SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, January 21, 2014

pengajian Hadis siri 33






Pengajian Hadis siri 33
Sambungan Hadis yang ketujuh  belas
Kupasan Hadis
6.Dalam beberapa hadis lain Rasulullah saw telah menerangkan mengenai amalan yang lebih afdal selain daripada yang telah disebutkan di dalam hadis ini, yang bererti kenyataan- kenyataan ini tidaklah bertentangan satu sama lain , malah adalh merupakan keistemewaam perkara yang dinyatakan yang dijawan sesuai mengikut waktu dan keadaan pada perkara –perkara itu dalam masa perang dan serangan musuh maka alaman jihad adalah lebih afdal daripada perkara – perkara  yang lain – lain , dalam masa kelaparan dan kesusuhan maka bersedekah adalah lebih afdal dalam masa tenteram dan amal, maka sembahyang lebih afdal bergitulah seterusnya , satu –satu perkara mengikut suasana dan keadaan, sebab itu Rasulullah menerangkan di dalam jawapannya kepada Abdullah bin Masud memandang kepada suasana penyoal sendiri sehingga jawapanya itu penyoal berasa puashati dan tak ingin bertanya lebih banyak lagi .
Pengajaran Hadis .
1.Sembahyang adalah di dalam waktu yang ditentukan , menakala ditunaikan bukan dalam waktunya adalah salah dan berdoas, bahkan tidak diterima, sekalipun ada yang membolehkan qadak tetapi ia tidaklah melepaskan daripada berdosa.
2.Hadis ini memberi ingatan kepada mereka – mereka yang pemalas yang meninggalkan sembahyang dikumpulkan dan ditangguhkan untuk dibuat pada waktu yang lain sebagai qadak, perbuatan itu tidak dikasihi Allah dan tidak diridaiNya,juga hendaklah menunaikan sembahyang lebih segera,tidak dilenggah-lenggahkan hingga akhir waktu sembahyang, perbuatan melenggah-lenggahkan itu adalah juga tak diridai Allah .
3.Hadis ini mengarahkan supaya sentiasa suka melakukan amalan yang lebih afdal diutamakan mengikut suasana keadaan , dan masa.Kalau dalam masa perang maka berperanglah  adalah lebih afdal, cukuplah umpamanya menunaikan sembahyang pada ketika itu dengan segera adalah lebih rengkas supaya jangan terbuang masa untuk peperangan begitulah seterusnya, dalam masa kelaparan  dan kesusuhan kemerusutan ekonomi umpamanya maka pekerjaan bagi menyelamatan daripada keadaan – keadaan itu adalah lebih afdal daripada yang lain – lain .
4.Berbuat baik kepada dua ibubapa adalah kewajipan yang dikehendaki oleh Agama oleh Allah sebagai  membalas jasa bersyukur kepada keduanya dan kepada Allah .Bukan sahaja dikehendaki bebuat baik semasa keduanya masih hidup , malah setelah mati juga , iaitu  dengan menjadi seorang anak soleh seoerang yang baik, mukmin lagi soleh itu adalah merupakan berbuat kebajikan kepada dua ibubapa .
5.Berjihad ke jalan Allah adalah salah satu tugas fardu kewajipan agama  Islam dengan mengorbankan harta benad dan nyawa mengikut  kemampuan dan kuasa dengan penuh  ikhlas dan takwa.mereka yang menegakkan agama Islam adalah mendapat pertunjuk dan hidayah daripada Allah , FirmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 68 :
z`ƒÏ%©!$#ur (#rßyg»y_ $uZŠÏù öNåk¨]tƒÏöks]s9 $uZn=ç7ß 4 ¨bÎ)ur ©!$# yìyJs9 tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÏÒÈ  
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
Pengajian Hadis Siri 34

No comments:

Post a Comment