SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, October 24, 2013

pengajian hadis siri 5




Kekayaan Yang Sebenar .
عَنْ أَبِي هُريرة رضي الله عنه عن النبي صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَي عَنْ كَثْرَةِ الْعَرْضِ وَلَكِنَّ الْغِنَي غِنَي النَّفْسِ. (رواه البخاري ) .
Hadis Ketiga .
Daripada Abu Hurairah r.a  daripada Nabi SAW junjungan besar telah bersabda :”Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya  harta benda tetapi kekayaan itu ialah kekayaan diri .” (Hadis riwayat  Al-Bukhari ) .
Kupasan Hadis .
1.Mereka  yang tidak mempunyai harta yang banyak  tidaklah ia dinamakan miskin , bahkah tetap dipandang kaya di sisi masyarakat kalau ia mempunyai iman  dan peribadi yang mulia .
2.Seorang itu tidak dikatakan kaya  kalau mempunyai harta yang banyak disisi Allah , tetapi kaya yang sebenar ialah kaya   rohani yang sesuai dengan pengajaran Islam . Inilah kekayaan  yang kekal .
3.Kekayaan jiwa  itu akan menimbulkan kebahgiaan  hidup dan ketenangan di dalam menghadapi  sebarang keadaan dan kemungkinan dalam hidup.Jiwa yang kaya mudah puas dan memada apa yang ada dan sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan oleh Allah .Dan sentiasa berdoa :
رَبَّنَا أَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .
4.Yang banyak harta merekaitulah yang sedikit pada hari qiamat  kerana harta yang banyak itu tidak boleh memberi pertolongan kepada mereka bahkan di waktu merek menjadi orang miskin disegi pahala  kerana harta yang mereka yang banyak itu  boleh membawa kepada disiksa oleh Allah kerana salah digunakan , dan tidak membelanjakan ke jalan Allah .Firman Allah SWT dalam surah  At taubah ayat 34 dan 35  :
34.dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
35. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu Dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa Yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa Yang kamu simpan itu.