SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, April 23, 2010

Imam Al-Bukhari

IMAM AL- BUKHARI (194H -256H = 810M – 872M).
Al-Bukhari adalah seorang ulama terkenal di dalam Hadis..Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail .Beliau dilahirkan pada tahun 194H = 810M di Bukhara .Imam al-Bukhari buta diwaktu kecilnya .Berkat doa daripada kedua –dua ibu bapanya , akhirnya beliau dapat melihat semula .Beliau berasal daripada keturunan orang yang alim , soleh ,warak dan pernah menuntut daripada Imam Malik .
Imam al-Bukhari mempunyai daya ingatan yang kuat .Beliau telah hafaz al-Quran sejak kecil lagi .Beliau berusaha dengan bersungguh – sungguh menimba ilmu pengetahun yang member manfaat . Imam al-Bukhari sangat minat pada ilmu hadis .Beliau sanggup bermusafir ke beberapa daerah untuk berjumpa dengan ulama –ulama hadis dan mendapatkan ilmu tersebut daripada mereka .Beliau sangat warak tidak makan benda –benda yang dikira syubhat ,
Imam al-Bukhari mula mempelajari ilmu hadis ketika berusia 11 tahun .Ketika berumur 16 tahun ,beliau mengunjungi Kota Makkah dan Kota Madinah dengan tujuan menuntut ilmu .Selama 6 tahun beliau mengikut pengajian hadis daripada ulama – ulama di sana .Beliau kemudiannya mengunjungi Basrah ,Mesir , Hijaz . Kufah dan Baghdad untuk mempelajari hadis – hadis nabi .Berkat kesungguhannya dan usaha gigih serta mempunyai daya ingatan yang kuat , Imam al-Bukhari telah menghafaz segala hadis – hadis yang diperolehi darupada 80 000 orang ahli hadis beserta sanadnya .
KITAB SAHIH AL – BUKHARI adalah sumbangan Imam al-Bukhari yang paling besar . KITAB SAHIH AL – BUKHARI adalah himpunan hadis – hadis nabi yang paling sistematik dan penting sebagai bahan rujukan umat Islam selepas Al-Quran . KITAB SAHIH AL – BUKHARI mempunyai 7275 buah hadis yang telah ditapis daripada 600 000 buah hadis .Hadis – hadis tersebut disusun mengikut bab – bab yang tertentu , seperti bab Fikah .Kemudian dihuraikan menjadi beberapa pecahan seperti ibadat ,muamalat dan jenayah . Imam al-Bukhari mengambil masa selama 16 tahun dalam usahanya mengumpul , menapis , menyelidik dan seterusnya menyusun hadis – hadis trsebut untuk dimuatkan dalam KITAB SAHIH AL – BUKHARI .Sebuah kitab yang dihasilkan oleh beliau ialah Tarikh al-kabir yang terdiri daripada hadis – hadis yang tidak terdapat dalam KITAB SAHIH AL – BUKHARI .
Al Imam al –Bukhari meninggal dunia pada tahun 256 H = 872M ketika berusia 62 tahun .

No comments:

Post a Comment