SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, November 21, 2010

Kuliah 7 : BERTOLONG BANTU

(a). Firman Allah Taala di dalam Surah Al Maidah ayat 2 yang bermksud:


"Dan hendaklah kamu bertolong -tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa , dan janganlah kamu bertolong - tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan .Dan bertaqwalah kepada Allah , kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya ).

Dalam kehidupan bermasyarakat ,sikap bertolong bantu kerana Allah (perkara taqwa) ini boleh mewujudkan suasana berkerjasama yang baik..Semua anggota masyarakat akan sepakat dalam membangunkan keperluan masyarakat setempat .. Contohnaya membina sebuah jambatan .semaunya bertolong bantu di antara satu lain ,dengan cara mengeluarkan wang ringgit,tenaga ,buah fikiran dan lain-lain,semuanya akan berjaya kalau konsep tolong menolong perkara yang mendatang kebajikan.Kerana disuruh oleh Allah di dalam ayat di atas.Allah pula melarang bertolong bantu pada perkara yang menerbitkan kederhakaan terhadapNya seperti mendirikan rumah untuk berbuat maksiat .Allah memberi peringatan kepada kita supaya melakukan tolong bantu perkara - perkara taqwa dan kebajikan , dan melarang dari bertolong bantu di atas perkara maksiat yang boleh mendatangkan dosa , dan juga perkara yang menjadi bermusuh –musuhan di antara umat Islam.Ingatlah bahawa siksa Allah adalah amat pedih .

(b) Firman Allah Taala di dalam Surah Al Anfal ayat 74 yang bermksud:
" Dan orang - orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah ( untuk membela Islam) dan orang -orang (Ansaar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan ( kepada orang - orang islam yang berhijrah itu), merekalah orang -orang beriman dengan sebenar -benarnya .Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."

Golongan Muhajirin dan Golongan Ansar adalah sama-sama mendapat kepujian dari Allah di atas peranan masing -masing di dalam mempekembangan dakwah Islamiah . Kedua gologan ini adalah orang -orang yang benar beriman kepada Allah ,kerana sifat tolong menolong yang ada pada mereka ,lebih -lebih lagi puak ansar yang sedia berkorban harta benda kepada golongan Muhajirin , malah ada yang sanggup memberikan isterinya (Isteri yang lebih dari satu ) . Ganjaran yang diterima oleh kedua -kedua golongan ini mendapat keampunan dari Allah di atas apa -apa amalan yang berdosa sebelum mereka masuk Islam .

(c) Firman Allah Taala di dalam Surah Taubah ayat 71 yang bermksud:

" Dan orang -orang yang beriman lelaki dan perempuan,setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,serta taat kepada Allah dan RasulNya .Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,sesungguhnya Allah Maha Kuasa ,lagi Maha bijaksana."

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa orang Islam adalah umat yang tidak mementingkan diri sendiri kerana sikap mereka yang suka tolong menolong yang timbul dari kesatuan akidah yang membuahkan hasil ikhwah.Semangat tolong menolong dari roh ukhwah islamiah, oleh itu tidak hairanlah yang kaya menolong yang miskin dan yang miskin mendoakan yang kaya . Orang lelaki dan orang perempuan sama – sama berjihad di medan peperangan .Yang lelaki memikul senjata , yang perempuan mebantu seperti memasak ,merawat yang luka dan lain –lain).

Dengan semangat tolong menolong dan pimpin memimpin maka kerja amal maaruf dan nahi munkar dapat dijalankan,segala kebaikan ditegakkan dan yang munkar ditentang.,maka tiada permusuhan di antara lelaki dengan perempuan kerana mereka telah mendapat hak masing -masing .Ditambahkan pula mereka mengerjakan sembahyang dan megeluarkan zakat ,ini semuanya untuk mewujudkan masyarakat yang berstu padu di dalam satu jemaah islam.Apabila mereka mnegerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat,ketaatan kepada Allah dan RasulNya dengan sendirinya bertambah-tambah dalam jiwa mereka .Di akhir ayat Allah berjanji orang -orang Islam yang di sebut di dalam ayat di atas akan mendapat rahmat dari Allah dengan dimasukkan ke dalam Syurga yang penoh nikmat .

No comments:

Post a Comment