SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, December 22, 2010

Jangan periksa dara sebelum nikah .

Majlis Fatwa dan Penyelidikan Jordan telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan pemeriksaan dara ke atas pengatin perempuan pada 3 Ogos 2009 .Sebelum fatwa itu dikeluarkan, memang sudah menjadi kebiasaan pengatin lelaki mensyaratkan bakal isterinya menjalani ujian dara .
Amalan itu sudah diterima sebagai satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh bakal pengatin perempuan sebelum pernikahan dijalankan .Atas tuntutan itu,sebanyak 150 ujian penentuan dara telah dilakukan oleh pengantin perempuan setiap tahun .Itu merupakan stu angka yang membimbangkan jika dibandingkan dengan populasi Jordan iaitu hanya 6 juta orang.
Menurut Pengarah Pusat Forensik Kebangsaan (NFC),Dr.Meomen Al-Hadidi, sebanyak 1,000 permohonan diterima setiap tahun untuk menjalani ujian dara. Ia itu satu yang membimbangkan kerana jumlah itu akan bertambah setiap tahun .Sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Kebimbangan yang disuarakan oleh Dr.Meomen Al-Hadidi itu memang berasas kerana tradisi itu semakin menyuburkan budaya yang tidak sihat .Memang sudah menjadi tradisi masyarakat ,bahawa setiap lelaki mempunyai hak untuk meminta calon isteri menjalani ujian dara .Tujuannya tentulah untuk memastikan wanita itu masih perawan dan belum pernah melakukan pehubungan seks sebelum kahwin.Tapi jika tidak dibendung ia akan menjadi satu bentuk penindasan .
Soalnya, bagaimana kalau selepas ujian dara itu, didapati bakal pengantin perempuan sudah tidak ada dara .Masalahnya bukan kerana telah melakukan hubungan seks tetapi hilang dara disebabkan banyak menjalani aktiviti lasak .Apa yang harus perempuan itu lakukan , perlukah dia menjalani pembedahan memulihkan dara ? Atau haruskah dia bercerita jujur tentang keputusan ujian itu dan akhirnya menjadi mangsa pembunuhan .Keluarga tertekan dan bakal suami bertindak membunuh perempuan itu kerana rasa malu.
Di Jordan isu kesucian wanita atau keperawanan menjadi satu perkara yang serius .Banyak kes wanita dibunuh kerana dituduh melakukan hubungan seks sebelum nikah.Setiap tahun kes itu meningkat, dan kebanyakkan yang menjadi mangsa adalah wanita yang tidak berdosa .Tuduhan zina itu hanya sekadar rasa curiga lelaki dan tidak pernah dibuktikan bahawa wanita itu pernah melakukan perhubungan seks sebelum bernikah .
Setelah fatwa pengharaman itu dikeluarkan , setidak –tidaknya boleh mengurangkan jumlah kes tersebut .Secara tidak langsung ia menjadikan wanita lebih berharga dan diiktiraf .Lelaki tidak boleh menganggap bakal isteri sebagai barang dagangan yang boleh dibeli .Dan sebelum membelinya mereka menguji ketulenannya serta memastikan bahawa barang itu adalah yang terbak tanpa cacat cela.
Namun demikian , keluarga pengantin lelaki masih lagi boleh meminta ujian dara dilakukan tapi dengan syarat mendapat perintah dari mahkamah .Ujian tersebut tidak boleh dilakukan sewanang –wenangnya atas permintaan lelaki dan di dalam keadaan yang tidak adil .
BAGAIMANA JIKA LELAKI JALANG .
Isu ujian dara pengantin perempuan itu mendapat tentangan dari aktivis pejuang hak wanita Jordan yang menganggapnya sebagai satu bentuk penghinaan .Mereka berpendapat mengapa hanya perempuan saja perlu menjalani ujian dara .Bagaimana kalau lelaki sudah tidak teruna lagi ? Adakah perempuan berhak untuk mengarahkan lelaki menjalani ujian teruna ?.
Aktivis pejuang hak wanita kemudian mempersoalkam , bagaimana jika lelaki itu mempunyai HIV,AIDS dan penyakit kelamin STD ? Adakah perempuan tidak perlu mengetahuinya dan membuat piliham untuk menolak perkahwinan itu.Sedangkan memang sudah terbukti , lelaki itu telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin .Kalau lelaki boleh meminta bakal isteri untuk menjalani ujian dara maka bakal pengantin perempuan pun boleh meminta lelaki menjalani ujian teruna barulah adil.
Di dalam keadaan seperti itu masyarakat Jordan tidak kan menyalahkan lelaki kerana mempunyai hubungan luar nikah .Ia dianggap sebagai perkara biasa dan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja ?.Perempuan juga dinasihatkan supaya bersabar dan lakukan perkara yang baik supaya dapat menarik kembali perhatian suami .
Sekurang – kurangnya fatwa mengharamkan ujian dara itu dapat membendung perkembangan tradisi kolot yang mahukan ujian dara dilakukan sebelum persetujuan nikah dilaksanakan.Kebanyakkan lelaki khuatir, wanita Jordan sudah hilang kesucian atau tidak perawan lagi .(Dari Majalah Al-Islam bil : 4431,Keluaran Disember 2010 m.s 79) .

No comments:

Post a Comment