SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, June 2, 2010

KENDURI KAHWIN MENGIKUT ISLAM

“BUATLAH KENDURI KAHWIN WALAUPUN HANYA DENGAN SEEKOR KAMBING “HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM .
Daripada hadis di atas telah jelas kepada kita mengadakan kenduri kahwin adalah sunat dan dituntut di dalam Islam .Maka Islam mengariskan kepada kita beberapa panduan untuk kita laksanakan di dalam kita mengadakan kenduri kahwin itu jangan sampai kita melanggar batas –batas yang dibenarkan oleh syarak .Dengan itu kerjakan yang kita lakukan bertkukar daripada hendakkan ganjaran pahala dari Allah mendapat dosa pula.Di dalam tulisan yang ringkas ini saya cuba paparkan beberapa perkara yang perlu lakukan untuk mendapat ganjaran dan pahala dari Allah , dan meninggalkan beberapa perkara yang bertentangan dengan syriat , mudahan –mudahan apa yang kita lakukan itu mendapat berkat dan rahmat dari Allah SWT .
(1)Perkara – perkara yang harus dilakukan dimajlis kenduri kahwin :
(i) Mengadakan kenduri kahwin secara serdahana.
(ii)Tempat jamuan ,asingkan tempat muslimin dengan muslimat .
(iii)Elokkan dari mengadakan Upacara bersanding .
(iv)Pengantin perempuan hendaklah menutup aurat.
(v)Tiada perkara – perkara maksiat seperti joget lambak dengan iringan muzik yang bertentangan dengan syarak .Malah mengadakan tahlil dan doa selamat untukkedua pengatin .
(vi)Menu yang serdahana .
(vii)Jemputan itu hendaklah dikalangan orang – orang Islam sahaja .Lebih –lebih lagi golongan miskin sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Seburuk-buruk makanan ialah makanan kenduri kahwin yang menegah orang datang kepadanya (orang miskin) dan menjemput kepadanya orang-orang enggan datang kepadanya (orang kaya)
(2)Perkara – perkara yang mesti ditinggalkan di dalam kenduri kahwin :
(i)Mengadakan kenduri secara besar –besaran dengan niat menunjuk-nunjuk , sehingga berhutang dan bergadai .
(ii)Mengadakan majlis dan adat –adat yang bertentang dengan syarak . seperti tepong tawar dan tabor beras kunyit .
(iii) Pengantin perempuan mendedahkan aurat dan majlis bersanding .
(iv)Menu yang banyak sehingga mendatangkan pembaziran
(v)Mengadakan perkara maksiat , pergaulan bebas lelaki perempuan , joget lambak , aluan-alunan muzik yang bertentangan dengan syarak .

No comments:

Post a Comment