SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, November 9, 2010

Kuliah 6 :.KATA DIKOTAKAN

Firman Allah Taala di dalam Surah Al Baqarahayat 44 yang bermksud:
“ Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah,tidakkah kamu berakal ?”

Berdakwah kepada sesama manusia ke jalan makruf adalah tanggungjawab sesama manusia . Ia merupakan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh semua manusia lebih –lebih lagi yang mempunyai ilmu pengetahuan .Dalam menyampaikan dakwahnya maka kata –kata yang dikeluarkan itu hendaklah yang baik yang tercetus dari hati yang bersih suci dan ikhlas yang boleh memberi kesan yang mendalam kepada pendengar .Pendakwah hendaklah melaraskan di antara kata –kata yang diucapakan dengan tingkahlakunya..seruan yang mengandungi kebaikan tetapi tidak sama dengan tindakkannya merupakan satu penyakit yang akan menimbulkan rasa ragu,kecewa di minda orang ramai . Pendakwah – pendakwah ini adalah mereka yang menjadikan dakwah sebagai matapencarian ,bukan untuk menegkkan kebenaran . Mereka meyurah orang buat baik tetapi ia sendiri tidak melakukanya.

Oeh itu,Allah SWT melarang kita memperkatakan sesuatu tetapi tidak dikotakan,ingatlah bahawa kebanyakkan mereka telah membaca Al Quran dan dapat mengetahui dari Al Quran itu apa yang kita katakan hendaklah dikotakan, jangan kita cuba menipu orang lain , dan berpura – pura baik, sebaliknya tindakkan tersebut adalah menipu diri sendiri .

(b). Firman Allah Taala di dalam Surah Ali Imran ayat 188 yang bermksud:

“ Jangan sekali –kali engkau menyangka (wahai Muhammad,bahawa ) orang –orang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan – Jangan sekali –kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.”

Terdapat segolongan manusia dalam masyarakat yang suka mendabik dada dan mengaku bahawa sesuatu kejayaan itu adalah hasil usahanya ,sedangkan sebenarnya mereka sedikitpun telibat dalam usaha tersebut .Mereka ini suka dipuji oleh masyarakat kononnya dialah yang melakukan perkara –perkara tertentu bagi mencapai sesuatu kejayaan . Umpamanya seorang yang tidak ada kena megena dengan pembinaan sebuah pondok menanti bas di sebuah kampong , tetap ia menjaja namanya keseluruh kampong itu yang ia kononnya membina pondok menanti bas itu,hasil usahanya .

Sepert kata pepatah “lembu punya susu sapi dapat nama”.Golongan ini boleh dinamakan sebagai golongan munafik ,yang bersifat musang berbulu ayam,talam dua muka,tidak mahu melaksanakan tugas yang diberi,tetapi menojol-nojolkan diri apabila kejayaan belaku,kononnya itu adalah hasil usahanya,golongan ini akan dikecam Allah dan akan mendapat azab yang amat pedih .Umat Islam hendaklah berhati –hati dalam memberi pujian dan sanjungan agar kena pada tempat.Golongan munafik akan menerima balasan azab yang pedih dari Allah kerana sifat mereka yang berpura –pura .

© Firman Allah Taala di dalam Surah As saf ayat 2 – 3 yang bermksud:

2.”Wahai orang – orang yang beriman ! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya.”

3.” Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

Sebab ayat ini diturunkan : “Ada di antara pemuda – pemuda islam yang berkata : kalau mereka dapat mngetahui apakah amalan yang diredhai Allah ,nescaya mereka akan mengerjakannya ,tetapi apabila diberitahu amalan yang diredhai Allah iru,ada di antara mereka yang tidak mengotakan apa yang mereka katakan .”

Dua ayat di atas mengandungi hukuman dan kecaman dari Allah. Terhadap setengah –tengah orang Mukmin yang berkata tetapi tidak mengotakannya. Mereka akan mendapat kemurkaan dan kecelakaan ,kedua –dua ayat itu mengariskan satu aspek pokok dari syakhsiyah seseorang muslim iaitu sifat benar dan jujur.Batinnya harus sama dengan zahirnya dan perbuatannya sama degan perkataannya dalam segala keadaan

No comments:

Post a Comment