SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, November 14, 2011

Taubat 3


SYARAT – SYARAT TAUBAT.

Perkataan taubat adalah satu perkataan yang sangat bererti kepada kita umat Islam, janganlah kita menjadi orang yang hanya menyebutnya sahaja tetapi bergelombang dengan dosa, perhatikan firman Allah :

وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوْبُواْ .

Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadanya; (Hud :3)

ayat ini menerangkan bahawa memohon kemaafan dari Allah itu hendaklah diiringi dengan taubat

Syarat –syarat taubat :

1.Berhenti melakukan dosa dengan segera.

2.Menyesal dan insaf di atas perbuatan dosa itu.

3.Berazam tidak mahu mengulangi lagi perbuatan dosa itu.

4.Memulangkan hak kepada mereka yang dizalimi atau meminta maaf darinya.

KETERANGAN.

(1) Meninggalkan dosa itu hendaklah kerana Allah,bukan kerana yang lain, seperti tidak mampu melakukannya atau tidak mampu mengulanginya semula atau takut dikutuk oleh orang ramai .

Di dalam keadaan-keadaan berikut maka tidak dinamakan orang yang bertuabat:

(a) Meninggalkan melakukan dosa kerana takut hilang pangkat aatau dibuang kerja.

(b) Meninggalkan dosa kerana menjaga kesihatan seperti meninggalkan berzina kerana takut kepada HIV ataupan badan lemah.

(c) Meninggalkan mencuri kerana tidak dapat masuk ke dalam sebuah rumah ,atau tidak dapat membuka peti wang atau kerana takut kepada polis aatau pengawal.

(d) Meninggalkan minum arak atau mengambil dadah kerana papa kedana..

Oleh hal yang demikian tidak dinamakan orang bertaubat yang bertubat kerana ada sebab-sebab lain seabagaimana contoh-contoh di aatas,bahkan hendaklah kerana Allah dan amat menyesal di atas dosa yang dilakukan itu sabda Rasulullah SAW :

" الندم توبة" رواه احمد وإبن ماجه

Ertinya :” Menyesal itu adalah taubat “ Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah .

Allah menilai mulia atau rendahnya amal seseoarang itu bergantung kepada tidaktanduknya ,cuba amati Hadis berikut

( إنما الدنيا لآربعة نفر , عبد رزقه الله مالا وعلما فهو يتقى فيهربه, ويصل فبه رحمه, ويعلم لله فيه حقا , فهذا بأفضل المنازل . وعبد رزقه الله علما ولم يرزقه مالا, فهو صادق النية , يقول : لو أن لي مالا لعملت بعمل فلان, فهو بنيته فاجرهما سواء . وعبد رزقه الله مالا , ولم يرزقه علما يخبط في ماله بغير علم ولا يتقى فيهربه , ولا يصل فيه رحمه, و لا يعلم لله فيه حقا , فهذا بأخبث المنازل . وعبد لم يرزقه الله مالا ولا علما فهو يقول : لو أن لى مالا لعملت فيه بعمل فلان , فهو بنيته, فوزرهما سواء .(رواه احمد والترميذى )

”Di dunia ini ada empat jenis manusia,pertama : seseorang yang diberi Allah harta dan ilmu , maka ia takut kepada Allah,menyambung silatur rahim dengan keluarganya, dan ia mengetahui pada harta itu ada hak Allah, inilah orang paling tinggi darjatnya di sisi Allah, kedua : Seseorang yang diberikan ilmu,tanpa harta,dan benar niatnya dan berkata :”kalau aku ada harta akan aku sedekahkan sebagaimana amalan orang yang pertama,niatnya ikhlas,maka ia mendapat pahala dan kedua-duanya mendapat pahala yang sama.Ketiga : Seseorang yang diberi oleh Allah harta,tetapi tidak ada ilmu, maka dihabiskan hartanya tanpa pegetahuan, tudak bertaqwa kepada Allah, tidak menyambung silatur rahim dengan keluarganya, dan tidak mengetahui pada harta itu ada hak Allah,orang ini adalah sekeji-keji manusia di sisi Allah,Keempat seseorang yang tidak dikurniakan harta dan ilu, lalu ia bercita-cita sebagaimana orang ketiga, maka diteruskan niatnya, maka kedua-duanya (Ketiga dan keempat) mendapat dosa yang sama .( Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi )

2.Merasakan dosa itu keji dan merbahaya .

Apabila seseorang itu bertaubat dan merasakan dosa yang dilakukan masa lalu keji dan merbahaya,maka inilah dinama taubat yang sebenarnya .tidak dibolehkan ia merasa lazat dan gembira ketika teringat kepada perbuatan maksiat yng telah dilakukannya.atau berangan-angan untuk mengulanginya kembali pada masa akan datang .

Ibnu al – Qayyum menyatakan di dalam kitabnya berjudul

"الداء والدواء والفوائد " bahawa dosa itu mempunyai bahaya yang banyak di antaranya :

1.Sukar mendapat ilmu

2.Keras hati

3.Sukar melakukan pekerjaan

4.Lemah badan

5.sukar mentaati Allah

6.Hilang berkat

7.Sedikit mendapat taufik

8.Sempit dada

9.Banyak melakukan kejahatan

10.Mengulangi melakukan dos

11.Ambil mudah terhadap perintah Allah

12.Tidak menghiraukan nasihat orang ramai

13. Dikutuk binatang di atasnya

14. Diselubungi kehinaan

15. Hati dicap dengan kelaknatan

16. Doa tidak dimakbulkan

17. Berlaku kerosakkan di laut dan didaratan

18. Hilang rasa malu

19. Hilang nikmat

20. Timbulnya rasa dengki

21. Hilangnya rasa gerun orang lain terhadap orang yang

melakukan dosa

22. Jatuh ke dalam perangkap syaitan

23. Penyudah yang buruk

24. Mendapat azab di akhirat

Jika seseorang hamba itu mengetahui tentang bahaya-bahaya melakukan dosa sudah tentu ia akan menjauhkan diri dari melakukannya . Sebahagian manusia sanggup melakukan dosa walaupun ianya bahaya adalah kerana sebab-sebab berikut :

(a) Menganggap dosa itu ringan

(b) Jiwa dan syahwat terlalu condong kepada dosa.

(c) Sekitarnya dipenuhi oleh maksiat

(d) Rakan dan sahabat melakukan dosa sentiasa mendampinginya

(e) Berasa megah dan bangga di atas dosa yang dilakukan.

3.Segera bertuabat tanpa berlingah atau bertempuh.

4.Bimbang dan ragu sekiranya Allah tidak menerima taubatnya.

5.Menjauhi tempat –tempat maksiat

6.Melakukan dengan segera apa yang telah ditinggal masa lalu seperti membayar zakat pada harta yang telah cukup nisab dan syarat,

7.Meninggalkan rakan dan sahabat maksiat .

Firman Allah :

الأَخِلَّا ءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاَّ الْمُتَّقِيْنَ .

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

(Al zukhruf :67 ).

Kawan yang jahat akan mengutuk satu sama lain pada hari Qiamat kelak,oleh itu orang yang bertaubat hendaklah ia menjauhi rakan –rakan yang jahat .

8.Hendaklah merosakkan benda-benda haram yang masih ada di sisinya contoh : Bakar gambar,VCD lucah .

9.Pilihlah sahabat baik yang boleh membantu untuk jadi baik .

10.Berpegang teguh kepada orang-orang yang memeliahara dan memberi makan makanan yang halal.

11.Hendaklah taubat sebelum ruh sampai ke halqum.

dan sebelum matahari terbit dari barat,

Sabda Rasulullah SAW :

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : من تاب إلي الله قبل أن يغرغر قبل الله منه . (رواه احمد والترميذي )

Ertinya : Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum nyawa sampai ke halqum diterima Allah taubatnya .

( Riwayat Ahmad dan At Tarmizi .)

وقوله :"من تاب قبل أن تطلع الشمس من مغربها تاب الله عليه . (رواه مسلم )

Ertinya : Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat maka Allah menerima taubatnya .( Riwayat Muslim ),

No comments:

Post a Comment