SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, April 20, 2010

SABAR

sabar ialah salah satu sifat utama yang membawa tercapainya sesuatu kejayaan dalam hidup.Sabar membawa erti yang luas , sanggup menghadapi sesuatu kesusuhan dan dugaan atau sebarang ancaman dengan penuh rasa ketenangan hati, di sampingberusaha untuk mencapai kejayaan.
Seorang yang sabar akan merasa tenang bila ditimpa sebarang kesusuhan , ia tidak merunggut bila ditimpa sesuatu bencana dan tidak pula berputus asa bila tidak berjaya dalam suatu pekerjaan malah ia terus membuat sesuatu dengan perasaan yang tenang dan tekun, dengan sifat sabar juga dapat mengatasai sesuatu pertelingkahan dan perselisihan serta dapat mencapai kejayaan ,firman Allah surah al - baqarah ayat 53 yang bermaksud :SESUNGGUHNYA ALLAH ITU TETAP BERSAMA DENGAN ORANG YANG SABAR .Selain daripada itu banyak lagi terdapat ayat- ayat dan hadis yang mendorongkan orang Islam supaya bersifat sabar dan memuji mereka yang mempunyainya, di antaranya firman Allah surah alahqaf ayat 35 yang bermaksud :BERSABARLAH KAMU (dalam menghadapi sesuatu dugaan) .Dan daripada hadis Nabi SAW yang bermaksud :" SABAR ITU ANAK KUNCI SEGALA KEJAYAAN " .Semamangnya orang - orang yang sabar akan mencapai kejayaan dalam hidupnya dan Allah akan memberi balasan pahala kepadanya.Dengan itu mereka akan memperolehi dua keuntungan iaitu dunia dan akhirat ,Rasulullah dan pengikut-pengikutnya telah menghadapi berbagai - bagai ancaman dan penginayaan dari orang - orang kafir Qurisy ketika menyiarkan Agama Islam di Mekah .Baginda pernah dicampak dengan benda - benda kotor ketika solat dan sewaktu baginda pergi ke Taif kerana menyeru orang -orang di sana baginda dimaki hamun dan dilontar dengan batu oleh budak -budak nakal dan orang jahat di sana sehinggakan kaki baginda berdarah , tetapi baginda tetap sabar dan hanya bedoa kepada Allah dengan sabdanya yang bermaksud:WAHAI TUHANKU BERILAH PERTUNJUK KEPADA KAUMKU KERANA MEREKA TIDAK MENGETAHUI".Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang mana akhirnya baginda berjaya dalam seruannya menegakkan Agama Islam yang maha suci.
Oleh itu tiap - tiap orang Islam mestilah bersifat sabar dalam menjalankan sesuatu pekerjaan,juga dalam menghadapi sesuatu kesusuhan dan percubaan hidup .Di samping berusaha dan berikhtiar sehingga tercapai sesuatu kejayaan dan berhasil cita-citanya .

No comments:

Post a Comment