hukum dan cara berpakaian dalam surah al –Nur ,ayat 31 :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنََّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَي جُيُوْبِهِنَّ.
Dan katakan kepada perempuan – perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka .
Setengah ulamak mentafsirkan, yang diizinkan dibuka ialah muka dan dua tangan sahaja.Kini perempuan bukan sahaja menzahirkan tangan dan muka,bahkan ada yang mendedahkan separuh daripada badan mereka dan ada yang berpakaian ketat sehingga menzahirkan seluruh bentuk tubuh badan mereka
Antara sebab gejala mendedahkan aurat ialah kerana pihak pemerintah membenarkan kilang – kilang pakaian mengeluarkan pakaian yang mendedahkan aurat yang dibeli oleh perempuan – perempuan bergama Islam.Penjual – penjual pakaian pula tidak rasa berdosa menjual pakaian yang mendedahkan aurat.
Marilah kita menjaga diri dan keluarga supaya selamat daripada bala bencana yang meruntuhkan perangai dan akhlak terutamanya perangai dan akhlak yang melayakkan diri untuk menjadi ahli neraka .
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 24 ::
فَاتَّقُوْا النَّارَ الَّتِيْ وَقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِيْنَ .
Maka perliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan – bahan bakarannya manusia dan batu –batu (berhala),(iaitu neraka ) yang disediakan untuk orang kafir

No comments:

Post a Comment