SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, May 26, 2014

PENGAJIAN HADIS SIRI KE 36






Pengajian Hadis siri 36.
HADIS KESEMBILAN  BELAS.
MALU SATU CABANG DARI IMAN .
عَنْ أَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رسول الله صلي الله عليه وسلم :الْإِيْمَانُ تِسْعٌ وَسِتُّوْنَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ  شُعْبَةٌ مِنَ الْإِيْمَانِ . (رواه البخاري ) .
Daripada Abi Hurairah r.a berkata ia: Rasulullah saw bersabda :”Bermula iman itu ada enam puluh  sembilan cabang dan malu itu adalah salah satu cabangnya”. (Hadis riwayat Al-Bukhari )
Kupasan Hadis .
1.Malu ia satu perasaan jiwa yang tak sanggup membuat sesuatu yang mendatangkan kecelakaan dengan menjauhkan diri daripada terlibat di dalam perkara – perkara  yang dianggap oleh orangramai kurang dan tidak baik . Perasaan inilah yang sanggup memelihara persaudaraan dan perasaan kemanusiaan sejagat dengan menahan diri daripada melakukan  keburukan dan kedurjanaan .
2.Seorang yang tak bermalu ia tidak menghiraukan sebarang pekerjaan dan melakukan yang  buruk dan tak bersopan .Malaulah yang boleh memelihara kemuliaan diri yang menjadi dasar di dalam urusan kira bicara jualbeli.Perhubungan dengan masyarakat ramai di mana masing – masing hendaklah berpegang kepada janji – janji nilai  diri yang menjadi modal bagi kepercayaan manusia dalam perkataan dan perbuatan .Menakala sifat malu tidak lagi maka harga diri dan maruah kehormatan tidak ada tempatnya pada seseorang itu .
3.Orang –orang yang bersifat malu sahaja yang sanggup memelihara segala hak dan kewajipan dialah yang boleh menghiasi serang itu dengan tata susila hidup yang mulia dan menghindarkan daripada segala sifat kebuasan dan kebinatangan , dialah yang mendorongkan seseorang supaya berusaha mengikut jejak langkah orang – orang yang mulia yang mempunyai kesesusilaam hidupnya, tak mahu sama sekali menceburkan diri ke kancah keburukan dan kehinaan serta enggan menerima kejahilan , bodoh , hina dan rendah .
4.Malu inilah yang melahirkan sifat benar dan amanah dan dapat mendidik satu –satu bangsa  bagi menuju kemuliaan akhlak , budi dan moral dengan mengingatkan sesiapa yang terlupa , menjagakan sesiap yang terlina dan lalai .Menyegarkan sesiapa yang lemah dan malas , seseorang itu berasa malu dan terasa rendah dirinya  menakala ia tidak maju seperti rakannya yang lebih maju dan akan berasa salah dan tercorang arang di mukanya menakala telah melakukan sesuatu keburukan dan kedurjanaan .dengan perasaan itu ia akan dapat lebih segar bekerja dengan berusaha sungguh –sungguh menghindarkan dirinya daripada melakukan lagi kedurjanaan tetapi menakala perasaan malu lenyap hilang dari jiwa seseorang maka perasaan biadab dan kurang ajar akan mengambil tempat dengan berluasa di hatinya .Di ketika itu tidaklah berfaedah nasihat ingat beringat sesama masyarakat manusia dan tidaklah berfaedah adanya guru-guru pendidik dan pendakwak kearah kebajikan .
5.Cubalah gambarkan satu bangsa atau kumpulan yang tidak mempunyai sifat malu apalah yang akan terjadi selain daripada kemerosotan sesusila hidup , biadab buas mengikut nafsu binatang bergelomang di dalam kemunkaran cemar , nafsu buas , rakus dan seterusnya masyarakat akan mundur ke belakang, dengan kembali  kepada masyarakat jahiliyah yang bersifat buas, liar sekali[un berada di zaman maju , zaman it dan ilmiah .

No comments:

Post a Comment