SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, August 20, 2013

MENJALANI IBADAT SELEPAS RAMADHAN



oleh :us.zakaria bin Omar ketua penerangan urusan ulamak pas kawasan temerloh .

 Setelah menjalani ibadat puasa selama sebulan, maka hendaklah kita menjalani kehidupan kita dengan berpandukan syariat yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan menjalani urusan agama dan urusan dunia secara baik, maka seseorang itu akan mendapat kebahgiaan yang sempurna sama ada didunia atau akhirat.Kita hendak memohon kepada Allah supaya  menghimpunkan kita dengan kebaikan agama dan kebaikan dunia serentak dengan doa berikit :
اَللهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيَ الَّذِيْ هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِيْ , وَأَصْلِحْ لِيْ  دُنْيَايَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشِيْ , وَأَصْلِحْ لِيْ اَخِرَاتِيْ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادِيْ .
“Ya! Allah ! perbaikilah untukku Agamaku kerana ia yang menyelamatkan urusanku. Dan perbaikilah untukku duniaku kerana ia temapat mata pencarianku.Dan perbaikilah untukku akhiratku kerana kersanalah tempat kembaliku kemudian hari.”
Ingatlah bahawa hidup di dunia ini sangay terbatas dan tamat dengan kedatangan ajal,  maka setiap orang mestilah menyiapkan bekalan diri dengan melakukan seberapa banyak kebaikan yang boleh , dan menjauhkan maksiat dan kejahatan.Apabila seseorang telah mati, dia tidak dapat mencari bekalan lagi.Oleh sebab itu, kita mesti berkerja keras sewaktu hidup kerana apabila datangnya mati, maka kesempatan itu tidak ada lagi.Waktu mati tempat istarihat yang abadi.Lantaran itu NABI SAW  berdoa :
وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لَنَا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لَنَا مِنْ كُلِّ شَرٍّ .
“Jadikanlah hidupku tempat bertambah segala kebaikan dan jadikan kematian itu  bagiku kerihatan dari segala bencana.”
Oleh yang demikian marilah kita sakalian bertakwa kepada Allah, pohonlah kebaikan urusan agama kita serta kebaikan kesudahan kita diakhirat.Firman Allah swt dalam surat al-baqarah ayat 201-201  yang bermaksud:

201. dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka".
202. mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

Sunday, August 11, 2013

PUASA SUNAT 6 HARI BULAN SYAWAL




 ditulis oleh :us.Zakaria Omar ketua Penerangan Urusan Ulamak Pas Kawasan Temerloh

NABI MUHAMMAD SAW MENGGALAKKAN UMAT ISLAM BERPUASA 6 HARI DALAM BULAN SYAWAL , SABDA BAGINDA SAW :
مَنْ صَامَ رَمَضَان ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ (رواه مسلم )
 “BARANGSIAPA YANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN  PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL, MAKA GANJARANNYA SEPERTI BERPUASA SEPANJANG TAHUN “. (H.R.MUSLIM)
PUASA SUNAT ENAM HARI DI BULAN SYAWAL MEMPUNYAI BEBERAPA HIKMAT DAN KELEBIHAN , DI ANTARANYA IALAH :
PERTAMA : DENGAN MELAKSANAKAN PUASA ENAM HARI TERSEBUT, IA DAPAT MENYEMPURNAKA N, DAN MENUTUP SEGALA KECACATAN PUASA RAMADHAN YANG TELAH KITA LAKSANAKAN, SAMA ADA DENGAN KECUAIAN ATAUPUN KELALAIAN KITA  DALAM MENYEMPURNAKAN  IBADAT PUASA TERSEBUT.
KEDUA : BERPUASA SUNAT ENAM  HARI DI BULAN YANG PENUH KEGEMBIRAAN, SELEPAS MELAKSANAKAN PUASA DI BULAN RAMADHAN, BERERTI AMALAN IBADAT ITU ADALAH BERTERUSAN DAN HENDAKLAH DILAKSANAKAN SECARA ISTIQAMAH,TIDAK BERSIFAT SEMANTARA. KERANA DENGAN AMALAN YANG BERTERUSAN INI MENYEBABKAN AMALAN KEBAJIKAN DAN IBADAT KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT, DAN ALLAH AMAT MENYUKAI AMALAN YANG DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN,
KETIGA :
DENGAN KERAHMATANNYA DAN KEAMPUNAN ALLAH SWT TERHADAP HAMBANYA DI BULAN RAMADHAN, MAKA KITA BERPUASA DI BULAN SYAWAL , SEBAGAI TANDA KESYUKURAN KEPDA ALLAH SWT , SESUNGGUHNYA DENGAN KERAHMATANNYA DAN KEAMPUNAN ALLAH ,MAKA KITA TIDAK MENJADI ORANG YANG RUGI DI DUNIA DAN AKHIRAT,SEBAGAI DOA YANG DIPERMANKAN OLEH ALLAH SWT DALAM SURAH ALARAF AYAT 23 :                                           
                              
mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

Thursday, August 8, 2013

TAZKIRAH PAGI RAYA



TAZKIRAH PAGI RAYA
Selamat Hariraya Adilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia.
Sambutlah hariraya dengan dipenuhi dengan perkara –perkara yang mendatangkan faedah,jangan melakukan perkara sia –sia,elokkan pembaziran walaupun dalam keadaan mampu,jauhi hiburan yang melalaikan, berpakaianlah dengan pakaian yang sempurna dan menutp aurat, jagalah batas –batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram, elokkan daripada  menghadiri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya . Lakukan segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata –mata kerana Allah dan patuhi syariatNya , mudah- mudahan kehidupan kita dilimpahi keberkatan dan ketenangan .
Di hari raya ini marilah kita memperiratkan silarraturrahim . Jangan lupa kepada ibubapa , kepada ibubapanya yang masih hidup , bagi yang telah  meninggal ziarahilah pusara mereka . Doakan mereka supaya ditempatkan di kalangan orang – orang solihin .Ziarahi sanak saudara >jiran tetangga, sambil bermaafan .Firman Allah dalam surah alhasyr ayat 19 :
                ﭷﭸ             
dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang Yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal Yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang Yang fasik - derhaka.
                                                      OLEH ; US.ZAKARIA OMAR
         KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH