SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, July 3, 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

RASULULLAH SAW MENGGALAKKAN KITA AGAR BERAMAL PADA MALAM NISFU SYAABAN DENGAN SABDANYA YANG BERMAKSUD :"Apabila tiba malam nisfu syaaban,maka hendaklah kalian bangun pada malamnya(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya,ini kerana Allah SWT turun(menghormati hamba-hambaNya)pada malam tersebut mulai dari terbenam matahari kelangit dunia .Allah SWT berfirman:"Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan,maka Aku akan ampunkannya.Adakah dari kalangan mereka memohon rezeki,maka Aku akan turunkan rezeki untuknya.Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala',maka Aku akan sejahterakannya.Adakah kalangan mereka bagini dan begini,maka akan penohkan permintaan mereka,sehinggalah terbit fajar.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad r,a di dalam masnadnya daripada kasir bin Marrah berkata:"Sesungguhnya Allah SWT menilik kepada hambaNya pada malam nisfu syaaban,maka Allah SWT mengamunkan penduduk bumi melainkan dua golongan:Musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyahin(orang yang bermusuhan).
Dikeluarkan oleh Darul Qatni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Saidatina Aisyah r.a berkata :Pada suatu malam,Aku kehilangan Rasulullah SAW,maka aku pun keluar mencarinya dan aku menemui Baginda SAW di Baqi' sedang mendonggakkan kepalanya ke langit,lalu baginda berkata:"Adakah kamu takut Allah dan RasulNya menzalimimu ?Aisyah r.a berkata:"Bukan begitu wahai Rasulullah, aku cuma menyangka kamu mendatangi sebahagian isteriMu yang lain,baginda saw berkata:"Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu syaaban, maka Dia mengampunka dosa -doasa hambaNya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a, khalifah yang paling 'adil lagi bijaksana telah menuli surat kepada menterinya di Basrah,isinya berbunyi :"Jagailah empat malam dalam setahun, ini kerana sesungguhnya Allah SWT akan menaungkan rahmatNya secara khusus pada malam - malam tersebut iaitu pada awal Rejab,malam nisfu Syaaban, Malam hari raya puasa dan malam hari raya korban."

No comments:

Post a Comment