SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, April 14, 2013

ayat 28 surah al-kahfi - renungan bersama.



                   ﭚﭛ                  ﭣﭤ                            
Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi :28)
Renunglah ayat Allah ini supaya “fokus” kita  tidak menyimpang dari mencari redha Allah , bergerak berpandukan ayat – ayat Allah serta tidak lupa bahawa rakan kita yang sebenarnya ialah sahabat –sahabat  kita yang sentiasa menyebut  nama Allah sentiasa istiqamah bersama Islam dan Jamaah serta sentiasa menyokong kita  waktu senang dan susah . Us.Mokhtar Senik Ketua DUPNPahang.melalui whatsApp – Dewan Ulamak Pahang. 12.4.2013

No comments:

Post a Comment