SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, March 31, 2012

natijah dari peperangan Ahzab


Natijah Perang Ahzab : Strategi & Gerak kerja .
Di dalam peperangan Khandak yang juga dikenali sebagai perang Ahzab .Nabi Muhammad S.A,W bersama para sahabat merangka pelbagai strategi dan gerak kerja ,bukan hanya duduk bersahaja menunggu makjizat “Ababil” dari Allah Taala.Sekalipun pada waktu itu mereka sedikit dan sumber makanan dicatu .Tetapi hal itu tidak menyababkan mereka putus harap, malah berusaha mencapai kemenangan .
Para sahabat tidak sekadar bermesyuarat dan mencetuskan gimik – gimik strategi , tetapi gerak kerja adalah kemenangan dalam peperangan tersebut.
Tiada elemen – elemen perkauman dan nasionalis,apabila cadangan Salman yang berbangsa Farsi itu diangkat Rasulullah S.A.W dan Para Sahabt sebagi strategi kemenangan .
Kaum Muslimin dbahagikan kepada beberapa kelompok, tiap –tiap 10 orang ditugaskan menggali parit sepanjang 40 hasta .Semuanya berusaha menggali kawasan masing –masing dengan penuh kesungguhan dan Baginda S.A.W turut merangsang dan meyertai mereka.
Tiada seorang musyrikin – pun yang mampu melepasi jarak parit tersebut kecuali semuanya terbunuh dek panah yang meluncur lau dari busur tentera Muslimin .Para tentera Muslimin pula dengan sabar menanti kesilapan yang bakal dilakukan oleh musuh – musuhnya, sekalipun pada waktu itu mereka sengsara menahan kelaparan.
Manakala Nu’aim bin Mas’ud dari Bani Ghatafan (salah satu kabilah Yahudi) yang telah masuk Islam tanpa pengetahun kaumnya,telah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk memporak-perandakan musuh dengan kecerdikan dan tipu muslihat .Bangsa Ghatafan di-domba oleh Nu’aim agar meragui kafir Qurisy, sebaliknya bangsa Qurisy turut dihasut supaya tidak percaya kepada Bani Ghatafan sehingga menyebabkan mereka saling curiga – mencurigai.
Kata Rasulullah S.A.W kepada Nu’aim ,”Perdayakan mereka semampumu, kerana perang itu adalah muslihat dan tipu daya “.
Selepas itu, Rasulullah S.A.W mengadu kepada Allah ,”Ya Allah ! Tuhan menurunkan Al-Quran,lakukan segera perhitungan,hancurkan tentera Ahzab .Ya Allah! Hancurkan mereka dan berikan kemenangan kepada kami.”
Doa Rasulullah S.A.W dijawab dengan deruan angin lintang , keras dan mencengkam,menghentam dan menerjah ruang gelita malam sehinga menyababkan musuh Islam kelam –kabut dan takut dengan bayang –bayang sendiri .Akhirnya mereka mengundurkan diri dan generasi terbaik yang ditarbiyah Baginda Nabi ini menerima kemenangan dari Allah Taala.
Itulah Ababil yang dikurniakan Allah kepada umat baginda S.A.W setalah dibuktikan dengan ukiran usaha dan gerak kerja .
Yakinlah umat Islam pasti menang tetapi mesetilah ia dilengkapi dengan syarat – syarat kemenangan, : “Jika kamu membela agama Allah nescaya Allah akan memberikan kemenangan dan meneguhkan pendirianmu!”.
Kepada petugas- petuga PAS dan ahli-ahli PAS hendaklah mengambil iktibar dari peperangan Ahzab ini dalam kita akan menghadapi PRU ke -13, dengan gerak kerja dan strategi yang telah diajar oleh Peperangan Ahzab dan Beberapa siri kursus yang telah dijalankan oleh Jpr sama ada di peringkat PAS pusat , negeri ,kawasan atau cawangan , kita yakin kita boleh mencapai kemenangan yang cemerlang sebagaimana kemenangan yang dicapai oleh Umat Islam di zaman nabi dalam peperangan Ahzab . yakinlah dengan firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا إِنْ تَنْصُرُوْا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ .
Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad :7).
Wassalam , Syukran jazila . .
(Dipetik dari Majalah Tarbawi 1 muka surat 47 )

No comments:

Post a Comment