SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, September 28, 2012

Tazkirah 15.Pagi Jumaat 28.9.2012.Orang yang menyakiti orang lain .


Sabda Nabi SAW :
خيركم خيركم لاهله
Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang sentiasa berbuat baik kepada keluarganya.
Maka orang pemurah kepada isterinya adalah mulia dan orang bakhil kepada isteri maka adalah orang yang hina .
Sabda Rasulullah saw :”Seorang lelaki itu pertama dihisab amalnya ialah solatnya -kemudian nafkahnya terhadap isterinya “ dan seorang perempuan itu pertama dihisab amalnya ialah solatnya kemudian taat kepada suaminya – Tanya sahabat bagaimana seorang perempuan yang kuat solat dan puasa tetapi suka menyakiti hati suaminya dan jirannya dengan lidahnya maka jawab perempuan itu adalah isi neraka “
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi Saw dengan menyatakan ia sering menyakiti isi rumahnya dengan lidahnya maka sabda Rasulullah saw”Barang siapa menyakiti isi rumahnya maka tidak diterima amalnya dan juga puasanya walaupun sampai setahun dan memerdekakan banyak hamba – begitujuga dengan isteri yang derhaka kepada suaminya .”
Sabda Rasulullah sawa “ Wajib suami mengajar dan menyuruh ahlinya solat - kalau ada yang enggan boleh dipukul “.
Sabda Rasulullah saw “Barang siapa bersabar di atas kekasaran suaminya maka diberi pahala seperti pahala yang diterima oleh nabi Ayub di atas kesabarannya .Dan barang siapa bersabar di atas kematian suaminya maka diberi pahala seperti oran jihad fi sabillah .”
Barang siapa menzalimi suami maka dilaknat malaikat ke atasnya – barang siapa bersabar di atas kesakitan suaminya maka diberi pahala seperti pahala yang diterima oleh Asiah isteri Firaun dan Mariam bonda nabi Isa .
Diceritakan orang “ bahawa seorang mengadu kepada Nabi Ibrahim tentang kelakuan isterinya Siti Sarah yang tidak begitu baik – maka oleh memberi tahu kepada nabi Ibrahim hendak berhati –hati dalam menangani masalah itu-kerana perempuan itu dijadikan dari tolong rosok yang bengkok- jangan betulkan kerana ia boleh patah - maka biarkan ia berkeadaan begitu dengan jalan nasihat yang berguna kepadanya – melainkan kalau ia melanggar batas batas agama maka hendaklah beri nasihat yang baik kepadanya .

Thursday, September 27, 2012

AMANAT PRESIDEN PAS BUAT PETUGAS PRU13.

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا واتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ .
Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Seluruh ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum ke -13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah , dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam , semata-mata mencapai keredaan Allah.
Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi.Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.
Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari sirah Rasulullah saw tidak akan wujud gejala membalas dendam.
Marilah kita , ahli dan penyokong PAS , terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri –ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT . Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahlu –ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera polis dan RELA.
Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketiak menghadapi provokasi melampau pihak lawan , agar mereka juga dapat beralih bersama – sama menyokong perjuangan.
-DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG -

Saturday, September 22, 2012

BN UGUT SEKAT KEBANGKITAN RAKYAT

KUALA LUMPUR – DAKWAAN KETUA MENTERI SARAWAK TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD KONONNYA NERGARA AKAN RUGI BESAR JIKA BARISAN NASIONAL (BN) HILANG KUASA MENGGAMBARKAN PARTI ITU TAKUT KEPADA KEBANGKITAN RAKYAT.
KETUA PENERANGAN PAS PUSAT DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN BERKATA KETAKUTAN BN ITU MENYEBABKAN PEMIMPINNYA TERPAKSA MENGELUARKAN KENYATAAN BERSIFAT UGUTAN .
“PEMIMPIN UMNO-BN KERAP MENGELUARKAN KENYATAAN BERSIFAT MENGUGUT RAKYAT KERANA MEREKA TAKUT KEBANGKITAN RAKYAT SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 12”.KATA BELIAU KETIKA DIHUBUNGI HARAKAH 18 SEPTEMBAR LALU.
USTAZ TUAN IBRAHIM JUGA MENYELAR DAKWAAN TAIB MAHMUD BAHAWA BN MENGURUSKAN NEGARA DENGAN SANGAT BAIK SELAMA 50 TAHUN.
SEBALIKNYA TEGAS BELIAU EKONOMI NEGARA SEMAKIN MUSNAH DI BAWAH PENTADBIRAN BN AKIBAT PENYELEWENGAN DAN KETIRISAN YANG BERLAKU SERTA SUMBER ALAM YANG TIDAK DIAGIHKAN DENGAN SAMA RATA .(HARAKAH KELUARAN 21 – SEPTEMBER 2012 ) .

Friday, September 21, 2012

Tazkirah 14.Pagi Jumaat 21.9.2012.Orang yang membunuh tanpa hak

Firman Allah SWT ayat 93 surah an nisak :
ومن يقتل مؤمنا متعمدا فجزاؤه جهنم خالدا فيها
dan sesiapa Yang membunuh seorang mukmin Dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya
Sabda Rasulullah saw “ Dosa yang paling besar ialah membunuh sesame Islam dengan tidak sebenarnya – maka barangsiapa yang membunuh orang islam yang lain dengan senjatanya – maka senjata yang membunuh itu akan menikamnya di dalam kubur kelak dan ia kekal dalam neraka dan terputus dari syafaat Nabi .
Maka berfirman Allah Taala :”Akulah raja pada hari ini – dan aku hokum kepada mereka dengan tidak dizalimi barang sedikitpun – tiada masuk syurga seorang yang kena zalim - melainkan dibalaskan apa yang ia kena zalim itu dengan diambil kebajikan dari orang yang menzaliminya – jika tidak ada kebajikan – maka diambil dosa yang kena zalim lalu diberi kepada mereka yang menzaliminya .”

Thursday, September 20, 2012

FILEM HINA NABI AGENDA JAHAT ZIONIS CETUS KETEGANGAN OLEH WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR – PAS MENGUTUK KERAS PEMBIKINAN SERTA PENYEBARAN FILEM ‘INNOCENCE OF ISLAM” ARAHAN SAM BACILE YANG MENGHINA KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MELIHATNYA SATU AGENDA JAHAT OLEH ZIONIS MENGHINA ISLAM.
TIMBALAN PRESIDEN PAS MOHAMAD SABU BERKATA TINDAKAN JAHAT ITU AMAT MEMALUKAN DAN IA PASTINYA DIDALANGI OLEH ZIONIS YANG BERSARANG DI AMERIKA SYARIKAT.
BERCAKAP KEPADA HARAKAH 14 SEPTEMBER LALU, MOHAMAD MENEGASKAN IA SEBAGAI SATU PERBUATAN PROVOKASI PEMBUAT FILEM ITU UNTUK MENIMBULKAN KETEGANGAN DALAM KALANGAN UMAT ISLAM SELURUH DUNIA.
“AMERIKA HARUS BERTANGGUNGJAWAB MENAMBIL TINDAKAN KE ATAS PENGARAH FILEM PELAKON DAN MEREKA YANG TERLIBAT DALAM FILEM INI . KITA TIDAK MAHU AMERIKA HANYA BERKATA MEREKA TIDAK TAHU APA – APA SEPERTI YANG DISEBUT SETIAUSAHA NEGARA AMERIKA HILLARY CLINTON “ KATA BELIAU LAGI.
KATANYA FILEM ITU SUNGGUH JIJIK DAN TIADA MANA – MANA AGAMA DAN TAMADUN MERELAKAN PENCERCAAN TERHADAP AGAMA LAIN KHASNYA DALAM KONTEKS FILEM INI PENGHINAAN KE ATAS ISLAM.
MEREKA MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW DENGAN MELAKONKAN WATAK GILA SEKS GILA ANAK LUAR NIKAH MEREKA JUGA MENGHINA ISLAM KONON ISLAM MEMBENARKAN MEMBUNUH ANAK – ANAK PEREMPUAN DAN ORANG TUA INI SUATU PERBUATAN YANG SANGAT BIADAP DAN KURANG AJAR “ KATA MOHAMAD SABU LAGI .
SAMBIL MENDESAK SATU TINDAKAN DIBUAT OLEH PENTADBIRAN BARRACK OBAMA , MOHAMAD BAGAIMANA PUN MENASIHATKAN UMAT ISLAM AGAR TIDAK TERJEBAK DENAGN PROPAGANDA JAHAT ZIONIS INI.
BARU – BARU INI KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI BENGHAZI LIBYA DISERANG BERIBU – RIBU PENDUDUK YANG MENGADAKAN TUNJUK PERASAAN DIPERCAYAI KERANA MEMBANTAH FILEM ITU SEHINGGA MENYEBABKAN DUTA AMERIKA SYARIKAT CHRISTOPHER STEVENS DAN TIGA LAGI TERBUNUH.
MASYARAKAT DUNIA DIINGATKAN AGAR BERHENTI DARIPADA MENYEBAR KLIP VIDEO FILEM ITU KERANA SEBARANG BENTUK PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD SAW ADALAH SATU TINDAKAN YANG TIDAK BOLEH DITERIMA (HARAKAH KELUARAN 17 – 20 SEPT 2012).

Wednesday, September 19, 2012

BENCI TERHADAP ISLAM TAK UNTUNGKAN SIAPA

.
PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS) MENDESAK PIHAK PENTADBIRAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENGAMBIL LANGKAH SERIUS DI ATAS PROVOKASI KEBENCIAN BERAGAMA YANG DITIMBULKAN MELALUI PENERBITAN FIEM KETURUNAN ISRAEL AMERIKA DARI AMERIKA SYARIKAT.
PAS PADA ASASNYA MENGHORMATI PERLUNYA KEBEBASAN BERSUARA DAN BERKARYA, TETAPI KEBEBASAN INI HENDAKLAH BERTERASKAN RASA KEBERTANGGUNGJAWABAN SEHINGGA TIDAK MENYEBABKAN KEHARMONIAN HIDUP BERAGAMA DAN KESUCIAN YANG DIFAHAMI OLEH UMAT ISLAM ATAU MANA – MANA KELOMPOK AGAMA DIPERMAINKAN.
MEWUJUDKAN PERASAAN KEBENCIAN YANG CUBA DITABURKAN OLEH KELOMPOK TERTENTU EKSTRIMIS INI ADALAH TINDAKAN MUNDUR KE BELAKANG DAN TENTUNYA TIDAK AKAN MENYUMBANG KEPADA SUASANA DUNIA YANG LEBIH TENTERAM.
IANYA HANYA AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA KESAN NEGATIF BERANGKAI YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN SESIAPA PUN .
PAS JUGA TURUT MERASA TERKILAN SEDIAH DAN INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH ANGGOTA KELUARGA KAKITANGAN DIPLOMATIK DAN KESELAMATAN KEDUTAAN AMERIKA DI LIBYA YANG TELAH TERBUNUH DALAM PROTES YANG BERTINDAK DI LUAR KAWALAN ITU.
PAS INGIN MENGGESA PHAK KERAJAAN UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA UMUMNYA DAN KERAJAAN MALAYSIA KHASNYA UNTUK MELINDUNGI SERTA MEMASTIKAN KESELAMATAN PARA DIPLOMAT DAN KAKI TANGAN DIPLOMATIK YANG BERTUGAS DI NEGARA INI.
INGIN SAYA TEGASKAN BAHAWA ISLAM MEMBERI PENGIKTIRAFAN TINGGI TERHADAP KEHADIRAN MEREKA DAN UMAT ISLAM WAJIB MENJAGA KESELAMATAN PARA KAKITANGAN DIPLOMATIK INI YANG MENJADI SEBAHAGIAN TANGGUNGJAWAB PIHAK KERAJAAN TUAN RUMAH .
DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS (HARAKAH KELUARAN 17-20SEPT 2012 ) .


Friday, September 14, 2012

Tazkirah 13.Pagi Jumaat 14.9.2012.Siksa orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat(ii

Bermula orang yang mengeluarkan zakat dengan sempurna akan ditulis baginya :
Langit pertama – orang yang mulia
Langit kedua – orang yang dermawan
Langit ketiga – orang yang taat
Langit keempat – Orang yang sentiasa berbuat kebajikan
Langit kelima – orang yang diterima ibadatnya
Langit keenam – Orang yang sentiasa dijaga oleh Allah
Langit ketujuh – Orang yang diampun akan dosanya .
Dan orang yang tidak mengeluarkan zakat akan ditulis namanya:
Langit pertama – orang yang bakhil
Langit kedua – orang yang lagha
Langit ketiga – orang yang tidak taat
Langit keempat – Orang yang miskin
Langit kelima – orang yang sentasa berbuat maksiat
Langit keenam – Orang yang tercabut berkat dan tidak diperlihara akan hartanya di daratan dan laut.
Langit ketujuh – Orang yang ditolak solatnya .
Diceritakan ada seorang anak muda yang baik adab sopannya masuk ke rumah Nabi Allah Daud a.s dengan memberi salam kepada nabi Allah Daud pada ketika itu ada Malaikat Maut ada bersama nabi Allah Daud- malaikat maut kepada nabi Allah Daud umur pemuda ini tinggal enam hari lagi – aku akan mencabut rohnya – maka terkejut nabi Allah Daud akan percakapan malaikat maut – maka ditunggunyalah masa yang ditetapkan itu – selepas enam hari pemuda itu masih hidup – hingga sekarang sudah enam bulan pemuda itu masih hidup – satu hari malaikat maut datang menziarahi nabi Allah Daud- maka bertanyalah beliau kepada Malaikat maut itu tentang pemuda yang dikatakan mati selepas enam hari – hingga sekarang sudah masuk enam bulan pemuda itu masih hidup – lalu malaikat maut menjawab selepas pemuda itu meninggalkan kita tempuh hari ia bertemu dengan seorang yang sangat fakir lalu dihulurkan sedekah kepada orang fakir itu – dengan sebab sedekah itu umurnya yang enam hari menjadi enam puluh tahun.Maka aku tidak akan mencabut roh kecuali kalau sampai enam puluh tahun .
Sabda Rasulullah saw “Allah menurunkan laknat sebanyak 72 laknat diantaranya diturunkan kepada orang Yahudi dan Nasrani dan yang lainnya bagi orang tidak mengeluarkan zakat.
Allah memberi nama kepada mereka yang tidak memberi zakat Khabis dan yang mengeluarkan zakat kekasih Allah yang bernama Ar Rahman maka terlepas ia dari api neraka dan dimasukkan kedalam syurga jannatul naim - tiap – tiap harta yang dikeluarkan zakat apabila mati tuannya - kemudian harta itu diwarisi oleh warisnya dan warisnya mengeluarkan zakat harta tersebut – maka disurat kepada orang yang mempunyai harta tersebut akan kebajikan kepadanya sehingga hari kiamat.
Seorang yang mengeluarkan zakat akan hartanya dengan sukarela maka akan datang pada hari qiamat akan diberi satu akan ditengkuknya yang mengeluarkan cahaya yang boleh menerangi orang lain pada titian sirat mustaqim lalu masuk ke dalam syurga . Orang yang tidak mengeluarkan zakat akan menerima azab yang mana hartanya akan membentuk api – kalau api itu dijatuhkan kebumi nescaya akan terbakar bumi ini .

Thursday, September 13, 2012

AKU DAHAN TEMPATNYA BERPAUT

DEMI ALLAH AKU CINTAKAN DIA '
ITULAH UCAPAN SEORANG SUMAI BERNAMA ABIL FIKRI AHMAD 43 TAHUN KERANA ISTERINYA FAUZIAH MUHAMMAD 38 TAHUN YANG TERLANTAR KOMA SEJAK 22 JUN 2011 - DAN BELIAU SANGGUP BERHENTI KERJA KERANA MENJAGA ISTERINYA LIHAT GAMBAR DI BAWAH INI SEBAGAI IKTIBAR SEORANG SUAMI YANG PERLU BERBAUT BAIK KEPADA ISTERI SABDA RASULULLAH SAWA :
خيركم خيركم لاهليه وانا خيركم لاهلي
YANG TERBAIK ANTARA KAMU (PARA SUAMI) IALAH TERBAIK TERHADAP KELUARGANYA DAN AKU ADALAH YANG TERBAIK TERHADAP KELUARGAKU ."

HENDAKLAH MENGEMBARA

قُلْ سِيْرُوْا فِي الْاَرْضِ ثُمَّ انْظُرُوْا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذْبِيْنَ .
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah Bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang Yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." (Al anam :11).
Ayat ini memerintahkan kepada orang – orang Islam supaya mengembara di bumi Allah ini, di samping mengembara itu hendaklah melihat dan memperhatikan- memandang dengan mata hati – dan mebanding-banding dan mempertimbangkan dan bertanya kepada yang tahu dengan luasnya pandangan itu maka terpancarlah rasa keinsafan dan terasanya kebesaran Allah yang mencipta bumi ini dengan penuh keunikan – dan bebaslah hati dari pandangan sempit – kerana pandang sempit dan jiwa yang kerdil itulah membuat manusia menjadi kufur dan lambat menerima kebenaran .”jauhnya perjalanan luas pandangan “ .

Monday, September 3, 2012

walimatu urus anak perempuan us.nafiri

pada 1.9.2012 bertempat di kg.paya salak us.nafiri timbalan ketua dewan ulamak pas pahang telah mengaadakan walimatul urus anak perempuannya hasuna - ramai dari pemimpin -pemimpin pas dari pahang datang meraikan majlis tersebut di antaranya ketua dewan ulamak pas pahang ustaz mokhtar senik - ustaz kamal saari - us.Johari bendahari dewan ulamak pas pahang - us.a.rahim ajk urusan ulamak kawasan temerloh - dan ahli -ahli pas dari kawasan temerloh dan kuala krua.
dibawah inisempat dirakamkan beberapa foto oleh us.zakaria omar ketua penerangan urusan ulamak pas kawasan temerloh .
us.nafiri menyambut tetamu
us.mokhtar - us.a.rahim dan us.kamal saari di majlis jamuan .
us.mokhtar dan us.a.rahim sedang berbual
us.a.rahim dan us.kamal sedang menjamu selera .
ensuhaimi dan en.fadil sedang menikmati hidangan dengan menu - gulai kawah dan sayur umbut kelapa .





Saturday, September 1, 2012

KEMERDEKAAN DARI KACAMATA ISLAM

TITIK TOLAK KEMERDEKAAN UMAT ISLAM ADALAH DARI ROH TAUHID.HANYA DENGAN PRINSIP DAN ROH INILAH DAPAT KITA MEMAHAMI MAKNA KEMERDEKAAN YANG SEBETULNYA.
SETIAP DARI MUSLIM,KEHIDUPAN MEREKA BERPAKSIKAN KEPADA SYAHADAH
أشهد أن لا اله إلا الله
“TIDAK ADA TUHAN SELAYAKNYA DISEMBAH MELAINKAN ALLAH “
UNGKAPAN YANG MUDAH INI TERKANDUNG ERTI KEMERDEKAAN YANG SANGAT MENDALAM.DISINILAH UMAT DIAJAR TENTANG HARGA DIRI .DISINILAH UMAT YANG SELAMA INI TERBELENGGU JIWA DAN AKALNYA BANGKIT MENJADI UMAT YANG BERJAYA MENGUASAI DUNIA.SEMUA INI KERANA MENDALAMNYA ROH TAUHID YANG MENGELUAR DAN MEMBEBASKAN UMAT DARI KEGELAPAN,KESESATAN DAN PERHAMBAAN KEPADA CAHAYA DAB NUR KEBEBASAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL BAQARAH AYAT 257 YANG BERMAKSUD :
Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman. ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). dan orang-orang Yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut Yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
SEPANJANG SIRAH UMAT ISLAM KITA TELAH MENYAKSIKAN BAGAIMANA ROH TAUHID TELAH MEMERDEKAKAN AKAL DAN JIWA “السابقون الاولون”SEBAGAIMAN DITUNJUKKAN OLEH SAIDINA JAAFAR BIN ABI TALIB DAN ROMBONGANNYA KETIKA BERJUMPA NAJASI APABILA BELIAU BERKATA :
لا نعبد إلا الله
KAMI TIDAK MENYEMBAH SELAIAN ALLAH
BEGITUJUGA APA YANG DITUNJUKKAN OLEH RABI’ BIN UMAIR APABILA BERSEMUKA DENGAN RAJA RUSTUM DARI PARSI , BELIAU DENGAN BERANI DAN TEGAS BERKATA :
“KAMI ADALAH PEMBAWA MISI ILAHI UNTUK MEMBEBASKAN MANUSIA DARI PEMABDIAN SESAMA MANUSIA KEPADA PEMABDIAN KEPADA ALLAH SEMATA-MATA.”
SEMUA ITU ADALAH MENGAMBARKAN ROH TAUHID MEMBEBASKAN MANUSIA DARI BELENGGU KEZALIMAN DAN KESESATAN DAN MENJADIKAN JIWA MERDEKA.JIWA MERDEKA MENJADI SESUATU UMAT BERJAYA MEMBEBASKAN AKAL FIKIRAN DARI BELENGGU KEGELAPAN DAN KEJAHILAN KEPADA SINAR KEBENARAN DAN KEILMUAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH ALISRAK AYAT 81 YANG BERMAKSUD :” dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap".
DENGAN JIWA MERDEKA SESUATU BANGSA ITU MENJADI KAYA DENGAN CITA –CITA DAN USAHA – BEBAS DARI SIFAT RENDAH DIRI – TIDAK BERADA DALAM KEJAHILAN DAN KEBEKUAN FIKIRAN . INILAH RAHSIA KEKUATAN UMAT ISLAM YANG LALU SEHINGGA MEREKA BERJAYA MENJADI UMAT YANG DAPAT MEMBINA TAMADDUN YANG GILANG GEMILANG . JIWA MERDEKA JUGA TELAH MENYEDARKAN UMAT AKAN KESUNGGUHAN UNTUK HIDUP BERTAMADDUN BERKASIH SAYANG DAN MEMBINA BUDAYA PERSAUDARAAN YANG MERENTASI SEMPADAN BANGSA DAN WARNA KULITA SERTA MENJANGKAU BATASAN GEOGRAFI .FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL HUJURAT AYAT 10 YANG BERMAKSUD :” sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
HAKIKAT YANG PERLU KITA FAHAMI KEMERDEKAAN NEGARA KITA YANG KITA PEROLEHI SELAMA INI ADALAH DENGAN INAYAH DAN PERTOLONGAN ALLAH . DISAMPING USAHA YANG BERSUNGGUH –SUNGGUH YANG DILAKUKAN OLEH PEJUANG –PEJUANG KITA TERDAHULU.TANPA KESEDARAN INI MUNGKIN KITA AKAN LALAI DAN MELUPAI HAKIKAT SEBENAR KEMERDEKAAN .KELALAIAN DAN KECUAIAN KITA BOLEH MENYEBABKAN KITA SALAH MEMBUAT PENILAIAN DAN PERTIMBANGAN – BIASANYA YANG NAMPAK PADA HAKIKAT ATAU BENTUK ZAHIR SAHAJA . SEDANGKAN PERLU KITA NILAI IALAH NERACA ALLAH .FIRMAN ALLAH SWT AYAT 15-16 SUARAH AL FAJR YANG BERMAKSUD :”
15. (dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh Yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya Dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata Dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
16. dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, Dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek Dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
DALAM MEMBUAT HURAIAN AYAT INI SYED QUTUB DALAM TAFSIRNYA “FI ZILAL AL –QURAN :”MENJELASKAN INILAH PANDANGAN DAN TANGGAPAN MANUSIA DALAM MENHADAPI UJIAN –UJIAN ALLAH TERHADAP MEREKA DALAM BENTUK KESENANGAN DAN KESUSUHAN HIDUP – KELUASAN DAN KESEMPITAN MATA PENCARIAN .MEREKA DIUJI DENGAN NIKMAT DAN KEMULIAAN DENGAN HARTA DAN PANGKAT – TETAPI MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWANYA ITU SATU UJIAN DARI ALLAH DENGAN TUJUAN UNTUK MENENTUKAN BALASAN DI AKHIRAT. SEBALIKNYA MEREKA MENYANGKA BAHAWA REZEKI YANG MEWAH DAN PANGKAT YANG TINGGI MERUPAKAN BUKTI MEMANG MEREKA WAJAR DI SISI ALLAH UNTUK MENERIMA KEMULIAAN ITU ATAU MERUPAKAN TANDA MEREKA TELAH DIPILIH OLEH ALLAH .
KERANA ITU MEREKA MENGANGGAP UJIAN DAN DUGAAN ITU SEBAGAI HASIL BALASAN DAN MEREKA MENGUKUR DARJAT KEMULIAAN DI SISI ALLAH SWT DENGAN KELUASAN HIDUP DI DUNIA DAN JIKA ALLAH MENGUJI MEREKA DENGAN KESEMPITAN MATA PENCARIAN - MEREKATERUS MENGANGGAP SEBAGAI BALASAN DAN HUKUMAN DARI ALLAH – MEREKA MEMANDANG KESEMPITAN REZEKI SEBAGAI SATU PENGHINAAN ALLAH KERANA PADA ANGGAPAN MEREKA JIKA ALLAH TIDAK MAHU MENGHINAKAN MEREKA TENTULAH IA TIDAK MENYEMPITKAN MEREKA.
KEDUA –DUA PANDANGAN DAN PENIILAIAN ITU TIDAK BERASAS KERANA KELUASAN DAN KESEMPITAN REZEKI MERUPAKAN UJIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA SAMA ADA MEREKA MERPERLIHATKAN KESYUKURAN ATAU KEANGGUHAN TERHADAP NIKMAT ITU SAMA ADA MEREKA MEMPERLIHATKAN KESABARAN ATAU KEBOSANAN TERHADAP KESEMPITAN HIDUP MEREKA.
SESEORANG INSAN – APABILA HATINYA KOSONG DARI IMAN DAN IA TIDAK MEMAHAMI HIKMAT SEKATAN DAN PEMBERIAN NIKMAT REZEKI DAN IA TIDAK PULA DAPAT MEMAHAMI NILAI NERACA PERTIMBANGAN ALLAH SEBALIKNYA HATINYA DIPENUHI KEIMANAN IA AKAN BERHUBUNG DENGAN ALLAH DAN AKAN MEMAHAMI HIKMAT DISEBALIK PEMBERIAN DAN SEKATAN NIKMAT –NIKMAT ITU .JASTERU ITU NIKMAT DUNIA DIPANDANG RINGAN DALAM PERTIMBANGANNYA .IA CUKUP SEDAR BALASAN DI SEBALIK UJIAN ITU KERANA ITU IA TERUS BERBAKTI KEPADA ALLAH SAMA ADA KESENANGAN ATAU DALAM KESUSAH – ( DARI HIMPUNAN KHUTUBAH JUMAAT 2006 JAIP)