SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, May 26, 2014

US.HJ.IDRIS OMAR



Orang yang  semakin dilupai

Hari ini saya ingin memaparkan sejarah hidup guruku di UKM Bangi Ustaz Haji Idris bin Omar , guruku di dalam bidang قواعد الفقهية,yang sangat membantu saya di dalam membedah buku الدرر البهية di حلقات مشايخ  dizon tengah di surau cermin pada minggu ke 2 dan  4  hari selasa malam Rabu.ikutilah sejarahnya  :\
ISTAZ HAJI IDRIS BIN OMAR
Latar belakang diri:
Dilahirkan di Kampung Tebal,Seberang Temerlo pada 18 Oktober 1935.
Anak bongsu dari 10 orang adik beradik.
Sejarah pendidikan:
Mendapat pendidikan awal sekolah kebangsaan Kampung Tengah.
Melanjutkan pelajaran pengajiannya ke Pondok Pengajian Islam Jambu Panji Kota Bharu
Menyambung pelajaran di Pondok Guai
Kemudian memasuki Kolej Islam Malaya Klang
Seterusnyamelanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir .
Kelulusan Akademik
Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya  (Ijazah)
Diploma Pendidikan
Ijazah Sarjana  Muda  Undang –undang Keluarhga dan Sarjana Usul Fikah Universiti Al-Azhar Mesir .
Sejarah Karier
Guru Agama Sek. Men Convent Klang.
Pengetua Sek, Men Agama Al-Ehsan Kuantan
Pegawai  Pendakwa Syar’ie Pertama Mahkamah Syariah Negeri Pahang.
Pensyarah Fakulti Islam UKM Bangi
Ketua Jabatan Syariah UKM Bangi
Dekan Fakulti Islam UKM Bangi
Sejarah Politik
Menjadi ADUN Pahang  Kuala Semantan (PAS) sebagai ketua Pembangkang  dalm PRU ke 10
Khidmat Masyarakat
Mengasaskan Pertubuhan Anak –Anak Yatim Dar Al-Izzah bangi dan cawangannya di Temerloh
Terlibat dalam Pertubuhan kaebajikan Semantan
Pengelibatan Dalam PAS
Mula terlibat dalam parti  pada tahun 1972
Bekas YDP  Pas Titiwangsa
Bekas TPJ PAS Wilayaj Persekutuan
Bskas Ketua Dewan ulamak PAS Wilayaj Persekutuan
 Bekas AJK DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
Bekas ahli Syura merangkap Timbalan Mursyidul  Am PAS Malaysia
Bekas PJ PAS PAHANG.
Kita orang –orang Temerloh semakian melupai jasa –jasa beliau khasnay Pas Temerlohm eloklah menziarahi beliau untuk bertanya khabar dan sampai kepada warga Temerloh.Saya selaku bekas pelajar mengucapkan jutaan terima kasih diatas ilmu yang beliau curahkan itu .semoga Allah memberkat hidup beliau di dunia ini dan di akhirat dikalangan para solihin .
Catatan pagi Juamat yang mulia,\
Bekas pelajarnay al-haqir Ustaz Zakaria Omar 
Isnin  26Mei 2014 bersamaan dengan 26 Rejab 1435Hijrah


No comments:

Post a Comment