SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, October 13, 2011

TAUBAT2

MUKADIMAH BAHAYA MEMANDANG RENDAH DOSA YANG DILAKUKAN. Ketahuilah bahawa Allah menyuruh kita melakukan ibadat dengan ikhlas dan bertaubat dengan penuh keinsafan apabila melakukan dosa firman Allah

يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُواْ تُوْبُواْ إِلَي اللهِ تَوْبَةً نَّصُوْحًا .

Wahai orang-orang yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah d engan " taubat Nasuha

(At Tahrim ayat : 8 ).

Allah Taala memberi tempuh kepada kita supaya bertaubat sebelum Malaikat الكرام الكاتبون mencatatkan dosa yang kita lakukan sabda Rasulullah SAW :

إٍِنَّ صَاحِبَ الشٍّمَالِ لٍيَرْفَعَ القَلَمَ سِتُّ سَاعَاتٍ عَنِ الْعَبْدِ المُسْلِمِ المُخْطَئِ فَإِنْ نَدِمَ وَاَسْتَغْفَرَ اللهَ مِنْهَا أَلْقَاهَا وَإِلاَّ كَتَبَتْ وَاحِدَةً .

ertinya : Syahibul Syimal pencatat kesalahan (dosa) memberi tempuh enam jam untuk tidak ditulis kesalahannya daripada seseorang Islam yang melakukan dosa dan apabila ia menyesal dan meminta ampun kepada Allah dalam tempuh yang diberi maka ia tidak dicatatkan dosa itu ,kalau ia tidak bertaubat maka di catatkan

dengan satu dosa “. Kemudian ia masih diberi peluang untuk bertaubat sebelum ia menemui ajal .

Hari ini banyak musibah dilakukan oleh manusia kerana kurang keyakinan terhadap pembalasan Allah,dengan hal demikian mereka melakukan dosa siang dan malam , di antara mereka yang menanggap dosa itu adalah perkara yang ringan di sisi mereka dengan berkata :”Apakah berdosa memandang atau berjabat tangan dengan wanita ajnabi ?”.

Ada di kalangan mereka melihat gambar lucah di majalah dan filam , dengan memandang rendah dan bertanya besar atau kecil dosanya ? untuk mengetahui besar atau tidak dosa perkara –perkara yang dipersoalkan di atas cuba lihat dua hadis berikut :

(ا)عن أنس رضي الله عنه قال : إنكم لتعلمون أعمالا هي أدق في أعينكم من الشعر , كنا ،نعدها علي عهد رسول الله صلي الله عليه وسلم من الموبقات .

Maksudnya :”Daripada Anas RA berkata Ia:”Sesungguhnya kamu menganggap suatu perkerjaan yang berdosa itu lebih halus daripada rambut pada pandangan kamu, kami menganggap perbuatan demikian adalah perkara yang membinasakan di zaman Rasulullah SAW

(ب)عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : " إنا المؤمن يري ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه , وأن الفجار يري ذنوبه كذباب

مر علي أنفه فقال به هكذا اي بيده فذبه عنه ".

Maksudnya :” Daripada Ibni Masud RA berkata ia:”Orang mukmin yang bertaqwa melihat dosa yang dilakukan seperti ia duduk di bawah bukit besar, ia berasa bimbang kalau-kalau bukit itu menimpanya, orang mukmin fasik (jahat) melihat dosa yang dilakukanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya,lalu di halaunya,maka lalat itu terbang .”

Oleh hal yang demikian maka hendaklah kita menjauhi dosa walau ianya kecil sabda Rasulullah SAw :

"إياكم ومحقرات الذنوب , فإنما مثل محقرات كمثل قوم نزلوا بطن واد , فجاء ذا بعود , وجاء ذا بعود , حتي حملوا ما أنضجوا به خبزهم , وإن محقرات الذنوب متي يؤحذ بها صاحبها تهلكه " وفي رواية ( اياكم ومحقرات الذنوب فإنهن يجتمعن علي الرجل حتي يهلكه ). رواه احمد .

Ertinya :”Jauhi kamu dosa kecil,maka bahawanya dosa kecil itu seperti satu kaum yang singgah di satu lembah yang curang , mereka hendak memasak roti,lalu tiap- tiap seorang membawa sebatang ranting ,sehingga cukup untuk membakar roti , maka dosa kecil kalau dilakukan boleh membinasakan tuannya.” . Pada riwayat yang lain ,” Jauhilah dosa kecil,kerana kalau ia berhimpun dengan banyak akan membinasakan tuannya.”

Orang berilmu berkata,” Mereka yang sanggup melakukan dosa kecil , akan terbit darinya beberapa perkara seperti kurang malu,tidak mengambil berat hal agama, tidak takut kepada Allah, lama- kelamaan akan membawa ia melakukan dosa besar.Oleh hal demikian tinggallah melakukan dosa kecil secara berterusan dan dosa besar tanpa taubat”

Kami nasihatkan kepada mereka yang melakukan dosa kecil supaya jangan memandang remeh dosa kecil, mudah-mudahan terjauh dari bala Allah sesungguhnya ia menjadi orang yang beriman dengan Firman Allah Taala :

نَبِّئْ عِبَادِيْ أَنِّي أَنَا الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ .

“Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).”(Al-Hijri : 49.)

Seperti juga ia beriman dengan firman Allah :

وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الْاَلِيْمُ .

“Dan Bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).”( Al-Hijri :50) .

No comments:

Post a Comment