Friday, December 27, 2013
pengajian hadis siri 31
Pengajian
Hadis siri 31
Sambungan
hadis ke -16
Kupasan
Hadis .
4.Sedekah
selain daripada berbentuk matabenda ia
terbahagi kepada dua :
(i)Perkara
yang boleh memberi faedah untuk orang lain seperti menyuruh orang berbuat baik , dan melarangnya dari melakukan maksiat ,berdoa , berzikir ,
beristighfar dan mengajar ilmu yang memberi manfaat , sabda Rasulullah saw :
مَنْ
كَانَ لَهُ مَالٌ فَلْيَتَصَدَّقْ مِنْ مَالِهِ وَمَنْ كَانَ لَهُ قُوَّةٌ
فَلْيَتَصَدَّقْ مِنْ قُوَّتِهِ وَمَنْ كَانَ لَهُ عِلْمٌ
فَلْيَتَصَدَّقْ
مِنْ عِلْمِهِ .
Sesiapa
yang berharta maka bersedekahlah daripada hartanya dan sesiapa yang mempunyai
tenaga dan kekuasaan bersedekahlah daripada tenaga dan kekuasaan
dan sesiapa yang ilmu, bersedekahlah ia daripada ilmunya .
(ii)Perkara
yang memberi manfaat untuk diri sendiri seperti bertasbih,tahmid , bertakbir
dan bertahlil adalah merupakan amalan sedekah dan akan mendapat pahala dan
ganjaran dari Allah seperti ia bersedekah harta benda .
Pengajaran
hadis :
1.Orang
Islam digalakkan bercucuk tanam , tidak membiarkan tanah kosong malah hendaklah
diisikan dengan tanaman dan pokok yang
memberi faedah kepada manusia dan binatang.
2.Apa
yang dimakan, digunakan oleh manusia atau binatang dari usaha tanaman akan
diberi ganjaran pahala sedekah .
3.orang
– orang Islam yang berusaha dengan bersungguh –sungguh tidak akan sia –sia
sekalipun tidak akan mendapat faedahnya dengan sempurna di dunia ini maka Allah
akan memberi ganjaran lengkap di akhirat kelak atau mereka akan dikurniakan
ganjaran di dunia dan akhirat .
4.Orang
Islam digalakkan berusaha dan
berkerja sama ada untuk faedah diri
sendiri atau orang lain semuanya akan
diberi pahala dan ganjaran oleh Allah , tetapi kenalah ikhas dan niat untuk
mencapai mardatullah .
Thursday, December 26, 2013
PENGAJIAN HADIS SIRI KE 30
Pengajian hadis Siri 30
HADIS KEENAM BELAS
KELEBIHAN BERCUCUK TANAM .
عَنْ
أَنَسِ بْنِ مَالِكِ عن النبي صلي الله عليه وسلم قَالَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ
يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ
أَوْ بَهِيْمَةٌ إِلاَّ كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ .( رواه البخاري زمسلم )
Daripada
Anas bin Malik Rasulullah saw telah
bersabda :”Seorang muslim tidak menanam pohon kayu atau menanam tanaman
lalu dimakan oleh burung atau manusia atau binatang kecuali adalah baginya
pahala sedekah .
(Hadis
riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim) .
Kupasan
Hadis
1.Menanam
pohon kayu sama ada yang berbuah di makan manusia atau binatang juga pohon yang
tidak berbuah sama ada kecil atau besar yang memberi faedah kepada manusia dan
binatang seperti digunakan untuk membuat
sesuatu seperti rumah dan sebagainya atau digunakan bagi keindahan dan
kecantikan seperti pohon – pohon di
taman bunga atau pohon – pohon bunga
yang indah yang menarik dan meyukakan mereka yang mencari kerihatan dan ketenangan
, tempat perlindungan dan berteduh,
tempat burung berkicau , berterbangan dan sebagainya,segala pohon – pohon itu
berfaedah kepada manusia dan binatang, menakala ditanam dengan tujuan kebajikan
seperti tersebut bukan ditanam untuk kerosakkan maka semuanya itu akan mendapat
pahala kebajikan .
2.Menanam
tanaman seperti padi,gandum,jangung dan sebagainya untuk kebajikan dan muslihat
faedah diri sendiri dan keluarga spuaya terselamat daripada meminta –minta dan
bergantung kepada orang lain.Tanaman –tanaman itu dimakan oleh burung atau
binatang atau diambil oleh orang sama ada dengan cara benar atau sebaliknya selama menanam itu berniat
kebajikan seperti di atas kerana Allah bukan tujuan kemudahan maksiat dan
munkar dengan keadaan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah .
3.Sedekah
: bererti apa sesuatu yang diberi kepada
orang lain , termasuk kerabat yang dan yang jauh,
bertujuan untuk mendapat keridaan Allah , maka akan diberi pahala oleh Allah
sedekah yang diberinya itu .
PENGAJIAN HADIS SIRI KE 29
Pengajian Hadis siri 29 .
Sambungan hadis ke 15
Kupasan Hadis
6.Yang ketiga menjawab salam .Ucapan salam itu adalah
sebagai tanda kasih mesra sesama orang –orang Islam , menakala diberi salam
maka wajiblah menjawabnya sebagai membalas ucapan selamat sejahtera , lebih-
lebih lagi yang lalu itu dengan bertujuan baik bukan untuk maksiat dan
kejahatan , menjawab ucapan salam itu di
antara hak –hak jalan yang wajib dipraktik demi mencipta keperibadian
masyarakat Islam.
7.Yang keempat menyeru kepada kebajikan dan mencegah
kemungkaran yang bererti hendaklah
sentiasa ingat beringat kepada maslihat dan kepentingan bersama menuju cita
–cita kebajikan dan segera mencegah kemungkaran seupaya jangan sampai meribak
yang akan merosakkan masyarakat, umpamanya menakala ternampak di antara mereka
yang lalu itu ada yang mengacau – ngacau gadis ,, melakukan maksiat , mencuti
dan merosakkan harta benda orang dan sebagainya, maka wajiblah mereka yang duduk
ditepi jalan itu berusaha mencegah dan menyeru kepada kebajikan .
Dalam melaksanakan kehendak meyeru
dan mencegah ini haruslah pandai dan wajib melihat suasana keadaan seperti yang dikatan oleh hadis
dibawah ini :
مَنْ
رأَي مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدَهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِلِسَانِهِ وَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيْمَان
.
Sesiapa
yang melihat daripada kamu kemunkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan
tangannya .Jika tidak kuasa ubahlah dengan lidahnya dan jika tidak juga
berkuasa ubahlah dengan hatinya itulah yang selemah –lemah iman .
Mengubah
dengan tangan itu termasuklah dalam erti
kekuasaan seperti menggunakan kuasa pangkat pengaruh yang boleh
menyedarkan mereka yang melakukan
kemunkaran ,menakala lidah bererti dinasihat di ingatkan diberitahu kepada
mereka – mereka yang terlibat serta menulis menyiarkan, berita melukis dan
sebagainya. Yang boleh memberi kesan kepadanya .,seterusnya mencegah dengan
hati ialah jalan yang paling akhir sekali dan lebih mudah tetapi bukanlah
nererti mengubah itu cukup mendiamkan diri tanpa usaha dan kerja malah mengunah
dengan hati itu terkadang lebih berkesan dan lebih luas lagi termasuklah usaha
senyap –senyap , tidak mahu menyertai memulia dan memberi sebarang penghormatan
kepada mereka – mereka yang panas dan maksiat, tidak dihiraykan tau dengan cara
tidak berkerjasama dengannya .Cara –cara yang demikian adalah dianggap usaha
yang paling sedikit dab terakhir yang merupakan selemah –lemah iman dan selemah
–lemah jihad.Tegasnya tiap –tiap seorang hendaklah wajib dan bijak bertindak
bagi melaksanakan tujuan mencegah kemungkaran samaada memberi tahu kepada pihak
yang berkenaan dan berkuasa.memberi tahu orangramai boleh berjaga –jaga dan
mengetahui peribadinya yang buruk sehingga tidak boelh ia berpura –pura munafuk kepada orang ramai . Begitulah
seterusnya segala sesuatu yang wajar dan bijak
Pengajaran Hadis .
1.Larangan dan tegahan duduk di tepi
jalan adalah merupakan sebagai menutup jalan daripada berlakunya sesuatu kemunkaran sesuai dengan
kaedah “ Saddan lizarak “.
Berlakunyasesuatu kemungkaran sesuai
dengan kaedah “ Sadul zaraik “.
2.Menakala tak ada tempat lain dan
terpaksa menggunakan tepi jalan maka di haruskan oleh hadis ini dengan
dikehendaki wajib menjaga hak jalan.
3.Hak – hak jalan yang wajib
diperlihara ialah memelihara mata memandang yang ditegah dan dilarang
.Menjauhkan daripada menyakiti mereka yang lalu , menjawab salam dan menyuruh
kepada kebajikan serta mencegah daripada kemungkaran .
4.Hadis ini adalah sebagai arahan
untuk menimbulkan seusana damai dan aman bagi menciptakan sebuah masyarakat
Islam yang mulia dan berkerjasama di dalam kebajikan benci dan berusaha
mencegah segala kemunkaran .
PENGAJIAN HADIS SIRI 28
PENGAJIAN HADIS SIRI
28
HADIS KELIMA
BELAS
HAK – HAK JALAN
عَنْ أَبِيْ سَعِيْدِ
الْخَدْرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ
النبي صلي الله عليه وسلم قَالَ : إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوْسَ عَلَي الطُّرُقَاتِ –
وفي رواية بِالطُّرُقَاتِ – فَقَالُوْا : مَالَنَا بُدُّ اِنَّمَا هِيَ
مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيْهَا . قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجَالِسَ
فَأَعْطَوْا الطَّرِيْقَ حَقَّهَا : قَالُوْا : وَمَا حَقَّ الطَّرِيْقِ ؟ قَالَ :
غَضُّ الْبَصَرِ , وَكَفُّ الْاَذَي وَرَدُّ السَّلاَمِ وَالْاَمْرُ
بِالْمَعْرُوْفِ وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ
( رواه البخاري ومسلم وأبو داود)
Daripada Abi Said Alkhudri r.a , Nabi saw telah bersabda :Hendaklah
kamu jauhkan daripada duduk di jalan – jalan , jawab mereka itu sahabat
–sahabat kami tak ada tempat lain gantinya , bahawasanya itulah tempat duduk
kami ,berbual –bual dan bercakap –cakap.Sabda Rasulullah : Apabila kamu enggan kecuali itulah tempat
duduk kamu, maka berilah hak jalan , tanya mereka itu apakah hak jalan ? jawab Rasulullah saw , pejamkanlah
mata pandangan , jauhilah menginayai dan menyakiti .Hendaklah menjawab salam
dan berserulah kepada kebajikan serta
mencegah dari kemunkaran . ( Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud ) .
Kupasan Hadis .
1.Keadaan rumah –rumah sahabat nabi ketika itu adalah
berdekat-dekatan dan mereka itu
mengadakan tempat –tempat duduk di-tepi –tepi jalan seperti pangkin , kerusi
atau di anjung –anjung rumah atau duduk di atas tanah di-tepi –tepi rumah
mereka ,di sanalah mereka jadikan sebagai tempat bertukar –tukar fikiran ,
beerbincang – bincang memikirkan bermacam-macam masalah dunia dan akhirat serta
berihat nenyenangkan fikiran sesama mereka .
2.Dalam sangkaan sahabat –sahabat itu bahawa teguran Rasulullah saw
bukanlah kerana menegah seupayja jangan duduk seperti kebiasaan mereka itu yang
semata bertujuan kebajikan,kerana memang mereka tidak berkumpul untuj munkar dan
maksiat , oleh yang demikian mereka lantas bertanya dengan menerangkan kepada
Rasulullah yang mana mereka tak ada tempat lain sebagai ganti untuk menjadi
tempat berbincang bercakap –cakap sesama mereka mengenai bermacam – macam
kepentingan serta maslihat kebajikan bersama , tempat berihat dan bersenang
–senang duduk lapang sebagaimana yang biasa kepada kita hari ini di tempat
–tempat yang tertentu seperti dib alai –balai raya , kelab –kelab tempat
permainan dan sebagainya.
3.Tegaha jangan duduk di tepai jalan itu adalah menggambarkan
bagaimana Rasulullah saw mengambil berat bagi membentuk peribadi seorang muslim
dalam menuju cita –cita sebuah masyarakat Islam yang berakhlak tinggi ,
bertatasusila hidup mulia ..Jalan adalah tempat lalu lalang orangramai maka
akan bersua dengan macam –macam keadaan
dan masalah yang baik atau sebaliknya .
Memandang kepada keadaan yang belum tahu lagi adakah masing – masing
dapat mengawal diri tetakala bertemu dengan bermacam – macam perkara itu, maka
Rasulullah mengingatkan supaya sedapat boleh janganlah duduk di tepi – tepi
jalan .Tetapi oleh kerana suasana jalan dan rumah – rumah sahabat diketika
itu telah memaksa mereka berkumpul di
tepi –tepi jalan, lalu Rasulullah
meminta kepada sahabat – sahabat supaya
mereka menjaga hak-hak jalan
.yang bererti kalau tidak memelihara hak-hak jalan maka amatlah dilarang oleh
Rasulullah duduk di tepi –tepi jalan seperti kedapatan masyarakat kita hari ini
banyak di antara belia – belia anak muda duduk di tepi – tepi jalan di tempat
–tempat perhentian , di jambatan –jambatan, di jalan –jalan sempit bukan
bertujuan untuk kebajikan malah semata – mata membuang masa, mengacau2 orang
lalu teristemiwa anak –anak gadis hingga isteri-isteri rang .Kelakuan begina
lah amat ditegah dan bukan sifat seorang muslim serta buka sifat sebuah
masyarakat orang –orang Islam yang baik .Oleh itu wajiblah bagi ibubapa
mengawasi anak-anak mereka daripada melakukan kelakuan-kelakuan yang tidak
berniali dan merosakkan gambaran orang Iskan dan diri merek sendiri.
4.Adapun hak – hak jalan itu ialah yang pertama menjaga pandangan mata
iaitu jangan menggunakan tempat duduk di tepi –tepi jalan itu untuk mengintai
–intai dan memperhatian keaiban orang , lebih –lebih lagi untuk memuaskan nafsu
pandangan melihat pemandangan – pemandangan yang mengghirahkan serta menaikkan
nafsu, mengintai –intai anak gadis , isteri –isteri, ibu-ibu yang lalu lalang
yang mana akan terdapat di antara merek itu beberapa keadaan yang menggoda dan
mengghairahkan daripada pakaian dan gaya perjalanan mereka , memandang kepada
sesuatu yang menimbulkan nafsu adalah tertegah
oleh Islam maka orang –oarang mukmin hendaklah memejamkan mata
daripada perkara – perkara munkar dan
maksiat, firman Allah dalam surah an Nur ayat 30 :
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang Yang haram),
Selain daripada melihat perkara –perkara yang haram dan dilarang maka hendaklah
pula menjaga dari memandang kepada orang – orang lalu itu dengan pandangan2
yang mengijik memperolak –olakkan orang , menakut2 dab sebagainya yang
menyinggung perasaan mereka yang lalu , tegasnya hendaklah memeliahara
pandangan yang menimbulkan kerosakkan dan maksiat kepada diri sendiri serta
menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan orang lain .
5.Yang kedua memelihara dengan menjauhkan daripada inaya dan menyakiti orang sama ada dengan
lidah atau anggota tangan, kaki, gerakgeri yang menyakiti perasaan dan anggota
badan orang –orang yang lalu ,umpamanya seperti nenukul tanpa sebab, mengambil
sesuatu daripada nereka tanpa izin atau n menghalang dan menyempitkan jalan
dengan bermacam-macam caraa seperti membuang-buangkan sampah sarap, kulit pisang
dan sebagainya yang boleh meyakiti dan merosakkan mereka yang lalu .





