SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, April 1, 2014

MEMBETULKAN SUJUD,




APA MAKNA SUJUD ? APA HUKUMNYA?
Sujud bermakna meletakkan dahi di atas tempat sujud.
Manakala hukum sujud ialah rukun di dalam sembahyang.Sujud wajib dilaksanakan dan tidak sah sembahyang tanpa sujud .
Sujud yang  wajib dilaksankan di dalam sembahyang ialah dua kali pada setiap rakaat dengan diselangi oleh duduk antara dua sujud .
Apakah anggota sujud ?
Sabda Nabi SAW .” Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang iaitu; dahi – baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya,dua tangan,dua lutut dan jari –jari dari dua kaki.” (HR Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a)
Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa anggota sujud terdiri daripada :
1. Dahi
2. Dua tangan
3 .Dua lutut
4. Dua kaki.
Oleh itu,ketika sujud hendaklah ke semua ketujuh – tujuh anggota tersebut diletakkan  di atas lantai. Dalam hal dahi,memadai meletakkan sebahagian dahi di atas lantai, Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut – perut anak jari kaki itu.
Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak – anak jari kakinya , maka tidak sah sujudnya. Sunat menghalakan kesemua jari –jari tangan kea rah kiblat. Muslimin, di sunatkankedua –dua lutut dan dua tapak kaki direnggangkan. Antara perut dan paha  hendaklah dijarakkan.Siku  hendaklah dijauhkan sedikit daripada tulang rusuk.Mislimat pula, sunat  untuk merapatkan kedua –dua lutut

DOA RABBANA SIRI 2


pengajian hadis 35 .





Pengajian Hadis Siri 35
Sambungan Hadis  KELAPAN BELAS.
Kupasan Hadis .
4.Barang siapa memelihara dirinya daripada kehinaan menjauhi daripada meminta –minta dan tak mahu berkrja , Allah akan meliharanya dengan diberi petunjuk dan taufik, dapat melaksanakan sesuatu sesuai dengan tenaga dan persediaan berjya dan beruntung, tepat seperti ayat   2 dalam surah At Talak :
4 `tBur È,­Gtƒ ©!$# @yèøgs ¼ã&©! %[`tøƒxC
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara yang menyusahkannya),
5.Barang siapa memcari kekayaan diri tidak menghiraukan apa yang ada pada orang lain maka Allah akan mengkayakannya , kekayaan diberi ini bolehlah kita contohkan  seperti dua orangkaya .Yang pertama berpuashati dengan apa yang dikurniakan Allah, lalu ia berkerja lagi dengan lebih giat mengikut jalan –jalan yang mulia , tidak mahu dan tidak terpedaya dengan apa yang ada kepada orang lain yang bulan haknya.Yang Kedua ia tidak berpuashati selalu berkeadaan tamak dan haloba menakala melihat nimat orang lain ia ingin memilikinya sekalipun dengan cara yang salah, selalu tak tenang melihat apa yang ada kepada orang lain.Begitu juga  seperti dua  orang miskin, yang pertama ini sedar dan insaf di atas kemiskinannya tetapi ia tidak rida  menjual maruah  dan meminta –minta , malah berusaha bersunggug –sungguh memperbaiki nasibnya dengan segala tenaga dan kemampuan , tetapi sebaliknya orang yang kedua ini tak malu –malu menjatuhkan air mukanya mengejar dan memaksa – memaksa dengan berbagai –bagi  cara meminta –minta kepada orang lain tak mahu berusaha  memperbaiki nasibnya dengan cara yang mulia.
Dua contoh di atas orang kaya dan miskin yang pertama ialah orang kaya yang sebenar-benar kaya dan orang miskin yang kaya , tetapi yang kedua  ialah orang yang rendah hina dan tak memelihara diri , tepat seperti maksud hadis “Bukalah kaya dengan seban banyak harta , tetapi kaya ialah kaya jiwa , dengan kekayaan jiwa inilah dibukakan Allah bermacam – macam jalan pintu rezeki yang akan memelihara dirinya daripada digoda oleh nikmat dan kekayaan rang lain .
Pengajaran Hadis ,
1.Hadis ini mengarahkan supaya berbuat kebajikan dan menolong mereka yang berhajat kerana kebajikan- kebajikan itu dapat melapangkan mereka yang di dalam kesempitan  dan kesusuhan serta meringankan penderitaan dan dapat menguatkan perhubungan baik di dalam sebuah masyarakat .
2.Jiwa mulia dan tinggi tak rida sama sekali meminta –minta , menjual air muka dan menjatuhkan kehormatan diri.
3.Bersedekah adalah dusuruh setelah selesai lebih dahulu menunaikan kewajipan yang wajib nafkah diri sendiri dan keluarga , kaum kerabat dari pihak ibu dan bapa adalah mereka yang utama berhak mendapat pertolongan sebelum diri orang lain lebih –lebih lagi dengannya akan memelihara kerhormatan dan menjaga nama baik kedudukan serta menambah kukuh perhubungan kasih mesra .
4.Memelihara diri rida dengan apa yang diperolehi dan berpuas hati serta  berkerja untuk menambah lebih baik dan lebih banyak dengan cara – cara  yang diharukan dan dengan jalan- jalan yang mulia tidak menyentuh samasekali hak orang lain .
5.Tak usah bersedekah kecuali setelah berlebih dan tidak lagi berhajat kepadanya kerana bersedekah semasa berhajat kepadanya akan menyebabkan kerosakkan dab bencana dan akan meninggalkan waris yang lemah miskin dan tak berada .
6.Berusaha dan bekerja supaya menjadi kuat dalam semua bidang hidup,kesihatan , ilmu pengetahuan , ekonomi dan politik .Syariat dan syiar Islam adalah dikehendaki oleh Junjungan Besar Muhammad saw .

Tazkirah pagi : tafsir doa bangun dari tidur





Tazkirah pagi .
Maksud  dari  doa bangun tidur .
1.Kita mati itu ialah tidur pada malam hari , tempat kembali ialah hidup semula selepas  berada di alam barzah di hari Kiamat.
2.Rasulullah memberi  peringatan kembalinya  kita jaga selepas tidur,seperti kita mati , untuk mensabitkan bahawa adanya kebangkitan selepas kita mati.
3.Ulamak berpendapat: Hikmat berdoa di masa hendak tidur
باسمك احيا واموت) (
 menjadikan penutup bagi  segala gerak kerja di sepanjang hari .
4.Dan hikmat berdoa  di waktu pagi (bangun tidur) menjadikan  permulaan gerak kerja kita  dengan mengingati Allah dan Percakapan yang baik .