SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, January 21, 2012

ISLAM SATU NIKMAT

SERINGKALI kita dapati manusia tidak pernah lupa untuk menghargai dan mensyukuri jasa dan pemberian orang lain.Kadangkala penghargaan ini sampai ke tahap memuja – muja dan sanggup berkorban apa saja semata – mata untuk membalas jasa mereka .Namun sedikit sekali hati yang sensitive dengan pemberian dan anugerah Allah SWT yang beraneka rupa, malah setiap hari dapat dinikmati.Lihat saja kepada diri kita sendiri,akal,kesihatan,mata,telinga,tangan ,kaki,hati dan lain –lainnya merupakan antara nikmat –nikmat yang dianugerhkan oleh Allah SWT kepada kita.Bayangkanlah jika salah satu dari nikmat – nikmat Allah ini dihilangkan dari kita,nescaya tidak siapa selain dari Allah yang mampu mengadakan semula.Lantaran itu menderitlah kita untuk selamanya.
Satu dan hanya satu sahaja nikmat yang paling besar dan agung yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia yang beriman kepadaNya ialah Al Islam .Kemuliaan ini diberikan oleh Allah kepada hamba –hambaNya yang tertentu sahaja .Manusia yang mengambil Islam sebagai sistem bagi mengatur seluruh kehidupannya akan mendapati dirinya tidak pernah bersendirian melainkan sentiasa diliputi oleh hidayah Allah SWT.
DENGAN Islam manusia dapat membezakan antara yang makruf dan mungkar ,yang mana satu baik dan yang mana satu buruk, yang mana halal dan mana pula haram,pakaian yang mana patut dipakai ,percakapan yang bagaiman perlu diucapkan dan semua hal yang berkaitan dengan manusia dan ala mini terkandung di dalamnya. Semua ini tidak akan ditemui dalam sistem hidup lain .Jadi,alangkah indahnya cara hidup Islam .Inilah hakikat nikmat yang sebenarnya.
SAMA – SAMA kita renungi sejenak ayat Allah yang berikut,firman Allah dalam surah Ar Rahman ayat 16 :
فَبِأَيِّ ءَالاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ .
maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?
SATU lagi nikmat yang besar dan dikurniakan oleh Allah SWT kepada orang – orang yang beriman dan berada di atas din Islam ialah Al-Ukhuwah .Nikmat ukhuwah atau persaudaraan Islam sejati ini tidak akan dirasai oleh jiwa – jiwa yang tidak beriman dan kufur kepada Allah SWT .Untuk merasai nikmat ini ,hati (qalbu) perlu disuci dan disuburkan dengan keyakinan – keyakinan yang syumul kepada Allah SWT.Sebab itulah kita berhajatkan kepada program – program Tarbiah samada dirancang atau tidak dirancang.
MEREKA yang bertemu , berpisah dan berkasih sayang kerana mencari keredhaan Allah SWT adalah termasuk dalam kelo,pok yang sebaris dengan Anbiya’ dan syuhada’ di akhirat kelak seperti yang dinyatakan sendiri oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :
“Sesungguhnya di kalangan hamba –hamba Allah terdapat sekelompok manusia yang bukannya mereka itu para Anbiya’ dan bukan juga golongan syuhada’ tetapi mereka mendapat kedudukan yang berlumba –lumba dengan Anbiya’,Syuhada’ dan golongan lain di hari Akhirat untuk mendapat kedudukan mereka di sisi Allah , kata mereka (sahabat) “Wahai Rasulullah SAW ! ceritakan kepada kami tentang mereka .Sabda Rasulullah :Mereka adalah satu golongan yang berkasih sayang di atas jalan Allah SWT walaupum tiada hubungan kekeluargaan antara mereka dan bukan kerana harta benda yang dicurahkan, demi Allah wajah – wajah mereka mempunyai cahaya kerana mereka mempunyai cahaya tinggi,yang tidak takut kepada apa yang menakutkan manusia dan mereka tidak berdukacita apabila manusia berdukacita.”
ITULAH sebahagian daripada nikmat ukhuwah yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang beriman.Dalam rangka memelihara dan mengukuhkan ikatan ukhuwah, perlu sentiasa memeriksa qulub kita agar sentiasa bersih sesama kita dan membuangkan jauh –jauh unsur-unsur buruk sangka .sekiranya kita biarkan sedikit sahaja unsur –unsur negative terhadap saudara –saudara kita menetap di dalam jiwa, maka lambat laun hubungan kasih sayang yang sekian lama dibina akan retak dan berkecai.Berlaku sahaja gejala ini bermakna kita telah menafikan Manhaj Islam dan menafikan bahawa kita berukhuwahkan Rasulullah SAW.
SATU HAL yang perlu diberi perhatian ialah keberkesanan Tarbiyah kepada qulub kita dari semasa ke semasa/.Kehadiran dalam program – program tarbiyah, usrah contohnya, tidak akan memberi apa- apa erti sekira qulub yang hadir itu tidak dibuka seluas-luasnya untuk menerima dan menghazamkan bahan –bahan tarbiyah tersebut sehingga ia menjadi malakah dalam tabiat hidup.Hubungan yang karib sahaja belum mencukupi untuk membentuk sakhsiyah muslim dan ukhuwah sejati kalau qulub masih berpegang dengan nilai tradisi .Lihat sahaja kepada bapa saudara Rasulullah SAW , Abu Talib orang paling rapat dan pelindung Rasulullah SAW tetap kufur sehingga ia menonggal .sedangkan beliau berada di samping Rasulullah SAW . Kerana beliau (Abu Talib) masih berpegang dengan nilai tradisi dan hidayah itu adalah menjadi ketetapan Allah SWT, fitman Allah SWT dalam ayat 56 Surah Al-Qasas :
إِنَّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ .
Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
OLEH itu kita perlu menyedari dan menginsafi bahawa Allah memilih kita untuk berada di dalam tarbiyah Rasulullah SAW ini untuk menerima didikan dan ajaran –ajaranNya dalam bentuk teori yang sebati di dalam hati dan dijelmakan dalam amalan sehingga terpancarnya suatu kesempurnaan sakhsiyah Islam yang sebenarnya.
DI DALAM menghargai nikmat –nikmat yang ada di sekeliling kita ,tidak dapat tidak kita perlu menyakini sungguh –sunggu bahawa semuanya adalah datang dari Allah SWT .Usaha –usaha kita hanyalah sekadar menjadi wasilah untuk mendapat rahmat Allah SWT .Dengan menyedari dan menyakini bahawa semuanya milik Allah SWT ,maka sudah tentulah kita menggunakan nikmat –nikmat ini untuk mematuhi dan mentaati segala arahan dan perintah Allah SWT .Setiap saat dan ketika akan memastikan segala apa yang ada pada kita digunakan dan diarahkan kepada ubudiyahlillah dan memeliharanya dari terjerumus ke dalam suasana azab Allah SWT di akhirat kelak

Sunday, January 8, 2012

solat yang tidak diterima

10 orang yang tidak diterima solatnya
1.lelaki yang solat bersendirian tidak membaca alfatihah.
2.lelaki yang tidak menunaikan zakat.
3.lelaki yang mengimami satu kaum,sedangkan dia dibenci oleh mereka.
4.hamba yang lari dari pemiliknya.
5.lelaki yang terus menerus minum arak.
6.Perempuan yang tidur,sedang suaminya marah kepadanya.
7.perempuan yang solat tidak menutup kepala
8.orang yang makan riba
9.imam yang zalim
10.lelaki yang solat tidak dapat mencegah dirinya daripada maksiat dan kekejian akan bertambah jauh dari Allah.