SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, August 8, 2013

TAZKIRAH PAGI RAYA



TAZKIRAH PAGI RAYA
Selamat Hariraya Adilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia.
Sambutlah hariraya dengan dipenuhi dengan perkara –perkara yang mendatangkan faedah,jangan melakukan perkara sia –sia,elokkan pembaziran walaupun dalam keadaan mampu,jauhi hiburan yang melalaikan, berpakaianlah dengan pakaian yang sempurna dan menutp aurat, jagalah batas –batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram, elokkan daripada  menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya . Lakukan segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata –mata kerana Allah dan patuhi syariatNya , mudah- mudahan kehidupan kita dilimpahi keberkatan dan ketenangan .
Di hari raya ini marilah kita memperiratkan silarraturrahim . Jangan lupa kepada ibubapa , kepada ibubapanya yang masih hidup , bagi yang telah  meninggal ziarahilah pusara mereka . Doakan mereka supaya ditempatkan di kalangan orang – orang solihin .Ziarahi sanak saudara >jiran tetangga, sambil bermaafan .Firman Allah dalam surah alhasyr ayat 19 :
                ﭷﭸ             
dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal Yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang fasik - derhaka.
                                                      OLEH ; US.ZAKARIA OMAR
         KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

No comments:

Post a Comment